Ahad, 26 April 2009

Ayah ke Macau lagi

23 April 2009

Ibu memang keberatan sikit kalau Ayah outstation sewaktu Ibu tengah pregnant ni, sebelum ini pun banyak jemputan untuk Ayah ke luar negara tapi Ayah tidak pergi; tapi baru-baru ni Ayah menerima jemputan ke Macau lagi untuk event "CIO engage"; Ayah join ni sebab event tu tak lama dan masa perjalanan agak singkat

Event ini bermula pada 23/04/2009 dan berakhir pada 25/04/2009. Ayah mengambil direct flight pada hari event bermula sebab flight tidak lama cuma 4 jam setengah sahaja; timing bila sampai tu acara baru bermula. Begitu juga dengan penghujung event berkenaan, sejurus habis, ayah terus catch the next available direct flight balik.

di atas pentas

Ayah bergambar dengan orang yang 'mengaksikan' seperti patung, menurut Ayah, kalau ke Venetian memang akan berjumpa dengan maskot ini. Biasanya berwarna putih, tapi untuk event ini maskot ni berwarna gold.



Kumpulan Ayah memenangi game yang diadakan pada hari akhir event; so hadiah yang berupa chips tu dibahagikan, ini yang Ayah dapat.

My Taman Blackout :(

17 April 2009

Tiba-tiba bekalan letrik terputus, kebetulan Ayah ada di rumah, so anak-anak tidak la takut sangat. Ayah cuba call TNB pada no 15454 tapi memanjang engage jer taliannya. Kita orang ingatkan tidak la lama sangat black out, so Ibu pun nyalakan lilin dan letak pada hall depan.

Ni gambar anak-anak main bayang-bayang, tapi sebab flash camera ni, bayang-bayang tidak kelihatan pada dinding rumah; ada jadi raksaksa, ada jadi ultraman, jadi itik dan macam-macam lagi, lucu Ayah dan Ibu tengok telatah anak-anak.





Ni bila ambil gambar tanpa flash...


Ini pula bila turn on flash...
Disebabkan tunggu 45 minit tapi letrik takde, Ayah ajak semua jalan-jalan naik kereta, so kita orang pun ronda-ronda sekitar Puchong. Rupa-rupanya banyak perumahan lain yang juga mengalami keadaan yang sama. Setelah berjalan hampir lebih sejam, kami cuba balik.... nasib kami baik sebab bekalan letrik telah disambung semula :D