Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

31 December 2009 - Khamis




Tinggal beberapa jam sahaja lagi 2009 akan melabuhkan tirainya dan tirai 2010 akan dibuka. Sedih untuk meninggalkan tahun 2009......

Bagi Family kita, apa yer yang terjadi dalam tahun 2009 ni , antaranya :

1. Paling manis, bilangan ahli keluarga kita bertambah dan ibu dan ayah telah dikurniakan zuriat perempuan setelah 4 anak-anak ibu sebelum ni lelaki. 05 Julai 2009 - Ahad, detik bersejarah dalam hidup ibu dan ayah. Pertama kali juga ayah dapat menyambut dan melihat detik-detik kelahiran zuriatnya dari awal hingga ke akhir. Syukur kepada Mu Ya Allah.....


2. September 2009 - Akhirnya kereta yang diidamkan oleh ibu dan ayah telah pun berjaya dimiliki. Yerlah ahli keluarga bertambah ramai, mana lah nak muat Waja tu, dan nak beli MPV, tapi minat sangat dengan Alphard....alhamdulillah.........Allah memperkenankan hasrat kita. Syukur kepada Mu Ya Allah.




3. March - Kita sekeluarga telah bercuti ke Sarawak. First time ibu dan anak-anak ke Sarawak. Memang best sangat-sangat.

4. December - Bercuti ke Penang - hehehe..hat ni seronok sebab bercuti bersama anak-anak dan baby baru, tapi salah pilih destinasi lah pulak....tak suka gi Penang...ini last pergi Penang untuk bercuti......sorry yer Penang.....Penang Driver.....huhuhuhuuh.....pengalaman yang menakutkan dan menyakitkan hati.

Rasanya itu jer lah peristiwa yang penting dalam 2009. Yang kecik-kecik tu, banyak lah juga tapi tak kan nak masukkan juga ek....

Ok...Azam 2010.....? Hmmmmm...sambil garu kepala nih.......
Azam ibu lah...azam orang lain ibu tak tahu..azam ayah biar ayah lah yang masukkan....

Azam ibu yang boleh dikongsi bersama :
1. Nak kuruskan badan.
2. Nak lagi bekerja keras untuk pelajaran anak-anak.
3. Nak lebih berdiplomasi dan berlembut dalam mendidik anak-anak - hehehe..selama ni garang tak hengat....
4. Nak jadi isteri yang solehah...tak mahu lagi marah-marah, merajuk-merajuk tak tentu pasal, kesian ayah......hehehe..boleh ker ek..insya Allah...
5. Nak mendalami lagi ilmu agama, menjadi ibu mithali dan contoh terbaik untuk anak-anak.
6. Nak menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan lebih cekap, dan tersusun.
7. Nak kurangkan bertenet.........skang ni tengah kurangkan lah ni..lebih kepada cari-cari benda yang berfaedah...insya Allah......
8. Nak jadi bussineswoman..online....dah ada pun website....masih nak menambah produk dan mencantikkan web tu...insya Allah...mudah-mudahan Allah memudahkan segalanya.

Aduhhhh...banyaknya azam...tak per...tak per.......insya Allah.......Semoga Allah memberikan kita sekeluarga kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati , dan semoga Allah melindungi kita sekeluarga dari segala perkara-perkara yang tidak baik Semoga Allah juga menambahkan lagi perasaan kasih dan sayang sesama kita sekeluarga.

Selamat Menyambut Tahun 2010 untuk rakan-rakan blogger, semua follower Idaman Family, rakan-rakan De Royal Anggerik ibu (you all lah tempat berkongsi segala suka dan duka, berkongsi segala cerita-ceriti.....). Semoga Kita semua dapat menjadikan 2010 nanti lebih bermakna dari tahun 2009. Insya Allah...

2 ulasan:

sayangsayangibu berkata...

salam dan selamat tahun baru juga

azam yg-ke 3 tu, adalah azam yg sama cam akak juga....
dah mula buat lepas berpantang si ariq, tp terbabas juga bila sdang terbakar tu, jdnya tahun ni sedang berusaha untuk menjadi yg sebaik mungkin,demi anak anak.

zahidah berkata...

salam kak eja...
ohhh.....betul betul betul.....
sy pun tgh cuba la ni.....pun sama selalu terbabas juga....nk kena byk sabar lah...