Selasa, 6 Januari 2009

Rafique Masuk Pra Sekolah

5 Disember 2009

Hari ini Ayah, Ibu, Along dan Idzham ikut sekali pada hari pendaftaran Uda ke Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Angah masuk kelas terus sebab sesi persekolahan Angah ialah pagi. Abang pula sesi petang.



Ayah bising pada Along sebab turun kelas, Angah pula naik kelas; memang ada persaingan belajar, tidak seperti dulu. Tapi kita perlu mengikut arus perubahan demi kebaikan. Ayah tidak mahu anak-anak menonton TV atau main PS2 atau game komputer lagi, melainkan waktu cuti panjang.

Ayah berhajat untuk ajar Science & English, Ibu pula ajar Bahasa Melayu, Math dan lain-lain.



Ini gambar Along dengan Uda.

Rafique Tampal Gigi

31 Disember 2008

Hari ini ayah balik awal sebab hendak hantar Uda ke klinik gigi, ini merupakan lawatan ketiga kami ke sana; tampalan sementara mula-mula tertanggal, so last two weeks buat tampalan sementara sekali lagi, sebab ada infection.






Along dan Angah telah mula tuisyen bermula bulan 12/08. Tadi kami hantar Angah ke Kelas Math & Science yang dijadualkan dari jam 8pm - 10pm.

Appointment hari ini jam 8pm, so, hari ini doktor telah construct semula gigi geraham Uda yang patah.