Khamis, 27 Mei 2010

Kusyen Sulaman Reben

27 Mei 2010 - Khamis

Alhamdulillah...siap juga akhirnya Cushion Cover ibu yang bersulamkan Sulaman Reben. Penat juga nak siapkanya. Kerja-kerja menyulam kalau tak salah ibu, dalam 2-3 hari jer, itu pun banyak kali berhenti melayankan Balqis. Kerja-kerja membuat sarung tu yang memakan masa. Yerlah, renda di tepinya tu, ibu buat sendiri, jahit tepinya pun sendiri.
Oklah...ibu puas hati dengan kerja ibu kali ini, walau pun ada part-part yang kena baiki lagi, tapi rasanya...inilah hasil yang terbaik yang ibu pernah buat....(al-maklum...ibu ni bukan lah kreatif mana pun.....heheheh). Ayah tanya ibu, kalau ada orang nak tempah macam mana?.............
Tak terjawab ibu.....muak gak rasanya nak menyiapkan sepasang kusyen ni....tapi tengoklah macam mana kalau ibu terlebih rajin....

Jahitan Scallop di tepi renda tu, ibu jahit guna mesin jahit. Dah hampir 4 tahun beli mesin tu, baru kali ni ibu guna untuk jahit pattern tu.....





Hahahaha...layan jer lah gambar yang sama ibu snap banyak kali.....ambil dari pelbagai gaya.

Tiada ulasan: