Khamis, 31 Disember 2009

Untuk Pemaisuri dan Puteri Ayah

31 Disember 2009

Hari ini Ayah membawa Ibu dan Balqis ke shopping untuk membeli peralatan menulis ketiga-tiga anak sebagai persediaan persekolahan tahun hadapan. Setelah settle semua yang hendak dibeli, Ayah bawa Ibu dan Balqis ke Poh Kong Jewellers.



Rupanya ayah nak belikan ibu....tunggakan hadiah harijadi ibu..... Ekceli, dah lama ibu berkenankan satu gelang yang mempunyai rantaian love, tapi dulu ayah suruh ibu beli gelang lain sebab ayah kata, gelang yang ibu pilih tu nampak cam kosong...tapi hasrat ibu nak memiliki gelang tu tak pernah pudar.....so, kali ni ayah belikan sebab kelihatan butiran love tu tidaklah kosong seperti sebelumnya.

Balqis juga ayah belikan seutas rantai leher, cantik....cuma nanti ayah bercadang untuk tempah nama Balqis, dah tanya kat kedai tu...RM600 lebih kurang untuk tempahan nama Balqis.

Terima kasih Ayah... love you from Ibu dan Balqis .

SELAMAT TAHUN BARU 2010

31 December 2009 - Khamis




Tinggal beberapa jam sahaja lagi 2009 akan melabuhkan tirainya dan tirai 2010 akan dibuka. Sedih untuk meninggalkan tahun 2009......

Bagi Family kita, apa yer yang terjadi dalam tahun 2009 ni , antaranya :

1. Paling manis, bilangan ahli keluarga kita bertambah dan ibu dan ayah telah dikurniakan zuriat perempuan setelah 4 anak-anak ibu sebelum ni lelaki. 05 Julai 2009 - Ahad, detik bersejarah dalam hidup ibu dan ayah. Pertama kali juga ayah dapat menyambut dan melihat detik-detik kelahiran zuriatnya dari awal hingga ke akhir. Syukur kepada Mu Ya Allah.....


2. September 2009 - Akhirnya kereta yang diidamkan oleh ibu dan ayah telah pun berjaya dimiliki. Yerlah ahli keluarga bertambah ramai, mana lah nak muat Waja tu, dan nak beli MPV, tapi minat sangat dengan Alphard....alhamdulillah.........Allah memperkenankan hasrat kita. Syukur kepada Mu Ya Allah.




3. March - Kita sekeluarga telah bercuti ke Sarawak. First time ibu dan anak-anak ke Sarawak. Memang best sangat-sangat.

4. December - Bercuti ke Penang - hehehe..hat ni seronok sebab bercuti bersama anak-anak dan baby baru, tapi salah pilih destinasi lah pulak....tak suka gi Penang...ini last pergi Penang untuk bercuti......sorry yer Penang.....Penang Driver.....huhuhuhuuh.....pengalaman yang menakutkan dan menyakitkan hati.

Rasanya itu jer lah peristiwa yang penting dalam 2009. Yang kecik-kecik tu, banyak lah juga tapi tak kan nak masukkan juga ek....

Ok...Azam 2010.....? Hmmmmm...sambil garu kepala nih.......
Azam ibu lah...azam orang lain ibu tak tahu..azam ayah biar ayah lah yang masukkan....

Azam ibu yang boleh dikongsi bersama :
1. Nak kuruskan badan.
2. Nak lagi bekerja keras untuk pelajaran anak-anak.
3. Nak lebih berdiplomasi dan berlembut dalam mendidik anak-anak - hehehe..selama ni garang tak hengat....
4. Nak jadi isteri yang solehah...tak mahu lagi marah-marah, merajuk-merajuk tak tentu pasal, kesian ayah......hehehe..boleh ker ek..insya Allah...
5. Nak mendalami lagi ilmu agama, menjadi ibu mithali dan contoh terbaik untuk anak-anak.
6. Nak menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan lebih cekap, dan tersusun.
7. Nak kurangkan bertenet.........skang ni tengah kurangkan lah ni..lebih kepada cari-cari benda yang berfaedah...insya Allah......
8. Nak jadi bussineswoman..online....dah ada pun website....masih nak menambah produk dan mencantikkan web tu...insya Allah...mudah-mudahan Allah memudahkan segalanya.

Aduhhhh...banyaknya azam...tak per...tak per.......insya Allah.......Semoga Allah memberikan kita sekeluarga kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati , dan semoga Allah melindungi kita sekeluarga dari segala perkara-perkara yang tidak baik Semoga Allah juga menambahkan lagi perasaan kasih dan sayang sesama kita sekeluarga.

Selamat Menyambut Tahun 2010 untuk rakan-rakan blogger, semua follower Idaman Family, rakan-rakan De Royal Anggerik ibu (you all lah tempat berkongsi segala suka dan duka, berkongsi segala cerita-ceriti.....). Semoga Kita semua dapat menjadikan 2010 nanti lebih bermakna dari tahun 2009. Insya Allah...

Ayah....Jatuh Tangga

31 December 2009 - Khamis

Sebenarnya accident ni dah lama berlalu, sabtu minggu lepas kalau tak silap. Waktu kejadian pukul 2 petang lebih kurang. Waktu tu, ibu sedang menunggu ayah kat bawah bersama Balqis untuk ke Tesco beli barang keperluan rumah. Ibu nampak ayah sedang turun tangga sambil melihat handphone, yerlah handphone baru....nak transfer segala nombor ke handphone baru agaknya, tiba-tiba ayah tersilap langkah......terus tersembam ke lantai, nasib baik ayah sempat tahan ..kalau tidak kepala memang terhantuk lah. Sebenarnya lagi dua anak tangga , ayah pulak ingatkan dah sampai ke bawah....apa lagi mengaduh kesakitan lah ayah.
Dalam sakit-sakit tu, pergi juga lah ke Tesco, kemudian ke pasar. Malam tu, kawan ayah bawak pergi berurut. Esoknya pergi klinik, Doktor kata ligamen koyak, so dapatlah cream untuk sapu dan ubat tahan sakit.
Moralnya...........sewaktu turun tangga, jangan buat kerja lain...mata kena tengok step kaki tu......
Sewaktu N3 ini ditulis, kaki ayah masih bengkak lagi...jalan pun masih terhencut-hencut lagi. Pun ayah masih lagi ulang alik ke UITM untuk sudahkan tesis ayah, pergi pasar, pergi Tesco. Kalaulah kita duduk di Melaka ni, ayah boleh relax jer kat rumah, ibu boleh buat semua sendiri.