Khamis, 22 Januari 2009

Macam-macam .........

Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama terperuk kat dalam handphone.....baru hari ini terajin untuk upload masuk dalam ni.....so...bercampur-campurlah..gambar dan kejadian atau peristiwa...tarikh pun dah lupa....

Idzham ketika dalam keter on the way nak gi shopping...sensorang dia konker kat belakang siap pakai seat belt lagi....



Idzham ketika breakfast....sengeh jer bila tahu orang nak snap gambar dia...

Gambar Uda...bad mood....tak mo diambil gambarnya....2 hero tinggal kat rumah..sebab dah breakfast....tak mo ikut katanya


Gambar ayah ketika breakfast kaat Restoran Warong Opah kat Bukit Jalil.......


Gambar angah dan uda...ketika dalam keter tunggu ayah masuk ambil barang kat office kejap...

Idzham sibuk suruh ambik gambar dia tengah pegang rumput......

Uda baru pandai naik basikal tanpa roda kecik.....angah yang ajarkan nya...tapi ibu tak kasi lagi uda bawa basikal kat luar rumah.....


Idzham sewaktu bermain di taman ...penat ibu melayan.....

Majlis Perkahwinan - Mengimbau memori semalam......

Tarikh 13 September 1998, merupakan detik bersejarah buat ibu dan ayah. Tarikh itulah menyatukan ibu dan ayah sebagai suami isteri setelah bersama-sama menempuh pelbagai dugaan, pahit manis dan sebagainya. Segala persiapan majlis, langsir, gubahan hantaran, penyediaan pakaian pengantin semuanya ibu sediakan sendiri dengan dibantu oleh mak uda dan juga kawan-kawan ibu yang juga jiran-jiran sebelah rumah ibu. Baru tahu penat lelah semuanya apabila semuanya diuruskan sendiri.

Pukul 2 petang, ibu dan ayah selamat diijabkabulkan dengan berwalikan Atuk (ayah ibu), ini permintaan dari ayah untuk atuk sendiri mewalikan akad nikah ini. Walaupun pihak keluarga ayah sampai agak lewat, tapi semuanya berjalan dengan lancar walau tanpa sebarang paluan kompang, persandingan dan sebagainya...maklum atukkan tak suka majlis persandingan...harammmmmmm......heheheh......

Untuk tatapan anak-anak ibu dan sesiapa sahaja yang menziaarahi blog ini....inilah sebahagian dari gambar majlis perkahwinan kami..........

Ketika majlis makan pengantin...entah apalah yang ayah dok pikir tu smapai tergaru telinga...hehehhe


Sekitar upacara akad nikah....




Antara rombongan dari sebelah ayah bergambar di hadapan rumah jiran...tumpang untuk persalinan...


Bergamabar bersama, atuk sebelah ibu, mak (nenek) dan atuk sebelah ayah.....
Nenek sebelah ibu tak dapat bergambar sama disebabkan masalah kesihatan......
Atuk sebelah ayah......telah pergi menemui Illahi 2 bulan setelah majlis ini...ibu masih ingat tarikhnya 14 November 1998.....Al-Fatihah....