Ahad, 27 Jun 2010

Gerhana Bulan Separa

26 June 2010 - Sabtu

Pada hari ini, berlaku gerhana bulan separa. Terlambat sikit ibu ambil gambar. Lawak gak lah, anak-anak ibu mencari mana kedudukan bulan. Setelah selesai solat maghrib, sedang duduk-duduk, tiba-tiba Firdaus kata " Ibuuuu..abang dah jumpa bulan......kat luar kat belakang"....apa lagi semuanya keluar sama-sama tengok. Waktu ini waktu dah menunjukkan jam 8:15-8:30 lebih kurang.

Ini sahajalah gambar yang dapat ibu dan angah ambil...thanks ayah kerana susun dan jadikan gambar ini berturutan......

Khamis, 24 Jun 2010

Sulam Reben - Sarung Kusyen

24 June 2010 - Khamis

Sepasang lagi kusyen sulaman reben baru sahaja ibu siapkan.






Rabu, 23 Jun 2010

Kek Marble susu



23 June 2010 - Rabu

Ini jerlah gambar kek yang dapat di snap, tak tau kenapa camera buat hal....puas lah tekan button tak mau juga snap.....sudahnya dah nyampah..ibu biarkan jer.....dan mula potong kek untuk bagi jiran-jiran sedikit. Kebetulan angah main-main tekan button tu, dapatlah snap gambar kek sepotong ni.....

Ok...suka....suka...sebab menjadi kek ibu ni, sedap, lembut, dan teksturnya halus jer....resepi sebiji sebijan ibu ikut resepi dari blog Amida....di sebelah kiri ada list blognya...Jurney Of My Life.
Nanti nak buat lagi, cuma tunggu kerajinan datang, bahan-bahan semua dah beli...permintaan dari ayah....;)

Aktiviti cuti sekolah - Part 2

sambungan aktiviti cuti sekolah.....heheheh..sekolah dah buka baru nak update.....tak taulah kenapa mood untuk update blog yilleekkkkkkk.......
Layan jer lah gambar yang ada ni yer...


salah satu riadah di rumah, disebabkan tiada kawasan, maka ibu buatkan dengan paper kat laman rumah...Permainan Teng teng....anak-anak ibu kata

Tangan sapa ekk...rasanya tangan Firdaus ni, gunakan bende

Ni pulak tanagn angah, gunakan berus gigi......teknik percik..gitu lah...



Air apa yer......;)
Hasil kerja tangan Idzham - Cop tapak tangan

Khusyu sungguh dia menyapu warna pada kentang...





Isnin, 7 Jun 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

8 Jun 2010 - Selasa

Aktiviti cuti sekolah - Day 1.

Aktiviti membuat buku "About Me", "Diri Saya"...apa-apalah.....
Layan gambar yang banyak ibu masukkan ni.....malas nak type....


Hasil Kerja Idzham - yang dibulatkan tu, idzham sendiri yang tulis
Lukisan tangan idzham, diwarnakan...hahahah...."cantik tak ibu...?"

Cover Page Idzham


Hasil Kerja Angah



Hasil Kerja Firdaus




Hasil Kerja 4 orang anak-anak ibu

Ketika Aktiviti Berlangsung



Tangan Idzham, sibuk asyik nak menebuk lubang


Rafiq bersungguh mewarna

Firdaus, menyiapkan Family Tree

Angah, sehingga baring nak menyiapkan kerja

Idzham tak habis-habis lagi menebuk lubang

Rafiq dengan gambar Kapal Terbang

Angah : Ibu, nak tulis apa lagi ni

Idzham memilih warna


Firdaus sedang mengarang

Idzham sedang melukis bentuk tangannya

Sibuk memilih dan menggunting gambar

Firdaus sememangnya fokus menyiapkan tugasan

Idzham punya hasil kerja

Excited bila ibu suruh lukis tangan sendiri

My Heroes

8 jun 2010 - Selasa

anak-anak ibu get ready nak pergi kelas taekwando. Di sebabkan banyak kali berpindah, so..banyaklah anak-anak ibu tak pergi kelas taekwando. Pindah melaka ni, sambung semula kelas taekwando.




Ahad, 6 Jun 2010

School Holiday



Bermulalah cuti persekolahan bagi murid-murid sekolah dan juga guru-guru....hehehe..nanti ada yang kata...guru tak boleh cuti pasal kena tanda kerta peperiksaan...tak apalah....kalau dah pilih untuk jadi guru, kena bersedialah hadapi semua itu dengan hati yang senang, seperti juga kerjaya lain yang setiap satunya ada pro dan kontranya. Begitulah juga, dengan kerjaya SURI RUMAHTANGGA SEPENUH MASA ni...(halamakkkk....start nak menaip ala-ala membebel lah ni...).
OK....apa plan ibu yer untuk anak-anak ibu sepanjang cuti sekolah. Cuti-cuti Malaysia..nehi..nehi, pasal ayah tak ambil cuti. Kalau jalan-jalan dalam Melaka ni mungkinlah boleh..itu pun weekend, tapi weekend di tambah lagi dengan cuti sekolah ni......macam tak best jer nak keluar...sebab pasti penuh dengan mereka yang datang bercuti ke Melaka, di tambah lagi dengan bermulanya SUKMA pada 10 Jun ini.
Adalah ibu listkan beberapa aktiviti untuk anak-anak ibu. Aktiviti yang terus berjalan...Taekwandolah setiap Jumaat dan Ahad. Aktiviti di rumah, untuk mengelakkan hero-hero ibu bermaharajalela...aktiviti kraf, aktiviti fotografi dan beberapa aktiviti lain. Selain rutin wajib...belajar sehari 2 jam...cukuplah kot ka..2 jam.... ;)
Aktiviti untuk ibu....sulam, jahit manik, decoupage, menjahit dan aktiviti kraf lain.....relaks lah dulu....layan anak-anak dulu sepanjang cuti sekolah ini.