Isnin, 16 November 2009

Takziah Mas-Ujin

16 November 2009 - Isnin

Ketika jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam tadi, ibu menerima sms dari Mas-ujin..rakan DRA ibu. Ketika terpapar nama Mas di screen hp ibu, ibu seperti dapat menjangka apa isi yang tertulis dalam sms itu. Setelah membuka sms itu, seperti yang dijangka..perkhabaran sedih telah Mas sampaikan...pemergian ibunda nya yang tersayang pada jam 9 malam tadi. Ibu dan rakan-rakan DRA ibu memang telah maklum tentang keuzuran ibu Mas sejak dari mula ibunya jatuh sakit. Mas juga saban minggu berulang alik ke Johor Bharu untuk menjaga ibunya....

Tatkala itu, bergenang air mata ibu...ibu tidak dapat membayangkan kalau ibu berada di tempat Mas..pemergian orang yang sangat kita sayangi dan tidak dapat dicari ganti. Ibu sebak seketika...dan perlahan-lahan ibu reply sms menyampaikan ucapan Takziah untuk Mas sekeluarga dan berdoa agar ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Harapan ibu agar Mas tabah dengan dugaan yang Allah berikan ini.

Takziah buat mas...dan marilah sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah buat arwah ibu mas.....