Khamis, 12 November 2009

Mee Kari Kerang .

Khamis - 13 November 2009

Hari ini ibu terajin pulak nak buat mee kari untuk makan petang. Resepinya ibu ambil dari Blog Rindu Alam , adalah beberapa tips yang di kongsi...tapi memang betul-betul sedap....antara tipsnya kuah kari jangan di masak bersama ayamnya tapi ayamnya di goreng lepas tu dicarik-carik sebagai bahan sampingan dan lebihkan kerang. Nak info lanjut layarilah blog tersebut. Apalagi sampai 2 bungkus mee ibu buat, mula celurkan sebungkus, tapi tak cukup pulak. Sekjap jer dah licin.




Balqis belajar meniarap

Rabu - 11 November 2009

Sebenarnya puteri ibu ni agak lambat sikit belajar mengiring dan meniarap berbanding abang-abangnya. Yerlah..abang-abangnya umur 4 bulan dah terror meniarap, tapi Balqis umur 4 bulan baru nak belajar mengiring dan meniarap. Mulanya ibu agak risau juga, kenapalah anak ibu ni tak der langsung gaya nak mengiring .....usahkan meniarap. Tapi, bila tengok badan Balqis yang agak montel mungkin lambat sikit agaknya. Ini beberapa aksi Balqis belajar mengiring dan meniarap, nak tergelak juga...letak atas tilam tu, dia dengan gigih nak mengiring dan cuba untuk meniarap..sampai 360 darjah dia berpusing atas tilam tu..

Iyyyyaaahhhhh........usaha tangga kejayaan
Ok...ok....dah boleh, now nak meniarap pulak..iyyyaahhhh.....
Fuhhhhh........lepas juga meniarap, walau tangan tersepit....ini keesokkan waktunya, baru lepas nak meniarap...heheh..ayah kata kesian anak ayah
Ini tiada kena mengena dengan aksi balqis......hehehe..Adalah petang Rabu tu, ibu sesaja nak buat kuih buah melaka ni, sebab ayah suka makan kuih ni. Rasanya semenjak Balqis lahir, ibu tak buat lagi kuih atau kek....kesian anak-anak ibu.....selalu mintak ibu batkan kuih lah kek lah....
Ini sewaktu merebus kuih buah melaka tu, anak-anak ibu sama sibuk nak tolong...


Kuih Buah Melaka yang dah siap

Breakfast

Ahad - 8 November 2009
Pagi ni ayah, ibu,Rafique, Idzham dan Balqis bersarapan di luar, manakala Firdaus dan Syafiq tak mahu ikut dengan alasan dah kenyang makan nugget kat rumah...bukan apa dorang berdua ni lagi suka tinggal kat rumah dan main game online. Balik dari breakfast ibu ajak ayah singgah kedai peralatan jahitan untuk membeli sedikit renda dan manik untuk projek ibu akan datang...bila lah tu....

Idzham dengan aksi dia yang tak mahu duduk diam
Rafiq pulak dengan muka yang sama ketika bergambar.....
Ayah dan Puteri kesayangannya