Sabtu, 13 Mac 2010

Ikan Segar pemberian dari jiran

Entry ni sebenarnya untuk hari Khamis, tapi tak apalah ek...yang penting ceritanya.
Petang tu, ayah balik awal. Pukul 6 petang, ibu, ayah, Balqis, Idzham dan Makcik Hasnah pergi ke Komplek Renang MBMB di Bandar Hilir untuk daftarkan anak-anak ibu kelas renang. Makcik Hasnah ikut sekali kerana ada hal yang perlu disettlekan berkenaan dengan kelas renang anaknya, dan juga di samping untuk kenalkan ibu kepada Pengurus Kelas renang iaitu Pn.Salbiah.

Selepas Maghrib, ada bekas jiran chinese. Kenapa ibu katakan bekas jiran, sebab mereka ni dulu jiran di sebelah rumah kita sebelum mereka berpindah ke rumah mereka sendiri. anak-anak ibu panggil Aunty Lim. Aunty Lim dan Uncle serta 2 anaknya datang untuk melihat Balqis. Mereka ni memang baik sangat-sangat dan banyak menghulurkan pertolongan sewaktu ibu dan ayah PJJ dulu. Pinjam tong gas pun pernah....hehehe.

Mereka datang membawa ikan segar, ikan apa ekkk...entahlah...ibu tak tahu sebenarnya. Setelah Aunty Lim balik, ayah minta ibu terus masak ikan tu, yerlah ikan segar kalau terus di masak memang sedap....ibu pun apalagi terus lah jalankan kerja-kerja memasak, walau pun sebenanrnya kita dah pun makan malam. Ayah kata, tak apa, makan dengan roti pun soddaapppp...

Rupa asam pedas, sewaktu ibu menumis bahan-bahannya. Yang dah siap masak, ibu ambil gambar tapi blurr lah pulak gambar tu...

Inilah rupa ikan tu, waa....pejal jer dagingnya sewaktu ibu memotongnya...

Tiada ulasan: