Isnin, 28 Disember 2009

Rafique....oh .......Rafique

26 December 2009 - Sabtu


Cuti-cuti ni kami tak pergi jalan mana-mana. Sejak beberapa hari lalu.....masing-masing tak tahan kepanasan apabila duduk di depan tv. Kipas di hall tu, tak dapat nak sampai anginnya ke ruang menonton tv, tower fan dekat ruang menonton tu pulak dah macam hidup segan mati tak mahu, berdiri pun dah tak mampu kena sandar di dinding, so...satu tempat jer lah yang rasa anginya. Aircond tiba-tiba buat hal...sejuk bila on...tapi air yang keluar macam air hujan...habis basah carpet, dah macam banjir pulak walhal dah tadah dengan 3 baldi.
Pelik juga, sebab rasanya tak sampai 2 bulan lepas dah service. Ayah call orang yang biasa service aircond tu, katanya try cuci filternya, dah cuci pun masih sama. Ayah syak paip tempat keluar air nya tersumbat. Bila ayah dah bising-bising, orang tu pun bagitau sabtu pagi dia akan datang tengok kan.
Dia sampai.....so..dia blow kan lubang tempat keluar air tu dengan vacum dia.....tapi bila ayah tengok tempat keluar air tu, tak ada angin pun yang keluar.....so...dah rasa mesti ada something ni. Orang tu pun dok lah menelek lubang paip yang kecik secoit tu.....dia tarik sesuatu....tengok..gulungan tisu.....eh..ada lagi.....so..dia pun terus blow kan angin.....rupanya tercampak beberapa gulungan tisu lagi...lepas tu barulah air keluar.
Bila ayah nampak jer tisu...ayah tau lah kerja sapa ni....sebab tisu sinonim dengan Rafiq.....Bila ayah tanya.....Rafique terus mengaku......dia yang dok masukkan tisu banyak-banyak dalam tu. Sesebelum ni, dia basahkan tisu-tisu dia balingkan kat rumah jiran chinese belakang rumah...so...dinding dan tingkap rumah jiran tu penuh lah dengan tompokan tisu......aduhhhh...nasib baik aunty belakang rumah ni tak marah. Lepas tu, dia basahkan tisu ...dia balingkan pulak kat plaster ceiling. Banyak lak tu.....aduhhhhhh......dia ni memang dari kecik suka buat kerja-kerja macam ni. Beberapa tahun dulu, dia suka buangkan segala benda...bola, botol, hanger dalam lubang longkang....so....tersumbatlah longkang...time air dari washing machine keluar..banjirlah belakang tu...longkang tersumbat..terpaksalah panggil orang datang tolong repair.

Ok..berbalik pada cerita aircond tu.....bila Rafique dah mengaku, tak sampai hatilah ayah nak marah-marah dia...tapi kena tegur jugalah...yerlah..sebab dia semua orang susah, dah la kena bayar untuk orang service tu, lepas tu....tak larat nak menonton tv lama-lama kat bawah sebab kepanasan. Lepas ni apalagi lah yang dia akan buat...kita tengok jer lah...

Inilah lubang paip air cond..asalnya paip tu lurus jer, tapi sebab ada orang tu suka sumbatkan tisu dalam tu, so..ayah mintak di buat macam tu...