Selasa, 24 Mac 2009

Kuching Serawak - Orang Utan

Masih lagi hari kedua....

Setelah hujan reda, kami pun bertolak dari rumah Panjang dan sampai ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat Orang Utan. Memang ngam-ngam masa kami sampai tu, pelawat sedang di beri penerangan mengenai Orang Utan ini. Pukul 3 petang merupakan waktu untuk Orang Utan ini keluar makan.

Untuk pengetahuan, Orang Utan di sini bukan dikurung di dalam sangkar tetapi lepas bebas..so..pelawat diingatkan agar tidak membawa apa-apa barang yang boleh manarik perhatian Orang Utan ini seperti botol air mineral.

Ada dua tempat untuk melihat Orang Utan keluar makan, satu di dalam kawasan hutan ada 4 ekor Orang Utan yang turun makan di situ dan satu lagi, di kawasan yang agak lapang di mana seekor Orang Utan yang dominan dan besar dari 4 ekor yang lain keluar dari hutan untuk makan. Umur Orang Utan ini dalam lingkungan 30-an.



Menunggu Orang Utan keluar untuk makan



Sebenarnya ibu dan idzham ni takut-takut nak bergambar...heheh





Masing-masing kepenatan mendaki bukit untuk pergi ke car park....



Menara Tinjau Di Kuching Civic Centre

Dari menara ini kita bleh lihat sehingga 360 darjah pemandangan Bandar Kuching...memang cukup cantik...ada dua buah lift tersedia untuk sampai ke menara ini. Waktu menara ini dibuka ialah sehinggga pukul 5:00 petang.





Kuching ...sambungan

Jom layan lagi gambar-gambar di ladang buaya.....time ni memang panas terik.....




Rumah Panjang Bidayuh

Setelah balik dari Ladang Buaya, kami singgah pula di Rumah Panjang Bidayuh atau lebih di kenali dengan nama Annah Rais Longhouse Padawan. Penat jugalah berjalan di sepanjang lantai buluh di rumah panjang ini. Menurut salah seorang penduduk di rumah panjang ini, isi rumah panjang ini sudah mencecah 1800 orang, tetapi buat ketika ini cuma 18% darinya yang ada. Yang lain-lain akan pulang pada perayaan Hari Gawai atau pun pada hujung minggu.

Ini merupakan contoh dalam rumah panjang tersebut, di mana semua ahli keluarga tidak kira yang telah berkahwin atau pun tidak, akan sama-sama tinggal dan tidur di ruang ini.






Sekitar rumah panjang

Menurut salah seorang penduduk, dalam rumah ini tersimpan tengkorak yang digantung. Anak-anak sibuk nak masuk tapi ibu yang tak mahu....


Anak-anak bersama tour guide kami...




Pada waktu kami sampai di sini, cuaca dah mulai mendung menandakan hujan akan turun bila-bila masa. Ketika di pertengahan perjalanan kami di rumah panjang ini, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa lah kami menunggu sementara hujan reda...waktu inilah kami berpeluang berbual dengan salah seorang penduduk yang mempunyai kedai minum di rumah panjang ini. Dia berumur 54 tahun dan sudah tinggal di rumah panjang ini sejak dari kecil lagi.




Salah seorang penduduk rumah panjang sedang membawa balik hasil tanaman yang dikendong di belakangnya, waktu ini hujan sedang turun dengan lebatnya.

Ruangan kecil macam kotak di setiap bahagian hadapan rumah panjang ini adalah ruangan dapur untuk mereka memasak.

Cuti-cuti Malaysia ke Kuching, Serawak

19 March 2009 - DAY 1

Bertolak dari rumah pukul 6:30 pagi...flight pukul 8:20 pagi. Idzham terpaksa dikejutkan dan cuma lap-lap badan dia..sambil mata dia masih terpejam.

Sampai di Airport Kuching dalam pukul 10:05 pagi. Sampai kat airport...kawan ayah Laura dan seorang tour guide telah menunggu untuk membawa kami ke hotel. Kali ni kami tinggal di Summerset Apartment. Service apartment ni alhamdulillah bilik-bilik dia memang puas hati....ayah ambil apartment yang dua bilik, dilengkapi dengan dapur memasak, rice cooker, toaster, washing machine, dryer, peti sejuk, dan peralatan memasak yang lain.

Hari pertama sampai di kuching ni..tak pergi mana-mana. Lepas check in...kami pergi makan di Restoran Singapore Rice Chicken....sedap...nasi ayam nya memang sedap. Lepas tu...balik bilik dan rehat-rehatkan diri...ibu pulak sakit kepala....tahan mengantuk sebenarnya. Anak-anak lepak tengok tv. Jam 4:30 petang, kami makan di restoran yang berhampiran dengan apartment...Chilipepper Restaurant....sambil menunggu kedatangan tour guide kami. Rafiq pulak tiba-tiba demam...so...kami pun pergi ke Klinik Kotaraya.

Gambar-gambar sekitar hari pertama...di dalam flight, di sekitar bandar Kuching iaitu di hadapan Giant sewaktu kami membeli sedikit barang-barang makanan kudapan ketika dalam bilik nanti.
Ketika lunch di Singapore Rice Chicken





Dalam flight, jenuh nak melayan kerenah idzham yang kejap nak kat ibu kejap nak kat ayah.












Setelah membeli kudapan di Giant.





20 March 2009 - DAY 2

Selepas breakfast, kami menunggu kedatangan tour guide kami....namanya Langkasty..peramah orangnya dan suka melayan budak-budak.
Ini gambar-gambar di lobby apartment sementara menunggu....





Pukul 11 pagi kami sampai di Ladang Buaya, Jong's Crocodile Farm & Zoo. Bayaran masuk untuk kanak-kanak RM8 seorang...tak kira asal kanak-kanak tu dah boleh berjalan akan dikenakan bayaran juga. Dewasa pula bayaran masuk RM16 seorang...tapi yg lawak tu..nak beli tiket siap mintak ic lagi...sebab nak tengok sama ada kita ni orang Serawak atau orang Semenanjung.....kalau orang Serawak hanya bayar RM8 sahaja. Huhuhhu....ada ke patut...memang tak patut....

Masa kitaorang sampai tu, memang time buaya di beri makan iaitu pukul 11 pagi. Di sini buaya diberi makan pukul 11 pagi dan 3 petang.
Jom layan.....



Ayah sedang try snap gambar ketika buaya sedang makan....




Buaya sedang mencapai makanan yang digantung di tali...







Masih lagi di Ladang buaya...di sini bukan sahaja ada banyak buaya tetapi pelbagai spesis ikan, dan haiwan-haiwan lain seperti landak, rusa, monyet, burung-burung....



Ayah bersama budak comel......




Kepala Bujang Senang bersama senjata yang dapat membunuhnya
Buaya yang telah diawetkan









Di sebabkan line tenet ni mengong....lembap tahap cipan......stop kat sini dulu lah...nanti sambung lagi.....daaaaaa...