Jumaat, 14 Mei 2010

Ibu Sakit




15 Mei 2010 - Jumaat

Dah 3 hari ibu sakit pinggang di bahagian belakang kiri. Tak pernah ibu merasakan sakit seperti ini. Sakit sangat-sangat. Rabu, tengahari tu, ibu dah mula rasa sikit-sikit, menjelang malam...sakitnya makin terasa. Pukul 10 malam, ayah ajak ibu pergi klinik, tapi ibu kata...tak payahlah..boleh bertahan lagi. Ibu terlena seketika, sampai masuk dalam mimpi yang ibu sakit pinggang. Lepas tu, ibu tengok jam pukul 1 pagi....memang tak boleh tidur, serba salah, duduk sakit, bangun sakit, nak baring semua posisi memang sakit. Puas ibu mengeluh....ayah terjaga dan ayah kata..esok pagi-pagi ayah ada meeting, tapi ayah kata, bolehlah ayah postpone kejap, nak hantar ibu ke klinik. Lepas tu, ibu dah tak tentu hala, ibu bangun duduk dekat ruang tamu....tak tau nak buat apa...ketika ibu sedang serba salah nak duduk ke bangun ke, ayah keluar terus ajak ibu ke klinik. Waktu itu jam menunjukkan hampir jam 4 pagi. Bawak lah Balqis....nasib baik klinik 24 jam memang dekat dengan rumah.

Sampai jer, doktor check....tanya kaki ibu kebas ke tidak, dan bermacam soalan lah. Doktor kata, otot besar di belakang ibu bengkak dan tegang. Ok lah dapat ubat tahan sakit, ubat sapu dan ubat surut bengkak. Balik ,lepas makan ubat, baru boleh lena, walau sakit tak hilang sepenuhnya. Esok pepagi, ibu call makcik Hasnah, mintak tolong carikan nombor telefon Tukang Urut, aduhhh..tak tahan dah sakitnya ni. Pukul 3 petang baru tukang urut tu datang. Lepas ibu urut satu badan. Tukang urut tu kata, banyak angin dalam badan ibu...dan bla..bla...bla....then waktu dia urut perut ibu...dia sarankan ibu jumpa doktor supaya boleh discan .

Ibu cerita kat ayah, tak sangka ayah begitu risau...pukul 6 lebih ayah balik terus ajak ibu ke klinik Amal jumpa Doktor Rahimah. Sewaktu di klinik, Doktor scan perut ibu....lihatlah segala macam yang ada....di kawasan abdomen ibu...hati, buah pinggang, peranakan, hati, dan sebagainya. Alhamdulillah semua nampak cantik kata Doktor dan tiada apa-apa masalah seperti fibroid ke, ketumbuhan ke, atau apa-apa yang serius lah. ALhamdulillah, ibu bersyukur kepada Allah...ibu tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan.

Ibu keluar jer...ayah terus tanya...macam mana...? Kasihan ayah...risau sungguh ayah....Ok ibu kata....tak ada apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah .......ibu dibekalkan dengan beberapa jenis ubat....(Tak yahlah bagitau ubat apa...;))

Pagi tadi ayah call ibu....ayah tanya "Tengah buat apa?"...ibu jawab "Tengah jahit"..ayah kata "Laaaaa...sambung jahit semula..tunggulah sakit pinggang tu betul-betul sembuh..." Tak apalah....tak sedap mata ibu memandang benda yang terbengkalai.....

Hopefully...sakit pinggang ibu ini akan sembuh seperti sediakala........aduhhh..tak mampu dah rasanya nak tanggung.....dukung Balqis pun tak boleh....

2 ulasan:

sayangsayangibu berkata...

sakit pinggang...memang tak tahan
apa kata mandi berendam dengan air suam, mungkin membantu kot?

harap cepat sembuh...;o

zahidah berkata...

kak eja...
thanks kak eja..alhamdulillah..dah kurg byk dah..tk taulah..sebab mkn ubat ker, berurut ker...