Isnin, 13 Julai 2009

Penghargaan Buat Ayah

Entry ini ditujukan khas buat Ayah.....
Ibu cukup terharu dengan kesabaran ayah, kesungguhan ayah, dan keprihatinan ayah sepanjang usia perkahwinan kita. Semua ini, amat teserlah terutama ketika ibu mengandung dan melahirkan Amerra Balqis, kemudian sepanjang proses ibu berpantang. Walaupun kita ada pembantu rumah, tetapi ayah tidak meninggalkan bulat-bulat semua kerja kepada maid, sebaliknya ayah akan buat segala kerja yang selalunya ibu yang lakukan. Pagi-pagi ayah dah kejutkan anak-anak bangun tidur untuk ke sekolah, kemudian ayah siapkan dan pastikan baju anak-anak kemas dan pastikan anak-anak siap pada waktunya untuk ke sekolah. Jam 7 pagi, ayah hantar pula anak-anak ke sekolah.

Setelah itu, ayah balik dan mandikan dan siapkan idzham pula. Buatkan susu idzham, bangun tengah malam buatkan susu idzham. Kemudian setiap malam sebelum tidur ayah akan sapukan minyak panas di kaki ibu dan pakaikan ibu stokin. Pastikan semua keperluan untuk rumah, keperluan untuk Balqis dan segalanya lengkap. Sebenarnya banyak lagi yang ayah telah lakukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik...

Ayah mengambil cuti selama 3 hari, untuk memastikan segalanya berjalan lancar, seperti memastikan pengangkutan anak-anak ke sekolah sewaktu ayah mula bekerja.

Semasa ibu dalam labor room....tak terkata terharunya ibu di atas layanan dan kehadiran ayah yang sentiasa di sisi ibu dari mula hingga lahirnya Amerra. Dengan kehadiran ayah, paling tidak dapat mengurangkan sedikit rasa takut dan rasa sakit ibu. Ayah sentiasa membacakan selawat, membacakan doa-doa dan yang penting tangan ayah sentiasa memegang ibu untuk memastikan ibu sentiasa tahu kehadiran ayah....

Alhamdulillah......syukur ke hadrat Allah....ibu dikurniakan suami semulia dan sebaik ayah, anak-anak ibu dikurniakan seorang ayah yang sebaik, semulia dan penuh tanggungjawab terhadap anak-anak. Terima Kasih ayah....di atas segala yang telah ayah berikan kepada keluarga kita......Percayalah ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dalam segala apa yang ayah lakukan..dan semoga ayah dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang agar terus dapat menjadi suami yang baik kepada ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.....

Kami semua sayang sangat-sangat pada ayah......

Kronologi Kelahiran Amerra Balqis

Isnin-Rabu

Ibu dah mula rasa seolah-olah ada kontraksi yang agak perlahan tapi tidak kerap. Ibu tahu, ini merupakan tanda-tanda awal untuk ibu bersalin. Ayah dah mula risau dan sentiasa berpesan agar ibu segera menelefon ayah sekiranya tanda-tanda itu semakin kerap.

Khamis
Nenek menelefon dari Kampung bertanyakan tentang ibu, tentang kedatangan maid. Nenek dah mula risau bimbang jika sewaktu ibu bersalin tiada siapa yang menjaga cucu-cucunya yang lain. Jadi atuk dan nenek, mengambil keputusan untuk datang ke rumah kita pada hari esok nya Jumaat, tapi ayah kena jemput di tempat yang dijanjikan. Malamnya, ibu semakin rasa sakit dan kontraksi datang dengan agak kuat dan kerap, ibu bagitau ayah...mungkin ibu akan bersalin esok, so..ayah dah siap dan letakkan beg untuk ibu ke hospital. Malam tu, ibu tidur....tengah-tengah malam, hilang pulak kontraksi tu dan ibu dapat tidur lena hingga esok pagi.

Jumaat
Ibu masih lagi dengan rutin menjadi supir anak-anak ke sekolah. Tenghari tu, ibu cam dah tak larat nak turun dari kereta, tapi ibu gagahkan juga. Hasil dari berkat doa kepada Allah..agar dipermudahkan segala urusan, akhirnya pembantu rumah kita akan sampai pada pukul 10 malam nanti..dan tengahari pula atuk dan nenek akan sampai dari kampung. Alhamdulillah...lega sungguh hati ibu dan ayah....masalah di rumah dah dapat diselesaikan........

Sabtu
Tanda untuk ibu bersalin semakin banyak. Pagi ni, ayah bawa ibu dan anak-anak breakfast di luar dahulu sebelum menghantar ibu ke hospital Putrajaya. Dalam pukul 11 pagi, nak daftar masuk wad...ayah dimaklumkan wad bersalin penuh dan diminta datang pukul 12, di mana ketika itu, ramai yang akan discharge. Ayah dan ibu balik kerumah dahulu. Dalam pukul 11:30, ayah terima panggilan dari Hospital memaklumkan ada wad kosong..so ayah dan ibu pun bertolak ke hospital.

Pukul 1.00 tengahari - CTG dilakukan untuk memantau jantung baby. Alangkah risaunya hati ibu, bila nurse memaklumkan graf CTG tidak berapa bagus. Sepatutnya CTG dilakukan 10 minit, tetapi berlanjutan sehingga pukul 3 petang. Dalam pukul 4 petang ayah datang bersama anak-anak, dan ayah berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat berkenaan CTG. Alhamdulillah..Doktor memaklumkan...garf CTG ok...bagus..cuma mungkin pergerakan baby menyebabkan lost contact dengan alat CTG tu, menyebabkan graf menjadi putus-putus.

Malam itu, ibu tidur sensorang di Wad 2B katil 20 dalam keadaan sakit yang datang dengan agak kerap dan kuat. Pukul 2:30 pagi, ibu dikejutkan oleh Doktor untuk diperiksa pembukaan rahim. Rupanya dalam ibu sakit-sakit tu, dah buka 1 cm. Doktor memaklumkan kemungkinan ibu tidak perlu di induce sebab ibu sudah mula ada kontraksi. Kemudian dalam jam 6:30 pagi, sekali lagi ibu diperiksa dan sudah buka 2 cm, so..doktor decide ibu tidak perlu diinduce memandangkan ada progress, so..ibu akan bersalin secara semulajadi....alhamdulillah.

Ahad - 5 Julai 2009

Pukul 11 pagi, doktor memeriksa ibu,dan memaklumkan pembukaan servik dah 3 cm, dan doktor mengambil keputusan untuk pecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin. Sekali lagi hati ibu dilanda kebimbangan apabila doktor seakan terkejut abapila mendapati air ketuban ibu kuran dan tak banyak yang keluar. Walhal seminggu sebelum itu, Doktor ada memaklumkan bahawa air ketuban semua mencukupi.

12:00 tgh - Ketika ibu berada di atas wheel chair, ayah dan anak-anak sampai. Waktu itu, ibu sedang di ambil darah...hhuuhu...tak usah cakaplah sakitnya apabila di cucuk 2 tempat memandangkan urat untuk di cucuk susah nak dapat. Selepas ibu makan tengahari, ibu pun ditolak ke labor room dan ayah menghantar anak-anak balik ke rumah.

12:30 tgh - ayah masuk dalam labor room.....waktu ini, kontraksi datang dan ibu masih boleh bertahan, sambil berbual dengan ayah...

2:00 ptg - Sakit kontraksi dah tak tertahan, lepas tu grip air yang dimasukkan tidak berfungsi.....so..nurse terpaksa mencari saluran lain untuk masukkan air....aduhhhhh.......sakit lagi..tapi disebabkan kontraksi yang lagi sakit dari itu, tidaklah terasa apabila jarum panjang tu dicucuk kat tangan ibu. Waktu ibu, ayah tanya nurse berapa lama lagi perlu ibu menanggung sakit, Nurse maklumkan pukul 3;30 baru doktor akan masuk..bermakna doktor memmang menjangkakan 3:30 ibu akan melahirkan.....ya Allah tak tertanggung dah sakitnya....lagi 1 jam setengah, ibu perlu menghadapi sakit yang tidak tertanggung dah. Ayah sentiasa memberikan ibu kata-kata semangat di samping sering membacakan ayat yang dibekalkan oleh atuk sambil mengusap perut ibu....

2:30 ptg - ibu dah tertahan dah..sambil menangis ibu cakap pada ayah ibu nak czer sahaja...tak sanggup dah....dah menangis-nangis ibu menahan sakit...ayah sentiasa berada di samping ibu memberikan kata-kata semangat. Di sebabkan ibu dah cuba beberapa kali menyedut gas yag dibekalan untuk menahan sakit, tapi ibu masih tak dapat nak menyedutnya dengan betul...so...ayah meminta agar ibu disuntik dengan ubat penahan sakit. Tak lama lepas tu, nurse menyuntik ubat tahan sakit dan memaklumkan ubat ini akan menyebabkan ibu rasa mengantuk.

Lepas disuntik, ibu sudah mula rasa kesannya....terasa seperti gayang, mengantuk sangat....ayah sentiasa mengajak ibu berbual untuk mengelakkan ibu dari tertidur....sambil memejam mata..sambil ibu melayan pertanyaan ayah.......sedar tak sedar...ibu buka mata dan lihat jam 3:40....doktor dan nurse masuk ramai-ramai dan bersedia untuk menymabut kelahiran baby. Doktor memeriksa ibu dan mengatakan dah 8 cm pembukaan serviks ibu dan tidak lama lepas tu...doktor memaklumkan pembukaan serviks sudah pun mencapai 10cm...dan waktu ini, doktor dan nurse meminta ibu push....tapi...tiba-tiba tak rasa pula nak push.....siap ibu kata..nanti...tak ada rasa nk push....dengar sayup-sayup Doktor suruh push sebab bimbang baby lemas. Dalam bising-bising dengan suara nurse dan doktor..ibu dengar satu suara yang cukup bagi ibu semangat untuk push...suara Ayah...yang tak putus-putus memberi semangat.....dan tepat jam 3;50 petang akhirnya....keluarlah zuriat yang selama 9 bulan berada dalam perut ibu,..waktu ini..ibu dah tak kisah....bayi apa yang ibu lahirkan......apa yang ibu tahu...ibu terbaring longlai dan tiba-tiba dalam samar-samar...ibu ternampak wajah ayah dan suara ayah memaklumkan yang ibu dan ayah dapat anak perempuan.....ibu tersenyum sambil mengucapkan syukur alhamdulillah.....

Alhamdulillah, ibu tidak mengalami lekat uri seperti sewaktu ibu bersalinkan idzham. Proses untuk mengeluarkan uri berjalan lancar dan mudah. Ayah yang memang sejak kelahiran anak sulung hingga anak ke lima ini yang membersih dan menanam uri seperti yang telah diajar oleh bidan dulu. Ayah kata, alhamdulillah uri kali ni, senang untuk dibersihkan kerana tidak pecah dan tidak hancur seperti sewaktu ibu bersalinkan idzham dahulu.

Alhamdulillah.....syukur....segala usaha, doa, solat hajat ibu dan ayah serta atuk yang tidak putus-putus membuat solat hajat untuk ibu, dan doa dari rakan-rakan....proses bersalin kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan segalanya berjalan lancar.