Jumaat, 22 Januari 2010

Caught on Camera.....

22 January 2010 - Jumaat

Siapa main air tu............ibu dengar bunyi air kat depan ni.....
Tak apa, ibu nak intai dari tingkap bilik ibu....ooooooo...budak kecik ni yer main air....dah bukak baju bagai ni.....

Seronok dia main air yer....orang tengah rehat kat dalam bilik, dia main air


Eh......masukkan air pulak dalam mulut...



Tengok tu, membazir air jer ni.....


Ibu......kenapa ambik gambar Yam...

Naik....tutup air sekarang juga...tengah-tengah panas pukul 3 petang ni, main air ekk......

Gitulah perangai idzham, dalam diam-diam ada jer kerja yang dia buat....

Khamis, 14 Januari 2010

Happy Birthday Idzham

14 January 2010 - Khamis


5 January 2010 lalu genaplah umur idzham 3 tahun. Alhamdulillah, dah besar anak ibu yang sorang ni, manja, keletah, dan petah. Mulut dia....aduhhhh.....suka dengar kalau dia mula bercerita tu, dengan suara dia yang manja tu. Idzham ni, kalau ibu marah dia sebab suka menangis nakkan sesuatu yang tak ada, akhir sekali bila dia dah penat menangis...dia akan tanya dalam suara yang teresak-esak tu.."ibu.....sayang yam ya....(ni ringkasan pada idzham...heheh)"...selagi ibu tak cakap yang ibu sayang dia, selagi tu lah dia akan menangis dan tanya soalan yang sama.

Ini idzham sedang memotong kek, cuma ibu dan angah jer yang ada waktu tu.....so..kami berdua jerlah yang nyanyikan Happy Birthday untuk idzham. Habis tu, ibu suruh tunggu malam waktu semua ada, idzham dah merengek nak potong kek. So...sms ayah, ayah kata...tak apalah..bagi jerlah birthday boy tu potong kek......


Kek upin dan ipin ni, idzham yang request, so seperti biasalah ibu order dari Kak Ram. Nasib baik Kak Ram boleh siapkan kek ni dalam masa sehari jer....yerlah musim orang kahwin pun dah berlalu, boleh lah, kalau tidak....payah juga.

Bersama Angah, yang memang rajin melayan kerenah idzham.

Isnin, 11 Januari 2010

MOBS & Lollietots CUTEST SMILE BABY CONTEST

Ketika ibu jalan-jalan makan angin di alam maya ini, ibu terjumpa satu contest.......

teruja nak join.....so...kepada sesiapa yang nak join contest ni silalah klik SINI yer.

Bagi ibu, inilah senyuman Balqis yang paling cute dan comel sekali....






Nama : Amerra Balqis


Umur : 6 bulan

Rabu, 6 Januari 2010

Bermulanya Tahun 2010

14 January 2010 - Khamis.



Alhamdulillah.......hari ini hahampir 2 minggu kita semua berada di tahun 2010. Tak sangka rasanya sudah masuk ke tahun 2010. Tahun ini, ibu telah mencatatkan beberapa azam yang perlu ibu lakukan untuk tahun ini.
Tahun ini, 3 orang anak-anak ibu dan ayah bersekolah. Firdaus di Tahun 5, angah di Tahun 3, dan Rafique di Tahun 1. Firdaus dan Rafique bersekolah di waktu pagi manakala angah pula bersekolah di sesi petang. Alhamdulillah, masing-masing tidak banyak kerenah....seperti biasa bangun pagi, solat subuh, bersarapan dan kemudian ayah hantar ke sekolah.
Rafique, masuk ke kelas 1 Zamrud, Firdaus pula 5 Zamrud dan Angah 3 Mutiara. Firdaus telah dipilih oleh Guru Kelasnya untuk memegang jawatan Ketua Kelas....dengan alasan perwatakan dia yang agak serius...hehehe....yerlah anak ibu yang sorang ni memang agak garang sikit, tapi sebenarnya kalau mula berbual dengan dia...memang dia jenis yang peramah dan suka tersenyum menampak lesung pipitnya (ikut sapa lah tu ekkkkk...berlesung pipit tu....jangan marah yer ayah......).
Okey....(sambil menghela nafas ni...memikirkan terasa penat pulak melalui hari-hari persekolahan ni), baru 2 minggu persekolahan, penat juga uruskan anak-anak sekolah ni, nasib baik buat masa ini ada pembantu rumah..kalau tak...tak tahulah ibu....terduduk rasanya. Anak-anak ibu, pergi ke sekolah dengan membawa bekal.

Sebelah pagi, sewaktu 2 orang anak ibu ke sekolah, 2 orang lagi kat rumah.
Pukul 7:30-8:00am, ibu perlu mengajar anak-anak ibu mengaji. Idzham mengaji Iqra', aduhhh.....biasalah dia ni suka main-main...so kena banyak sabarlah....Alhamdulillah, setelah 2 minggu ni, idzham dah beralih ke 5 mukasurat iqra'1.
Pukul 8:00, ibu turun breakfast...lepas tu..mandikan balqis, lepas tu..pukul 9:00-10:00 lebih, ibu akan mula masak untuk lunch. Pukul 10:00-11:00, ibu akan lihat angah study sesambil surf internet..check email, baca blog, masuk Facebook, sembang kejap denga DRA. Pukul 12:00, ibu mula siapkan bekal untuk angah dan angah bersiap untuk ke sekolah.
Pukul 12:30 - 1:30 - time ni ibu ulang alik hantar dan ambil anak-anak ke sekolah. Time ni yang tak larat ni...panas terik dengan bawak kancil yang tak terasa air-cond tu...huhuhu..gelap dah ibu ni. Nak bawa Alphard...ibu belum pernah try bawak lagi..lagi pun jimat minyak nk ulang alik ambik anak sekolah guna kancil ni.
Pukul 1:30-2:00, ibu makan, solat. 2-3pm, ibu susukan Balqis dan tidurkan dia kadang-kadang dengan ibu pun sama terlena. Tapi kalau tak tidur...ibu akan surf internet lagi mencari bahan-bahan untuk ajar anak-anak ibu dan print apa yang patut.....
Pukul 4 ibu start mandikan Balqis sebab 4:30-5:30...ibu ada appoinment...dengan TV3...heheheh ......5:30, ibu mandi dan solat asar pulak. Pukul 6:00pm, ibu minum petang jap....terlewat juga ni. Pukul 6:30-7:00 mlm, ambil angah.

Pukul 7:30 malam, ibu naik untuk solat Maghrib, seementara menunggu anak-anak ibu siap solat , ibu mengaji kejap.....lepas tu mula ajar Firdaus dan Rafiq mengaji. Pukul 8 malam, ibu mula jadi cikgu...time ni penatlah....nak-nak bila idzham sama nakkan perhatian, mana ibu nak tumpukan pd 3 yang lain....masing-masing walaupun mentelaah sendiri , tapi perlu juga ibu memantau, dan Rafiq pula memang perlukan ibu bagi tumpuan sepenuhnya pada dia....


Tapi....kadang-kadang hanya setengah jam jer ibu dapat fokus pada anak-anak ibu kerana Balqis akan mula merengek atas dukung bibik. Kadang-kadang ok lah sampai sesi study anak-anak ibu habis. Pukul 9:00 malam, anak-anak ibu turun, mulalah mintak air milo lah, nak makan roti lah......gaduh lah....9:30 malam, time untuk anak-anak ibu tidur.


Lega...cuma perlu layan idzhamlah..kalau siang dia tak tidur, cepatlah malam dia tidur. So...Balqis lah..kejap bangun kejap tidur. Tunggulah ayah balik....untuk makan sama....kadang-kadang kalau lapar, ibu makan dululah.

Inilah rutin hari ibu......buat masa ini. Insya Allah, bulan Jun nanti, ibu akan lagi sibuk, memandangkan ibu dan ayah akan menghantar bibik pulang. Mudah-mudahan waktu itu, ibu akan diberi kekuatan dan tenaga yang lebih untuk handle semuanya.

Sabtu, 2 Januari 2010

Rafique masuk Tahun 1

Lama tak update blog, banyak juga cerita, tapi tak tahu kenapa mood nak update tak der.....tak perlah belum basi lagi cerita ni ekkk.....

2 January 2010

Seawal 8:00am, kami tiba ke sekolah untuk sesi orientasi Rafiq ke Tahun 1 di Sekolah Kebangssan Puchong Utama 2. Waktu sampai tu, dah ramai ibubapa beserta anak masing-masing di Dewan Terbuka. Ibu memeriksa senarai nama dan kelas Rafiq. Alhamdulillah Rafique ditempatkan di Kelas 1 Zamrud...rasanya ini semuanya berdasarkan pencapaian sewaktu di bersekolah di Prasekolah di sekolah ini.

Setelah meninggalkan Rafiq di tempat perhimpunan mengikut kelas, semua ibubapa berkumpul di Dewan A pula untuk sesi taklimat. Waktu ini, Balqis dah mula resah, tapi bila ibu susukan Balqis...terlelap akhirnya puteri ibu. Tak lama kemudian...taklimat dimulakan. Idzham pulak buat hal..merengek ajak balik. Sudahnya setelah suara raungan dia bergema di dewan tu, ayah bawa dia keluar. Ibu masih dengan Balqis, tak lama kemudian..puteri ibu pulak yang buat hal.....menangis tak boleh pujuk. So..ibu duduk luar.....tak mo diam juga. Ibu beredar dari situ, takut juga menganggu perjalanan taklimat tu.

Tak lama tu, nampak ayah datang semula bersama idzham...rupanya ayah pergi bayar yuran untuk Firdaus dan Angah. Setelah taklimat berakhir, ayah pergi ke kelas Rafiq untuk settlekan bayaran yuran, dan setelah selesai bawa Rafiq sekali pulang ke rumah. Akhirnya...anak ibu yang agak pemalu dan pendiam ni masuk Tahun 1...dah besar dah dia....