Selasa, 24 November 2009

Salam Aidil Adha



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat rakan-rakan blogger, rakan-rakan De Royal Anggerik, rakan-rakan decoupage dan juga semua pembaca yang mengikuti perkembangan blog Idaman Family ini.Semoga hari ini disambut dengan penuh keinsafan dan dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu, sekali gus menandakan bermulanya ibadat korban.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah tersebut.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ini ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

2 ulasan:

sheila berkata...

selamat hari raya jugak kak..
tawon ni raya aji kita duduk kl je..kay kene keje... ish ish ish

Auna berkata...

Selamat hari raye jugak ...