Selasa, 27 Januari 2009

Souvenier From Macau.....

Sebenarnya dah lama ibu nak masukkan gambar ni......tapi asyik manjang lupa jer.....
rupanya ibu simpan dalam handphone lama ibu.....bila ayah ym tadi kata ayah ada beli souvenier dari Barcelona baru ibu teringat barang yang ayah beli dari Macau.....

Memang ayah outstation ke Macau waktu tu...tapi souvenier ini ayah beli di Hong Kong...dari Hard Rock Cafe.....


Baju-baju ni dah dipakai pun waktu hari raya haji yang lalu dan baju panas tu ibu dah pakai pun waktu keluar malam-malam....

Ni bahagian belakang baju panas ibu...hahahha...ganas tak...?


Ini baju anak-anak ibu.....ada 4 helai sebenarnya.....satu lagi tu tak leh diambil dari idzham.....alahai gambar menegak pulak tu......


Ini pulak baju ayah...sampai sekarang ayah tak pakai lagi..

Anak-anak tak sihat

27 January 2009

Malam tadi ibu tak cukup tidur.....hampir tak tidur sebenarnya. Idzham dan Rafique tak sihat. Rafique seharian dah tak demam..tapi bising sebab tak selesa dengan punggungnya...siang tadi dia ada cirit birit sikit...so...itu yang rasa tak selesa. Gatal lah.....dah basuhkan dengan sabun pun masih gatal...lepas tu ibu sapukan krim..pun tak jalan...sapu pulak minyak kayu putih sikit....pedih la pulak...cuci...lepas tu merengek lagi gatal..ibu sampai dah naik fed up tak tahu nak buat apa.

Dalam pukul 1 pagi....idzham mintak milo...lepas minum milo terus membuak muntahnya...sebanyak mana dia minum sebanyak tu lah yang keluar. Habis cadar dan selimut. So...tengah-tengah malam tu...terpaksa lapkan idzham dan tukar cadar. Tak lama Rafique pulak batuk-batuk..ibu rasa badan dia...dah mula panas....kejutkan suruh makan ubat ...seperti biasa dia ni agak susah nak makan ubat..bermacam alasan yang diberi....apalagi kena lah bebel dengan ibu. Nak tak nak kena paksa makan ubat juga itupun hanya boleh masuk ubat demam dan antibiotik.

Dalam pukul 3-4 pagi....batuk rafiq dan selsemanya masih juga tak reda. Terus dia bangun kata nak tidur kat bawah bersama angah dan along. So ibu pun tutup la aircond sebab takut rafiq rasa tak selesa...nasib baik malam tadi agak sejuk. Dalam pukul 5 pagi tu....idzham pulak panas badannya...so...terpaksa ibu dukung idzham dan bagi makan ubat. Idzham mintak milo..tapi ibu tak mo kasi takut dia muntah lagi..nasib baik idzham tak merengek.

Rasa macam tak tidur......baby dalam perut ni sudah terasa tendangan dan pergerakan kecilnya. Tengah-tengah malam tu....tak boleh tidur....ibu saja suka letakkan tangan kat perut dan merasa pergerakan baby......tenang jer rasa hati ibu....

Banyak betul dugaan dua tiga hari ni sepanjang ketiadaan ayah. Entah bila nak reda demam anak-anak ibu ini. Penat tak usah nak cakaplah....semoga Allah memberi ibu kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan dan ujian ini.....amin....