Isnin, 7 Disember 2009

Vanilla Muffin

7 December 2009 - Isnin

Hari ni ibu terlebih rajin sikit, ibu buat vanilla muffin, untuk makan petang nanti. Resepinya ibu dapat dari sini. Ibu buat pun sebab resepi ni simple dan tak perlu untuk pukul telur dan sebagainya.


Muffin sedang beratur dalam oven....:-)

Sebahagian Muffin, rupa tidaklah comel sepertimana dari resepi asal......

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
•8 tbsp mentega, dicairkan
•4 cawan tepung
•2 cawan gula
•2 cawan susu segar
•4 tbsp baking powder
•1 tsp garam
•2 biji telur
•1 tbsp esen vanilla

Cara-cara
1.1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.3.Bakar selama 20minit/180C.

Balqis di usia 5 bulan

7 December 2009 -Isnin

Sabtu lepas, 5 hb..genaplah usia Balqis 5 bulan. Baru jer pandai meniarap, tapi tak lepas nak telentang semula...so..bila penat nangis la dia. Tapi mulut dia bising, bahasa jerman la agaknya, dan dah pandai menjerit kalau tengok abang-abangnya bergaduh.

Pagi ni ibu bawa Balqis ke klinik untuk cucuk. Ingat nak pergi Sabtu hari tu, tapi Doktor Nor pulak tak ada...so...pagi ni ibu yang bawak Balqis. Mula-mula cucuk tak menangis, tapi elok jer dah siap, menjerit dia menangis...Berat Balqis ketika ini ialah 7kg. Balik tu, kepenatan agaknya menangis, tertidur Balqis dalam carseat, on the way balik. Sampai rumah masih lagi tidur dalam tu, so angkat jer carseat tu dan letak dalam, pun masih tidur lagi.....