Khamis, 12 November 2009

Balqis belajar meniarap

Rabu - 11 November 2009

Sebenarnya puteri ibu ni agak lambat sikit belajar mengiring dan meniarap berbanding abang-abangnya. Yerlah..abang-abangnya umur 4 bulan dah terror meniarap, tapi Balqis umur 4 bulan baru nak belajar mengiring dan meniarap. Mulanya ibu agak risau juga, kenapalah anak ibu ni tak der langsung gaya nak mengiring .....usahkan meniarap. Tapi, bila tengok badan Balqis yang agak montel mungkin lambat sikit agaknya. Ini beberapa aksi Balqis belajar mengiring dan meniarap, nak tergelak juga...letak atas tilam tu, dia dengan gigih nak mengiring dan cuba untuk meniarap..sampai 360 darjah dia berpusing atas tilam tu..

Iyyyyaaahhhhh........usaha tangga kejayaan
Ok...ok....dah boleh, now nak meniarap pulak..iyyyaahhhh.....
Fuhhhhh........lepas juga meniarap, walau tangan tersepit....ini keesokkan waktunya, baru lepas nak meniarap...heheh..ayah kata kesian anak ayah
Ini tiada kena mengena dengan aksi balqis......hehehe..Adalah petang Rabu tu, ibu sesaja nak buat kuih buah melaka ni, sebab ayah suka makan kuih ni. Rasanya semenjak Balqis lahir, ibu tak buat lagi kuih atau kek....kesian anak-anak ibu.....selalu mintak ibu batkan kuih lah kek lah....
Ini sewaktu merebus kuih buah melaka tu, anak-anak ibu sama sibuk nak tolong...


Kuih Buah Melaka yang dah siap

Tiada ulasan: