Isnin, 12 Oktober 2009

Hasil Decoupage terdahulu

Ini antara hasil decoupage terdahulu ibu....




Decoupage

12 Oktober 2009

Kalau ikutkan dah lama ibu melibatkan diri dalam seni decoupage ni, lama pun tak der la lama sangat...setahun lebih kot....tapi bila ibu start pregnantkan Balqis..segala minat ibu..untuk decoupage dan sulaman reben terus terkubur macam tu saja.

Jadi, ibu sekarang baru nak mulakan semula minat ibu ni, untuk permulaan ibu mulakan decoupage dahulu, dan selepas itu baru lah sulaman reben.

Bawah ni, antara projek terbaru ibu, belum pun siap sepenuhnya...belum divarnish kan lagi pun...


Ini asalnya bekas kuih raya, ibu dah ketandusan idea nak sudahkannya, nampak macam kosong kan ....ada idea tak nak tambah apa-apa untuk kasi lagi umphh....sebab tu..semua ni tak varnish lagi...bimbang kot nak tambah apa-apa...


Ini antara barang-barang yang masih belum dapat idea lagi nak hias macam mana...puas dok belek tisu yang ada....


Ini antara yang dah siap, cuma belum divarnishkan lagi....

Aksi Terbaru Balqis

12 Oktober 2009


Layan jer lah gambar-gambar balqis ni....sekarang balqis suka main air liur, jelir-jelirkan lidah dia dan cebikkan bibirkan dia.....

Dah 3 bulan lebih dah puteri ibu ni. 10 Oktober lalu, Balqis telah pun bersunat di Klinik Dr Nur Billa dan cucuk untuk 3 bulan sekali. Balqis punya menangis, aduhaiii....sampai tak keluar suara, ayah tak sanggup dengar balqis menangis, ibu pula tak sanggup nak tengok balqis waktu tu, dengan menangis kuat sambil geleng kepala.

Kesian anak ibu yer....manakan tidak, buat sekali harung, cucuk dan bersunat sekali. Balqis menangis asalnya kena cucuk....lepas tu dah reda sikit kena sunat pula. Tapi, masa sunat tu, balqis cam terdiam sekejap dan mata terkebil-kebil jer....tak sampai beberapa minit dah siap pun. Alhamdulillah....semuanya selesai....