Khamis, 27 Ogos 2009

Duit baru.

Bagi yang kat luar sana....mesti fikir..alaaaa.....orang dah lama dapat duit ni, tak heran dah. Tapi bagi ibu, ini pertama kali ibu pegang dan lihat duit RM50 yang baru. Malam tadi ayah bagi kat ibu .......

Yerlah selama ni..ibu cuma shopping online, bayar segala bil dan ansuran semua secara online. Pergi shopping pun dengan ayah, ayah pulak guna credit card. Kalau beli barang sikit-sikit tu, ayah yang bayar. So mana lah ibu tahu dah ada duit baru...


Idzham demam

Ni sebenarnya minggu lepas punya, waktu ni, idzham demam... tengoklah muka dia...lemah longlai jer .Waktu ini, idzham, balqis dan ibu tunggu dalam kereta sewaktu ayah menunggu giliran idzham untuk jumpa doktor di klinik . Yerlah, maklum sekarangkan musim wabak H1N1, so...tak beranilah nak tunggu lelama dalam klinik tu, dah lah ramai sangat orang.
Ini pulak Balqis, tengah tidur. Sebenarnya, ibu nak jumpa doktor sebab batuk ibu yang masih belum sembuh. Tapi, bila sampai jer, rupanya bukan Doktor Nor Billa, so..tak jadilah ibu nak jumpa doktor, ayah cuma ambilkan ubat untuk ibu jer. Ohhh ya..baju dan seluar yang balqis pakai tu, adalah hadiah dari Aunty Aen....umi pada Cinta.....cantik tak...
Ini gambar terbaru Balqis, dah habis pantang, so..ibu pakaikan balqis baju dan seluar pendek....bimbang anak ibu panas.