Sabtu, 2 Januari 2010

Rafique masuk Tahun 1

Lama tak update blog, banyak juga cerita, tapi tak tahu kenapa mood nak update tak der.....tak perlah belum basi lagi cerita ni ekkk.....

2 January 2010

Seawal 8:00am, kami tiba ke sekolah untuk sesi orientasi Rafiq ke Tahun 1 di Sekolah Kebangssan Puchong Utama 2. Waktu sampai tu, dah ramai ibubapa beserta anak masing-masing di Dewan Terbuka. Ibu memeriksa senarai nama dan kelas Rafiq. Alhamdulillah Rafique ditempatkan di Kelas 1 Zamrud...rasanya ini semuanya berdasarkan pencapaian sewaktu di bersekolah di Prasekolah di sekolah ini.

Setelah meninggalkan Rafiq di tempat perhimpunan mengikut kelas, semua ibubapa berkumpul di Dewan A pula untuk sesi taklimat. Waktu ini, Balqis dah mula resah, tapi bila ibu susukan Balqis...terlelap akhirnya puteri ibu. Tak lama kemudian...taklimat dimulakan. Idzham pulak buat hal..merengek ajak balik. Sudahnya setelah suara raungan dia bergema di dewan tu, ayah bawa dia keluar. Ibu masih dengan Balqis, tak lama kemudian..puteri ibu pulak yang buat hal.....menangis tak boleh pujuk. So..ibu duduk luar.....tak mo diam juga. Ibu beredar dari situ, takut juga menganggu perjalanan taklimat tu.

Tak lama tu, nampak ayah datang semula bersama idzham...rupanya ayah pergi bayar yuran untuk Firdaus dan Angah. Setelah taklimat berakhir, ayah pergi ke kelas Rafiq untuk settlekan bayaran yuran, dan setelah selesai bawa Rafiq sekali pulang ke rumah. Akhirnya...anak ibu yang agak pemalu dan pendiam ni masuk Tahun 1...dah besar dah dia....


1 ulasan:

um. masyitah berkata...

Salam
wah dah besar dah Rafique...