Rabu, 28 April 2010

Balqis - My Little Princess

28 April 2010 - Rabu

Amerra Balqis, bergaya dengan dress yang baru siap ibu jahit. Comel sungguh anak ibu, (yerlah...sapa lagi nak puji kalau tak ibu..heheh) walaupun nampak agak comot sikit, mananya..tangan balqis asyik nak masuk dalam mulut jer...sib baik bukan kaki..kalau tak....nak beradik lagi ker pulak......issshhh...tak maulah dah...






Merry-go-round Dress

28 April 2010 - Rabu

Yessss....hahaha...aduiii....seumur hidup ibu tak pernah memotong, menjahit dress..paling tinggi pun ibu pernah menjahit baju kurung, langsir...(jap....pikir..rasanya itu jer lah...)
Yerlah...nenek...memang susah nak percaya kalau ibu katakan yang ibu ni berjaya hasilkan baju kurung ke, langsir ker.....sebab apa..ibu ni memang keras tangan dari kecik lagi. Tak adanya minat nak jahit menjahit, kraf-kraf bagai ni..lainlah Mak Uda..pergi belajar lagi. Ibu jahit baju kurung pun....nenek yang ajar sikit-sikit. Dress apatah lagi lah......langsung tak pernah.

Bila dah dikurniakan Princess ni, mulalah ibu excited nak jahit dress untuk dia. Pulak tu, ibu banyak terjumpa blog-blog yang memaparkan dress untuk baby girl yang cantik-cantik...ada tutorial lagi....Ibu banyak merujuk blog-blog menjahit seperti yang ibu listkan di sebelah kanan bawah blog ini. Banyak sungguh panduan dan tips yang diberikan..beserta contoh-contoh dress yang memang memberi semangat dan inspirasi untuk ibu menjahit sendiri.
Kali ini, ibu buat dress yang di namakan Merry-go-round....tapiiiiiiiiii...disebabkan salah memotong kain dan mengukur kain untuk skirt yang sepaptutnya lagi beralun , jadi hasilnya tak berapa cantik, tak berapa nak circle dan tak berapa nak beralun...nanti ibu nak buat lagi....mungkin next dress..ibu akan buat 2 layer pulak..seperti Merry-go-round dress yang sebenarnya.....macam ini...
Gambar ini ibu ambil dari blog yang selalu ibu jadikan panduan dalam menjahit dress
thanks to MAYA



Ini pulak versi ibu...hahaha..jauh panggang dari api kan..???

Tak per..lepas ni ibu nak jahit seperti di website MAYA


Balqis bergaya bersama dress barunya, dan juga salah satu headband yang ibu hasilkan.

Kena sengetkan kepala sikit yer... :)


Macam-macam

28 April 2010 - Rabu

Mavam-macam anak-anak ibu ni....nampak jer ibu pegang camera mulalah...
tak mo byk komen lah.....tengok jerlah aksi memasing :)


























Idzham, budak petah...

28 April 2010-Rabu

Inilah dia budak petah....Kalau ikut sebutan dia.."Ameyul Iyyam"...mulut dia, macam budak umur 5-6 tahun kalau bercakap. Ramai yang tak sangka umur dia 3 tahun....



Santai bersama ayah dan Balqis

28 April 2010 -Rabu

Balqis sedang bergurau bersama ayah...di petang ahad lepas.....



Sedang tepuk amai-amai, bila ayah nyanyikan lagu tu..




Ahad, 25 April 2010

Ayyyaaaaahhhhhhhhhhhh..........

25 April 2010 - Ahad




Sudah beberapa hari Balqis dah pandai menyebut perkataan AYAH. Tapi sebutan dia seperti ini " Ayyyaaahhhhhhhhhhhh", dengan mulut yang dibuka besar-besar. apalagi...happy lah ayah sebab Balqis pandai sebut nama ayah dulu berbanding dengan IBU...ishhhh...tak aci betul...

Lagi satu, Balqis..kalau nampak ayah jer, mesti teruja....happy sgt dia..kekadang kalau dia sedang baring, dia akan hempas-hempas kaki dia sambil ketawa. Tapi anak ibu ni, tak tumbuh gigi lagi, tak seperti abang-abangnya, umur 8 bulan dah tumbuh gigi.......tapi apa pun..semua abang-abangnya sayang Balqis dan selalu cakap cam ni "Eiiii..Balqis ni memang baby paling comel dalam dunia"....hehehhe...dunia tu, jangan main-main.... ;)

Khamis, 22 April 2010

Balqis with her new dress

22 April 2010-Khamis

Akhirnya dapat juga snap gambar Balqis memakai dress baru dan juga salah satu headband yang ibu buatkan. Dengan susah payah nak snap gambar Balqis, dengan bantuan abang-abangnya. Balqis tak mahu duduk diam, cepat-cepat snap gambar sementara mood dia ok, so..gambar pun blur, ibu pulak snap menggunakan camera handphone jer...so..itu jerlah quality gambar yang dapat ambil.




Headband For My Little Princess

22 April 2010 - Khamis




Hari ini ibu siapkan headband untuk Balqis. Ibu cuma tambahkan bunga reben atas headband yang telah ibu jahitkan siap-siap size balqis. Hopefully cantiklah bila anak ibu memakainya. Dress semalam pun tak sempat nak pakaikan, Balqis ni sekarang nak pakaikan baju memang dia ikut mood. Itu yang nak kena tunggu mood dia ok baru boleh pakaikan dan snap gambar dia sekali.

Ok lah kan...orang yang tak berapa nak kreatif ni buat...nanti nak buat lagi, nak buat paten lain pulak....

Rabu, 21 April 2010

Dress untuk Balqis

21 April 2010 - Rabu

Akhirnya ibu berjaya menyiapkan dress untuk puteri ibu. Thanks to Fizan
Berpandukan tutorial fizan ibu cuba buatkan satu dress untuk Balqis. Inssya Allah...esok,ibu akan snapkan gambar Balqis memakai dress ini.




Selasa, 13 April 2010

Happy Birthday Angah

12 April 2010 - Selasa

Sabtu lepas, kita sekeluarga balik ke Kampung ibu di Maran, Pahang. Dah lama tak jenguk nenek dan atuk..anak-anak ibu pun asyik tanya bila nak jumpa atuk. ALhamdulillah atuk dan nenek sihat seperti biasalah.....nenek pun biasalah dengan keadaan nenek, atuk pun sihat, cuma biasalaha atuk, sihat orang tua kata atuk.

Ahad, sampai di Melaka, lepas kita hantar bibik balik rumah, terus ayah bawak kita semua ke McD. Nak celebrate hari jadi Angah yang sepatutnya di sambut 2 April lalu. ayah tanya angah nak apa....angah cuma kata, nak makan kat McD..makan burger McD....punyalah simple angah nak....
So..layan jerlah ......

Birthday Boy.....dah 9 tahun dah umur anak ibu ini. Semoga angah menjadi anak yang soleh, berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga dipermudahkan segalanya.
Idzham...tak mo burger...dia hanya makan kentang goreng dan minum air...

Ayah baru nak makan, setelah melayan anak-anak dan ibu...hehehe Thanks ayah yer..

Rafique dan Firdaus

Balqis....nasib baik dia tak meragam, dah puas tidur sepanjang perjalanan dari Maran - Melaka agaknya....so..sennag lah ibu nak menghayati makanan ibu.....



Makan kentang goreng.......adalah 4 batang kot...




Pokok Kelapa...

13 April 2010 - Selasa


Pertama kali rambut Balqis ibu ikatkan style pokok kelapa...hehehe..dah lama teringin nak ikatkan rambut Balqis ni nak-nak setelah tengok gambar Zara si comel kesayangan WANA. Lawak gak lah..sebab waktu ni rambut balqis belum betul-betul kering tu yang jadi macam tegak semacam tu..



Aksi Balqis...membuat bunyi dan gambar yang ketiga tu dia tengah menjerit
Balqis memang suka tengok cermin
Untuk lebih jelas gambar ni, sila klik pada gambar yer....

Rabu, 7 April 2010

Balqis lagi..lagi-lagi Balqis

7 April 2010 - Selasa

Pelbagai aksi Balqis.......


Balqis, sebenarnya waktu ni dia sedang membuat bunyi melalui hidung....aksi ini dia akan buat kalau ada sesiapa yang tiup rambut dia....

Tengah sibuk main...

Ini bila kita panggil dia..Balqissss.......sebab nak snap gambar dia..

Blur skit lah gambar ni....sebab...Idzham yang snap gambar ni..heheh

Labu..Labu

7 April 2010 - Selasa




Semalam ibu masak Cekodok Labu untuk minum petang. Asalnya memang ibu tak tahu pun labu boleh di buat cekodok....hehehe...tapi rakan DRA ibu, Kak Zurita (ZZ..heheh), bagitau ibu...labu kalau dibuat cekodok pun sedap....so..ibu pun try lah....ok lah...mungkin ibu tak letak gula..ibu cuma letak garam jer, so..tak der rasa manis...tapi sedap jugalah.....

Isnin, 5 April 2010

Berjumpa Kembali Rakan-rakan lama di FB

5 April 2010 - Isnin

Sekarang kan semua orang sibuk ber Facebook, termasuklah ibu dan anank-anak ibu. Asalnya ibu create akaun FB ini, adalah kerana cadangan dari Kak Umi (WMC), sebab waktu itu ibu mengikuti kelas Sulaman Reben Online. Kak umi minta supaya student-studentnya update hasil kerja di FB. So, waktu tu, ibu create lah juga, walau pun pada sebelumnya ayah dah suruh ibu buka akaun FB.

Dari situ, walau pun masih terkial-kial dengan FB, dari sehari ke sehari, akhirnya ibu dapat berjumpa kembali rakan-rakan lama ibu sewaktu bersekolah di Sekolah Menengah Maran dan juga sewaktu ibu belajar di UKM.

Sememangnya ibu tercari-cari rakan-rakan lama terutama rakan sewaktu bersekolah menengah dulu,rindu sangat-sangat dengan dorang. Akhirnya ibu bertemu dengan Ema, kemudian Mazni, Yusnida, Aniza, yang semuanya dari Kelas 4-5 Sains dulu. Kemudian bertambah Azura, Norhayati (yang ini paling lawak...ibu tak kenal dia sebab pertama, dia guna nama Angah Kuty, sebab kedua....rupa dia dah lain..dulu kurus sangat dan tinggi, sekarang dah berisi....:), puaslah dia bersoal jawab dengan ibu nak pastikan yang ibu adalah orang yang dia kenal...hehehehe....aduiii...pulak tu mak dan ayah dia pulak memang merupakan kawan baik pada atuk dan nenek), kemudian ibu bertemu pula dengan Norasiah, Norsalawati (yang ini ibu dah add, tapi nampaknya dia hanya create akaun tapi belum mengaktifkan dirinya lagi..Sal merupakan kawan rapat ibu....sama-sama jadi pelajar kesayangan cikgu terutama Cikgu Geografi masa Form 6 dulu...lupa dah nama).

Dari satu rakan ke rakan yang lain....dari Rahimah Shamsuddin..adik kepada Norsyam ibu bertanya khabar Nor melalu Imah...sebenarnya ibu rindu sangat dengan Nor, kawan ibu dari darjah 3 rasanya hinggalah ke form 6, dah hampir lima belas tahun kami lost contact, tapi malangnya menurut Imah, kakaknya tak suka ber FB ni. Semalam Yusnida, menghadiri majlis harijadi anak Nor, sempatlah ibu titipkan salam rindu untuk Nor walaupun Yus tak sempat nak ambil gambar ( tak sempat ke nor yang tak mau.....;) )

Banyak kenangan pahit dan manis sewaktu di zaman persekolahan, masing-masing dah punya keluarga sendiri, kehidupan sendiri, kerjaya dan anak-anak serta suami. Rindu sangat dengan kehidupan sewaktu zaman persekolahan lalu.......
penuh dengan gelak tawa dan keriangan......

Harap sangat suatu hari nanti kita akan dapat bertemu di alam nyata.....mesti menitik air mata waktu itu..... :(
Tiba-tiba pulak di waktu ini, rasa sedih menyelinap dalam hati ini......cuma harapan ibu agar kawan-kawan lama ibu tidak berubah menjadi seorang yang sombong atau bermegah dengan kehidupan mereka....sekiranya mereka telah menjadi orang yang berjaya.....dan tidak memilih dalam berkawan..yerlah ibu ni bukannya orang yang berkarier, orang yang up to date, ibu hanyalah insan biasa...seorang suri rumah yang hidupnya hanya bergelumang dengan anak-anak dan suami dan hidupnya hanyalah di dalam lingkaran keluarga sendiri.
Alamak...terluah perasaan pula..tak apalah sesekali.....tiba-tiba jer rasa sayu hati ni....

Ahad, 4 April 2010

Baby Diaper Stacker

4 April 2010 - Ahad

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Inilah hasil pertama dari kain yang ibu beli tempoh hari. Diaper Stacker, bolehlah, pertama kali ibu buat, ibu ikut tutorial di sini. Jomlah try buat. Tapi, ibu adalah ubahsuai sikit, tak letak ruffles kat atas tu. Berapa kali terhenti buat benda ni, biasalah, idzham kacau, Balqis merengek...nasib baik jadi juga....



Dah disikan dengan diapers Balqis. Ingatkan nak beli kain Felt nak jahitkan nama Balqis, tapi nanti dulu lah, belum jumpa kat mana nak beli.





Shopping Di Jakel

4 April 2010 - Ahad




Kain ni dah seminggu kot ibu beli di Astana Moda, cawangan Jakel di Melaka. Ibu pergi dengan kawan ibu, Makcik Hasnah. Kat sana ibu beli, English Cotton, sepasang untuk ibu, 2 jenis english cotton untuk Balqis, ibu nak tempah gaun dan baju kurung untuk Balqis.

Ibu juga beli beberapa kain cotton yang murah-murah, kalau tak silap....RM4 hengget semeter dan ada beberapa meter kain langsir murah, untuk ibu buat beberapa jenis kraftangan. Insya Allah. Sekarangkan ibu dah addicted dengan kain-kain cotton untuk kerja-kerja kraf, sama ada sarung kusyen, alas barang-barang dan beberapa lagi lah.