Isnin, 10 Mei 2010

Lama Tak Makan Kek

9 Mei 2010 - Ahad

Hari ini, ayah, ibu, Idzham dan Balqis, ke Secret Recipie di Melaka untuk beli kek, kebetulan ianya sempena Hari Ibu. Sebenarnya, ayah ada bertanyakan pada ibu, apa yang ibu nak sempena Hari Ibu ni, ibu kata..."ibu nak hadiah yang semua boleh merasainya". Itu yang ayah nak belikan kek ni. Bila sampai kat kedai kek tu....makkk aiiii...ramainya orang...sehinggakan kek yang biasa kitaorang beli iaitu Indulgence kehabisan. Waiter offer pelbagai kek yang masih ada, kebetulan ayah minta choclate fudge, mula-mula dia kata dah habis, tapi lepas dia double check...alhamdulillah ada satu lagi.


So...tahun ini, untuk Hari Ibu, kami menyambut sederhana, satu kek dari ayah, pemegang pen dari Along dan 2 kuntum bunga dari Angah...dannnn, keesokkannya dua keping kad Hari Ibu dari Rafique. Apa yang penting adalah ucapan dan ingatan dan kucupan dari ayah dan anak-anak. Ibu sentiasa berdoa agar ibu dapat menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak ibu dan ayah, dan ibu nak anak-anak ibu merasa bangga menjadi anak-anak ibu dan ayah merasa bangga menjadi suami kepada ibu.



Macam 1 Malaysia lak....

Tiada ulasan: