Khamis, 25 Februari 2010

Berpindah Ke Melaka

25 Febuary 2010 - Khamis

Esok Jumaat, kami sekeluarga akan berpindah semula ke Melaka. Ke rumah kami di Lorong Pandan Melaka. Ayah akan mula bekerja semula dengan Kerajaan Negeri Melaka bermula Isnin ini. Semoga perpindahan kami ini akan memberi rahmat dan diberkati Allah, dan ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini. Amin.
Jadi, kemungkinan Blog Idaman Family ini akan bersawang, berhabuk dan sebagainya. Sementara menunggu line internet di rumah Melaka nanti, jadi harapnya walau pun tidak berupdate, sudilah kiranya pengunjung blog ini tetap menziarahi blog ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di N3 akan datang. Insya Allah.

Maulidur Rasul

Salam kepada semua follower blog ini dan juga kepada pembaca yang kebetulan singgah di blog Idaman Family ini. Esok, 26 Febuary 2010, bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1431H. Sekadar berkongsi maklumat, marilah kita hayati apa yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul ini.


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Sepanjang perarakan ini, selawat atas Rasul dialunkan secara beramai-ramai.



Pengertian Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

5. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

6. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

7. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."


2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."


3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

Sekadar Update

25 Febuary 2010 - Khamis

Sekadar untuk blog ni di update, layan jer lah yer gambar Balqis sewaktu nak ke Tesco. Macam lawak pulak, sikat rambut dia macam tu, sebabnya rambut depan dia tu dah panjang, tak gunting lagi, so..kalau sikat ke bawah, dah nak masuk dalam mata.

Stroller Balqis tak bawak, jadi..letak dia dalam troli.....ok jer...tapi tak lama lah, takut sakit pulak pinggang dia, maklum dia bukan reti duduk lagi.

Senyum kena agah dek ayah

Eh...kenapa ibu panggil Balqis.....


Rabu, 17 Februari 2010

Balqis , Upin & Ipin

17 Febuary 2010 - Rabu

Inilah aksi Balqis bila dimainkan DVD Upin dan Ipin. Yerlah...idzham satu hari entah berapa kali mainkan cerita ni. Balqis pun dah jadi suka tengok cerita ni. Tersandar dia dalam walkernya. Bila ditarik walker ke belakang, nanti dia akan jalan ke depan lagi, tarik lagi...macam tu lah dia....bulat mata melihat screen tv....


Cuti-cuti Chinese New Year

Sabtu - 13 Febuary 2010



Malam sabtu, ayah bawak anak-anak jalan-jalan ke Shah Alam, saja-sajalah jalan, best sebab jalan lengang jer, tak ramai orang pun. Yerlah...warga kota kebanyakkannya pulang ke kampung halaman. Sampai di Shah Alam ayah berhenti di McD Seksyen 2. Masa sampai tu pun ada beberapa orang jer kat dalam tu, tak ramai.

Anak-anak minta burger, so ayah belikan burger sorang satu, kecuali Rafiq dan Idzham berkongsi, tau pasal yang dua orang ni memang tak akan habisnya. Untuk ayah dan ibu, ayah belikan Double Prosperity Burger. Tu diaaaa........jenuh lah ibu nak habiskan......
Kekenyangan memasing...bawak balik perut muncittt......heheheh

Ayah..tersenyum melihat anak-anak menjamu selera...

Masing-masing tengah layan burger, tapi Rafiq tu...asyik lah termenung nak habiskan separuh burger tu...memang tak kuat makan, tapi..kalau mee goreng..sepinggan penuh habis...


Budak kecik ni...dengan air gas memang tak boleh dipisahkan, burger langsung dia tak usik..secawan air gas dia habiskan.

Firdaus, semangat menjamu selera....

Angah, sedang kepedasan, yerlah...nak juga letak sos cili...mulalah berair mata sambil makan burger....


Ini pula gambar-gambar sewaktu jam berdetik 12 tengah malam.....menandakan bermulanya Tahun Baru Cina. Gambar ni diambil dari dalam bilik ibu, jiran chinese membakar mercun. Idzham yang tengah lena tidur terbangun, so..ayah pun ajak la idzham tengok bunga api melalui jendela bilik...Balqis....steady jer tidur tak terjaga pun...




Professor Klon...di mana kah kau......



Nampaknya, Professor Klon telah berjaya menghitamkan bekalan air dan mahu meluaskan jajahan takluknya. Tetapi....dengan gagahnya cicakman datang menyelamatkan keadaan. Hanya beberapa jam sahaja bekalan air dapat dibersihkan semula dan warna air bertukar menjadi putih seperti sediakala.

Hahahahhaa......itu lah dia yer kawnan-kawan, last week punya cerita. Inilah rupa dan warna air, sewaktu paip air dibuka waktu pagi. Terkejut dan loya melihatkan warna air yang sebegitu, macam air longkang. Baju-baju yang dibasuh menggunakan mesin pun habis kotor dan bertukar warna, terpaksa dibilas dengan tangan,...sib baik bibik setia menurut arahan.

Rupanya pihak Syabas ada menjalan kerja-kerja apa tah...tapi kami penduduk taman ni tidak dimaklumkan. Kebiasaanya, kalau apa-apa yang dorang nak buat, dorang akan maklumkan supaya pengguna menutup meter air untuk beberapa tempoh yang dorang beritahu.

Nasib baik, keadaan ni tidaklah lama.....cuma mana-mana paip yang menggunakan air tangki tu, memang lama lah keluar kaler air warna macam ni.....habis lah kotor nampak dalam mangkuk tandas, nak mandi pun...adehhh tak sampai hati rasanya....

Jumaat, 5 Februari 2010

Ayah dan Puteri ayah

Tarikh tak ingat bila, tapi kalau tak silap bulan lepas punya. Tersimpan dalam hp, malas nk update punya pasal. Waktu ni, kita sekeluarga keluar breakfast.


Menu semalam dan hari ini

5 February 2010 - Jumaat

Ini menu untuk semalam dan hari ini.....ikut la mood ibu...kalau rajin, banyaklah menunya, kalau malas sikitlah menunya.

Sup Ayam - Hari ini punya menu. Tak ada sayur, sebab sayur semua ibu dah campurkan sekali dalam sup...senang kerja....

Ini Menu semalam - Sambal Sotong

Ayam masak kicap - ini biasanya untuk anak-anak ibu yang tak makan pedas.


Sayur lemak kacang panjang campur sotong..ibu tak snap...malas lah sebab dok dalam periuk lagi.

Awan Mendung Berarak

4 February 2010 - Khamis

Gambar ini ibu ambil dari dalam bilik ibu, so tak berapa clear sangat lah. Waktu ini hampir pukul 5pm. Cuaca bertukar menjadi gelap, disertai dengan angin kuat ,guruh dan kilat. Balqis dan Idzham sedang lena tidur .

Awan mendung sedang berarak, bila-bila masa sahaja hujan akan turun


Hujan dah turun dengan lebatnya

Balqis

30 January 2010 - Sabtu

Time ni on the way nak balik ke Puchong dari Melaka, tapi ni still kt Melaka lagi. Masa berhenti kat traffic light, sesaja ayah letak Balqis....bukan main suka lagi dia...sampai tak mahu bila ibu nak ambil dia....
Kelihatan rambut dia yang agak kusut, ni semua ibu punya pasallah ni, tak cun dah balqis...mandi kat rumah Makcik Hasnah, tapi ibu lupa bawa sikat balqis.....so..rambut balqis ni tak berapa terurus la

Tengok tangan dia yang cuba nak tepis, bila ibu nak ambil dia...

Pandai tak saya drive...

Vrooommmm.....tengok..ibu pun tak pernah drive lagi keter ni, balqis dah try dah...

Selasa, 2 Februari 2010

Akhirnya...ibu berjaya.....sayangggg Idzham....mmmuuahhh

2 Febuary 2010 - Selasa

Akhirnya...setelah beberapa malam ibu train Idzham...dengan bangun setiap 2 jam setiap malam, kejutkan idzham ke toilet, berjaya juga idzham tidak kencing malam lagi. Hari ni dah 3 malam berturut-turut idzham sudah tak kencing malam. Dua malam ibu kejutkan sekali jer, dan malam tadi...sudah pukul 6:30 pagi baru ibu kejutkan dia.
Alhamdulillah, idzham dah pandai. Sebenarnya ibu dah give up, sebab sudah beberapa malam ibu berjaga...mana dengan bangun tiap 2 jam sekali, dengan Balqis bangun menyusu lagi. Akhirnya, satu malam sebelum tidur tu, ayah panggil idzham....dan ayah cakap "Yam....yam janganlah kencing atas tilam lagi yer, kalau nak kencing masuk bilik air, kejutkan ibu ke ayah ke...yam dah besar tau...", lepas tu ibu pulak kata " Kalau yam dah tak kencing atas tilam, esok pagi ibu kiss yam banyak-banyak kali..mmmmuuuaahhh...."
Idzham kata.."Okayyyyyy"..memang itulah perkataan dia kalau kita mintak dia buat sesuatu.
Rupanya memang betul dia tak kencing dah atas tilam. Mulanya ingatkan kebetulan...rupanya malam seterusnya macam tu juga.
Macam yang ayah cakaplah...senang jer rupanya nak train idzham ni, kena cakap dengan dia...elok jer dia dengar.
Lagi satu, idzham sekarang dah pandai baca Iqra'. Sekarang idzham dah pertengahan Iqra' 1..alhamdulillah.....kalau ikutkan boleh jer nak alihkan dia setiap hari..sebab dia mudah dapat apa yang baru diajar....tapi..tak mahulah ibu nak cepatkan sangat...
Idzham juga dah kenal banyak huruf dari A-Z dan sudah pandai menulis huruf A, B, C dan O. Idzham ni nampaknya...."nakal" dia lebih sikit dari abang-abangnya tapi dia mudah dapat apa yang diajar. ALhamdulillah.....