Khamis, 31 Disember 2009

Untuk Pemaisuri dan Puteri Ayah

31 Disember 2009

Hari ini Ayah membawa Ibu dan Balqis ke shopping untuk membeli peralatan menulis ketiga-tiga anak sebagai persediaan persekolahan tahun hadapan. Setelah settle semua yang hendak dibeli, Ayah bawa Ibu dan Balqis ke Poh Kong Jewellers.



Rupanya ayah nak belikan ibu....tunggakan hadiah harijadi ibu..... Ekceli, dah lama ibu berkenankan satu gelang yang mempunyai rantaian love, tapi dulu ayah suruh ibu beli gelang lain sebab ayah kata, gelang yang ibu pilih tu nampak cam kosong...tapi hasrat ibu nak memiliki gelang tu tak pernah pudar.....so, kali ni ayah belikan sebab kelihatan butiran love tu tidaklah kosong seperti sebelumnya.

Balqis juga ayah belikan seutas rantai leher, cantik....cuma nanti ayah bercadang untuk tempah nama Balqis, dah tanya kat kedai tu...RM600 lebih kurang untuk tempahan nama Balqis.

Terima kasih Ayah... love you from Ibu dan Balqis .

SELAMAT TAHUN BARU 2010

31 December 2009 - Khamis




Tinggal beberapa jam sahaja lagi 2009 akan melabuhkan tirainya dan tirai 2010 akan dibuka. Sedih untuk meninggalkan tahun 2009......

Bagi Family kita, apa yer yang terjadi dalam tahun 2009 ni , antaranya :

1. Paling manis, bilangan ahli keluarga kita bertambah dan ibu dan ayah telah dikurniakan zuriat perempuan setelah 4 anak-anak ibu sebelum ni lelaki. 05 Julai 2009 - Ahad, detik bersejarah dalam hidup ibu dan ayah. Pertama kali juga ayah dapat menyambut dan melihat detik-detik kelahiran zuriatnya dari awal hingga ke akhir. Syukur kepada Mu Ya Allah.....


2. September 2009 - Akhirnya kereta yang diidamkan oleh ibu dan ayah telah pun berjaya dimiliki. Yerlah ahli keluarga bertambah ramai, mana lah nak muat Waja tu, dan nak beli MPV, tapi minat sangat dengan Alphard....alhamdulillah.........Allah memperkenankan hasrat kita. Syukur kepada Mu Ya Allah.




3. March - Kita sekeluarga telah bercuti ke Sarawak. First time ibu dan anak-anak ke Sarawak. Memang best sangat-sangat.

4. December - Bercuti ke Penang - hehehe..hat ni seronok sebab bercuti bersama anak-anak dan baby baru, tapi salah pilih destinasi lah pulak....tak suka gi Penang...ini last pergi Penang untuk bercuti......sorry yer Penang.....Penang Driver.....huhuhuhuuh.....pengalaman yang menakutkan dan menyakitkan hati.

Rasanya itu jer lah peristiwa yang penting dalam 2009. Yang kecik-kecik tu, banyak lah juga tapi tak kan nak masukkan juga ek....

Ok...Azam 2010.....? Hmmmmm...sambil garu kepala nih.......
Azam ibu lah...azam orang lain ibu tak tahu..azam ayah biar ayah lah yang masukkan....

Azam ibu yang boleh dikongsi bersama :
1. Nak kuruskan badan.
2. Nak lagi bekerja keras untuk pelajaran anak-anak.
3. Nak lebih berdiplomasi dan berlembut dalam mendidik anak-anak - hehehe..selama ni garang tak hengat....
4. Nak jadi isteri yang solehah...tak mahu lagi marah-marah, merajuk-merajuk tak tentu pasal, kesian ayah......hehehe..boleh ker ek..insya Allah...
5. Nak mendalami lagi ilmu agama, menjadi ibu mithali dan contoh terbaik untuk anak-anak.
6. Nak menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan lebih cekap, dan tersusun.
7. Nak kurangkan bertenet.........skang ni tengah kurangkan lah ni..lebih kepada cari-cari benda yang berfaedah...insya Allah......
8. Nak jadi bussineswoman..online....dah ada pun website....masih nak menambah produk dan mencantikkan web tu...insya Allah...mudah-mudahan Allah memudahkan segalanya.

Aduhhhh...banyaknya azam...tak per...tak per.......insya Allah.......Semoga Allah memberikan kita sekeluarga kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati , dan semoga Allah melindungi kita sekeluarga dari segala perkara-perkara yang tidak baik Semoga Allah juga menambahkan lagi perasaan kasih dan sayang sesama kita sekeluarga.

Selamat Menyambut Tahun 2010 untuk rakan-rakan blogger, semua follower Idaman Family, rakan-rakan De Royal Anggerik ibu (you all lah tempat berkongsi segala suka dan duka, berkongsi segala cerita-ceriti.....). Semoga Kita semua dapat menjadikan 2010 nanti lebih bermakna dari tahun 2009. Insya Allah...

Ayah....Jatuh Tangga

31 December 2009 - Khamis

Sebenarnya accident ni dah lama berlalu, sabtu minggu lepas kalau tak silap. Waktu kejadian pukul 2 petang lebih kurang. Waktu tu, ibu sedang menunggu ayah kat bawah bersama Balqis untuk ke Tesco beli barang keperluan rumah. Ibu nampak ayah sedang turun tangga sambil melihat handphone, yerlah handphone baru....nak transfer segala nombor ke handphone baru agaknya, tiba-tiba ayah tersilap langkah......terus tersembam ke lantai, nasib baik ayah sempat tahan ..kalau tidak kepala memang terhantuk lah. Sebenarnya lagi dua anak tangga , ayah pulak ingatkan dah sampai ke bawah....apa lagi mengaduh kesakitan lah ayah.
Dalam sakit-sakit tu, pergi juga lah ke Tesco, kemudian ke pasar. Malam tu, kawan ayah bawak pergi berurut. Esoknya pergi klinik, Doktor kata ligamen koyak, so dapatlah cream untuk sapu dan ubat tahan sakit.
Moralnya...........sewaktu turun tangga, jangan buat kerja lain...mata kena tengok step kaki tu......
Sewaktu N3 ini ditulis, kaki ayah masih bengkak lagi...jalan pun masih terhencut-hencut lagi. Pun ayah masih lagi ulang alik ke UITM untuk sudahkan tesis ayah, pergi pasar, pergi Tesco. Kalaulah kita duduk di Melaka ni, ayah boleh relax jer kat rumah, ibu boleh buat semua sendiri.

Selasa, 29 Disember 2009

This walker is mine ;)

29 December 2009 - Selasa

Sabtu lepas, lebih kurang pukul 8pm, ayah ajak jalan-jalan ke IOI Mall Puchong. Sampai sana ayah masuk 2-3 buah kedai pc, cari ink untuk printer HP kat rumah tu. Lepas tu, pergi Kedai buku Popular, belilah buku-buku cerita untuk budak-budak....english yeaaaaa......tak der buku BM. So..memasing pilih lah buku memasing, ehhhh....idzham pun ada...flash card....ok lah tu...dia punya paling mahal....

Lepas tu masuk lak JJ.....nak beli walker untuk sang puteri nan sorang...tengok punya tengok...ayah tanya...ok ibu, yang mana satu nak ni.....pilih-pilih punya pilih.....ok lah ambil hat ni lah Sweet Cherry punya. Kengkonon nak cari yang kaler pink...tapi tak cantik pulak rekabentuknya.


Balqis bersama walkernya...dengan rambut yang tak mau turun....


Isnin, 28 Disember 2009

Rafique....oh .......Rafique

26 December 2009 - Sabtu


Cuti-cuti ni kami tak pergi jalan mana-mana. Sejak beberapa hari lalu.....masing-masing tak tahan kepanasan apabila duduk di depan tv. Kipas di hall tu, tak dapat nak sampai anginnya ke ruang menonton tv, tower fan dekat ruang menonton tu pulak dah macam hidup segan mati tak mahu, berdiri pun dah tak mampu kena sandar di dinding, so...satu tempat jer lah yang rasa anginya. Aircond tiba-tiba buat hal...sejuk bila on...tapi air yang keluar macam air hujan...habis basah carpet, dah macam banjir pulak walhal dah tadah dengan 3 baldi.
Pelik juga, sebab rasanya tak sampai 2 bulan lepas dah service. Ayah call orang yang biasa service aircond tu, katanya try cuci filternya, dah cuci pun masih sama. Ayah syak paip tempat keluar air nya tersumbat. Bila ayah dah bising-bising, orang tu pun bagitau sabtu pagi dia akan datang tengok kan.
Dia sampai.....so..dia blow kan lubang tempat keluar air tu dengan vacum dia.....tapi bila ayah tengok tempat keluar air tu, tak ada angin pun yang keluar.....so...dah rasa mesti ada something ni. Orang tu pun dok lah menelek lubang paip yang kecik secoit tu.....dia tarik sesuatu....tengok..gulungan tisu.....eh..ada lagi.....so..dia pun terus blow kan angin.....rupanya tercampak beberapa gulungan tisu lagi...lepas tu barulah air keluar.
Bila ayah nampak jer tisu...ayah tau lah kerja sapa ni....sebab tisu sinonim dengan Rafiq.....Bila ayah tanya.....Rafique terus mengaku......dia yang dok masukkan tisu banyak-banyak dalam tu. Sesebelum ni, dia basahkan tisu-tisu dia balingkan kat rumah jiran chinese belakang rumah...so...dinding dan tingkap rumah jiran tu penuh lah dengan tompokan tisu......aduhhhh...nasib baik aunty belakang rumah ni tak marah. Lepas tu, dia basahkan tisu ...dia balingkan pulak kat plaster ceiling. Banyak lak tu.....aduhhhhhh......dia ni memang dari kecik suka buat kerja-kerja macam ni. Beberapa tahun dulu, dia suka buangkan segala benda...bola, botol, hanger dalam lubang longkang....so....tersumbatlah longkang...time air dari washing machine keluar..banjirlah belakang tu...longkang tersumbat..terpaksalah panggil orang datang tolong repair.

Ok..berbalik pada cerita aircond tu.....bila Rafique dah mengaku, tak sampai hatilah ayah nak marah-marah dia...tapi kena tegur jugalah...yerlah..sebab dia semua orang susah, dah la kena bayar untuk orang service tu, lepas tu....tak larat nak menonton tv lama-lama kat bawah sebab kepanasan. Lepas ni apalagi lah yang dia akan buat...kita tengok jer lah...

Inilah lubang paip air cond..asalnya paip tu lurus jer, tapi sebab ada orang tu suka sumbatkan tisu dalam tu, so..ayah mintak di buat macam tu...

Selasa, 22 Disember 2009

Cuti-cuti Penang-Part 4

sambungan lagi







Keeseokkannya, konon nak pergi Bukit Bendera, tapi...ramainya umat manusia...sampai jalan masuk tu jam..tak boleh bergerak...so.....lagi beberapa meter jer nak sampai ...tengok parking memang penuh, so...tak jadilah...cancel lah...biarlah tak dapat pergi dari nak mengharung lautan manusia tu....dengan anak-anak yang berderet ni.....Balqis mesti mengamuk..kepanasan.

So...nak pergi mana lagi yer dengan anak-anak yang sok sek sok sek...selsema, ibu pun sakit tekak dengan selsemanya....ayah pun saja lah bawak gi Batu Feringgi, singgahla kejap, dapat cecah kaki ke air laut jer lah..."ibu....nak mandi.."....."no.....no...no....korang tengah tak sihat...nanti jadi lagi teruk".

Lepas beberapa ketika, duduk jap kat gerai yang ada kat situ, makanlah rojak buah yang boleh lah tahan sedapnya......

Balqis nak main air, tapi takut





Bibik sedang sibuk buangkan pasir pada kasut budak-budak

Muka budak yang mengamuk pasal tak dapat mandi laut...sebenarnya bercampur dengan rasa ngantuk...masuk keter terus tidur

Mak aii...dibesarkan mata pulak.....

Isnin, 21 Disember 2009

Cuti-cuti Penang -Part 3

ok....sambungan lagi...


















to be continue

Cuti-cuti Penang - Part 2

ok....sambung.....

Sampai Penang pukul 5 petang lebih kurang, sampai jer terus menuju ke Hotel Equatorial di Bukit Jambul. Ayah booked 2 bilik sebelah menyebelah, ibu, ayah, balqis dan idzham satu bilik, Firdaus, Angah, Uda dan bibik satu bilik. Lepas mandi, terus keluar pergi jalan-jalan...destinasi pertama pergi ke Toy Museum di Batu Feringgi. Berpandukan GPS pada hp ayah, jumpalah di mana lokasinya.

Toy Museum ini dibuka dari pukul 9 pagi-9 malam, tapi last tiket pukul 8:30 malam. Bayaran masuk untuk dewasa RM10 seorang dan kanak-kanak RM6. Masuk jer...budak-budak bukan main terpegun melihatkan pelbagai koleksi mainan yang ada.....

Dah habis sesi di toy muzium, perut pun dah lapar. Sebelum tu ayah beli panadol untuk Firdaus yang tiba-tiba sakit kepala dan demam. Lepas tu, ingat nak berhenti di Restoran Subaidah, tapi kebetulan waktu ayah call kawan ayah...dia suggestkan pergi Restoran Tajuddin Hussain di Little India.....katanya....dah sampai Penang ni..rugi tak cuba makan di situ. Puas jugalah mencari....sebab Restoran tu tak der dalam list di GPS....puas pusing-pusing akhirnya jumpa juga. Di sini, kitaorang makan nasi kandar. Memang murah sangat-sangat kat sini dan yang paling sedap ialah masakan ayam rosnya
Gambar dari atas Jambatan





Balqis, baru lepas mandi, menuggu ibu bersiap pulak

Gambar dari balconi tingkat 5 Hotel Equatorial




Gambar lain akan menyusul nanti......line lembab...puas dah upload tak masuk-masuk lagi...

Cuti-cuti Penang - Part 1

21 December 2009 - Isnin



Jumaat, 18 December 2009, kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Pulau Pinang. Tahun lepas pun ke sini juga kami pergi waktu cuti sekolah. Awal tahun dulu, kami bercuti ke Sarawak, dan untuk akhir tahun ni kami memilih Pulau Pinang pulak...tapi....rasanya ini last untuk kami ke Penang sebagai destinasi percutian kami......hehehehe.......bad experience.....may be it's wrong time kot....



Bertolak dari Puchong pukul 10 pagi, sepanjang perjalanan tu..hujan lebat..kejap reda kejap lebat kadang-kadang sampai tak nampak jalan. Jam di sesetengah tempat. Beberapa kali ayah cuba berhenti di beberapa destinasi R&R untuk makan tengahari, tapi semua nya penuh dengan kereta yang menunggu untuk parking. Sehingga akhirnya tiba di satu R&R..lupa dah namanya, dah tak tahan lapar.....berebut pulak meja untuk duduk....hahahah...lawak betul.


Dalam perjalanan, diiringi dengan hujan


Masing-masing boring jer, dah habis tengok CD Upin & Ipin, Transformer...




Ayah sedang drive dengan berhati-hati


Jalan raya yang basah