Isnin, 7 Disember 2009

Vanilla Muffin

7 December 2009 - Isnin

Hari ni ibu terlebih rajin sikit, ibu buat vanilla muffin, untuk makan petang nanti. Resepinya ibu dapat dari sini. Ibu buat pun sebab resepi ni simple dan tak perlu untuk pukul telur dan sebagainya.


Muffin sedang beratur dalam oven....:-)

Sebahagian Muffin, rupa tidaklah comel sepertimana dari resepi asal......

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
•8 tbsp mentega, dicairkan
•4 cawan tepung
•2 cawan gula
•2 cawan susu segar
•4 tbsp baking powder
•1 tsp garam
•2 biji telur
•1 tbsp esen vanilla

Cara-cara
1.1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.3.Bakar selama 20minit/180C.

Tiada ulasan: