Sabtu, 14 November 2009

Decoupage CD

14 September 2009 - Sabtu

Hari ini ayah pergi out station ke Cheang Mai, so..untuk hilangkan boring ibu teruskan projek decoupage ibu yang agak lama tersadai.

Di rumah terlalu banyak CD yang telah rosak, itu belum campur rumah kat Melaka lagi, so..ibu pun dapat idea untuk mendecoupagekan CD tu jadi bahan gantungan tak kiralah nak gantung kat mana, dalam kereta ke, kat pintu bilik ker. Kalau untuk dalam kereta ibu buatkan decoupage pada kedua-dua belah CD, tapi kalau untuk gantung di pintu atau wall, ibu cuma buat sebelah sahaja.

Ini baru percubaan pertama ibu. Akan menyusul beberapa lagi masih dalam proses. Hari ini habis tangan ibu kotor bermain dengan gesso dan arcylic paint.

Tiada ulasan: