Isnin, 21 Disember 2009

Cuti-cuti Penang -Part 3

ok....sambungan lagi...


















to be continue

Cuti-cuti Penang - Part 2

ok....sambung.....

Sampai Penang pukul 5 petang lebih kurang, sampai jer terus menuju ke Hotel Equatorial di Bukit Jambul. Ayah booked 2 bilik sebelah menyebelah, ibu, ayah, balqis dan idzham satu bilik, Firdaus, Angah, Uda dan bibik satu bilik. Lepas mandi, terus keluar pergi jalan-jalan...destinasi pertama pergi ke Toy Museum di Batu Feringgi. Berpandukan GPS pada hp ayah, jumpalah di mana lokasinya.

Toy Museum ini dibuka dari pukul 9 pagi-9 malam, tapi last tiket pukul 8:30 malam. Bayaran masuk untuk dewasa RM10 seorang dan kanak-kanak RM6. Masuk jer...budak-budak bukan main terpegun melihatkan pelbagai koleksi mainan yang ada.....

Dah habis sesi di toy muzium, perut pun dah lapar. Sebelum tu ayah beli panadol untuk Firdaus yang tiba-tiba sakit kepala dan demam. Lepas tu, ingat nak berhenti di Restoran Subaidah, tapi kebetulan waktu ayah call kawan ayah...dia suggestkan pergi Restoran Tajuddin Hussain di Little India.....katanya....dah sampai Penang ni..rugi tak cuba makan di situ. Puas jugalah mencari....sebab Restoran tu tak der dalam list di GPS....puas pusing-pusing akhirnya jumpa juga. Di sini, kitaorang makan nasi kandar. Memang murah sangat-sangat kat sini dan yang paling sedap ialah masakan ayam rosnya
Gambar dari atas Jambatan





Balqis, baru lepas mandi, menuggu ibu bersiap pulak

Gambar dari balconi tingkat 5 Hotel Equatorial




Gambar lain akan menyusul nanti......line lembab...puas dah upload tak masuk-masuk lagi...

Cuti-cuti Penang - Part 1

21 December 2009 - Isnin



Jumaat, 18 December 2009, kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Pulau Pinang. Tahun lepas pun ke sini juga kami pergi waktu cuti sekolah. Awal tahun dulu, kami bercuti ke Sarawak, dan untuk akhir tahun ni kami memilih Pulau Pinang pulak...tapi....rasanya ini last untuk kami ke Penang sebagai destinasi percutian kami......hehehehe.......bad experience.....may be it's wrong time kot....



Bertolak dari Puchong pukul 10 pagi, sepanjang perjalanan tu..hujan lebat..kejap reda kejap lebat kadang-kadang sampai tak nampak jalan. Jam di sesetengah tempat. Beberapa kali ayah cuba berhenti di beberapa destinasi R&R untuk makan tengahari, tapi semua nya penuh dengan kereta yang menunggu untuk parking. Sehingga akhirnya tiba di satu R&R..lupa dah namanya, dah tak tahan lapar.....berebut pulak meja untuk duduk....hahahah...lawak betul.


Dalam perjalanan, diiringi dengan hujan


Masing-masing boring jer, dah habis tengok CD Upin & Ipin, Transformer...




Ayah sedang drive dengan berhati-hati


Jalan raya yang basah