Khamis, 29 Julai 2010

Photo with Chef Wan - Redzuawan Ismail

29 Julai 2010 - Khamis

Sempena pelancaran Portal MyIDEAS@Melaka oleh Ketua Menteri Melaka, di Incubator K-ekonomi ayer Keroh Melaka, office ayah menjemput Chef Wan untuk mengisi masa rehat di antara dua program. Ini ayah bergambar bersama Chef Wan. Ayah kata Chef Wan puji baju ayah, "cantik baju batik engkau" .......heheheheh.......ayah kata terus ayah teringat ibu..yerlah, ibu hadiahkan ayah baju tu sempena Father's Day lepas.
Berita berkenaan Majlis ini ada keluar di Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini dan juga Radio 3 Melaka.




Ahad, 25 Julai 2010

Happy weekend..


25 July 2010 - Ahad

Pagi ----->Tengahari

Happy Weekend....yezzzaaaa.....hari ini hari makan di luar.....
Pagi-pagi ibu dan ayah pergi ke pasar dan juga TESCO untuk membeli keperluan rumah. Lepas settle semua, ibu dan ayah bergegas pulang ke rumah untuk mmebawa anak-anak keluar makan, kebetulan pula hari ini taekwando anak-anak ibu di lewatkan ke pukul 1 tengahari. Anak-anak diberi pilihan oleh ayah...Nasi ayam atau KFC???...Huhhh..apalagi budak-budak lah katakan......sudah tentu pilih KFC...memandangkan tinggal lagi satu jam sebelum anak-anak ibu start latihan taekwando..jadi ayah membawa ke KFC Malim, lebih kurang, 5 minit berkereta dari rumah....

Sementara menanti hidangan...
Abang dan Balqis

Uda, Angah dan Ateh

Uda dan Angah..siap-siap pakai T-shirt dan seluar taekwando

Angah dan Ateh....ateh sibuk suruh ambil gambarnya

Balqis yang tka reti duduk diam....sekarang dia memang tak suka pakai apa-apa atas kepala dia..headband ke semua ditariknya

Khusyuk menikmati hidangan

Ayah tiba dengan hidangan

Budak comeiiii...iyyyaammmm

Comot....apa yang masuk dalam mulut..diluahkan semula...




Petang------>Malam

Petang...ala...kalau dah pukul 7 tu kira malam lah kan...ayah bawa kami menikmati makan petang/malam ikut sukalah nak panggil apa....ke Restoran Subaidah di MITC Ayer Koroh. Ada yang minta roti telur ada yang minta mee goreng dan anak-anak ibu sibuk nak minum Jus Apple asam boi....ok lah..ayah pun ikut jerlah selera anak-anak dan selera ibu...heheheh.

Tengoklah budak kecik ni, rambut manjang serabut...ibu pakaikan dia headband...ditariknya, tapi rasanya ni dia baru bangun tidur ni....yerlah balqis..masuk jer kereta mesti tidur

Ibu suapkan dia tak mau, nak makan dalam pinggan sendiri beserta sudu...tapi akhirnya guna tangan juga....tu tengah suap mee....

Anak-anak....memang berselera kalau menghadap makan-makan ni....;)

Ibu sedang tiupkan mee...nak suapkan idzham....beria suruh ibu tiupkan...

Ibu sebelah tangan layan balqis dan sebelah lagi layan idzham.....


Idzham ni makannya tak banyak mana..asyik minum air jer...



Malam

Setelah selesai makan, kami singgah di kedai emak...lama sungguh tak jumpa emak......rindu sangat dengan emak....di sebabkan dan malam...jadi nak jumpa emak kenalah pergi kedai mak, kalau pagi-tengahari, bolehlah jumpa mak kat rumah. Kali ni lama kami bersantai di kedai mak, yerlah...lama tak jumpa macam-macam cerita dikongsi.

Anak-anak ibu...hmmm...sukalah kalau datang kedai mak....gula-gula lah, keropok lah, ice-creamlah, mak memang suka layankan cucunya...Si firdaus pula..suka temankan Mak Long kat kaunter...jadi pembantu cashier lah tu kononnya....

Bergambar beramai-ramai di depan kedai mak...bersantai di situ...



Ibu suka dengan gambar ni........emak dan Balqis.....cantik gambar emak dan Balqis.


Kupu-kupu



25 July 2010 - Ahad

Apa yer..andaian orang-orang lama berkenaan dengan situasi apabila kupu-kupu besar masuk ke dalam rumah? Ada sesiapa yang boleh kasi jawapan....

Last week, sewaktu ibu sedang membantu ayah mengangkut barang ke dalam kereta, riuh rendah dalam rumah...ingatkan kenapa anak-anak ibu terjerit-jerit....rupanya masing-masing takutkan kupu-kupu besar yang terbang dalam rumah. Ibu kata...biarkanlah...jangan di apa-apakan kupu-kupu tu.....sehinggalah keesokkan nya, masih berada dalam rumah...dan petang tu, Idzham jumpa kupu-kupu tu dan mati.....

Sabtu, 24 Julai 2010

Ikan Bakar

24 Julai 2010 - Sabtu

Sejak ketiadaan bibik ni, ayah telah memberikan ibu cuti memasak untuk setiap hari Ahad. So, hari ahad lepas, dari sarapan, lunch hinggalah ke makan malam, kita makan di luar. Untuk makan malam ayah bawa kita semua ke Muara sg Duyung untuk menikmati hidangan ikan bakar.

Kami memang sentiasa memilih kedai makan ikan bakar ini apabila pergi ke Muara Sg Duyung. Kedudukan kedai ini agak tersorok dan ke dalam sedikit berbanding dengan deretan kedai-kedai lain. Kita perlu melalui kedai ikan bakar yang lain dahulu sebelum membelok ke kiri untuk sampai ke kedai ini. Ok...kenapa kami memilih kedai makan ini, pertamanya kerana orang tidak terlalu ramai dan tidak bersesak-sesak, kedua...suasana kat sini agak suram dan tidak terlalu terang..ibu suka sebab maklumlah Balqis ni kadang-kadang nak menyusu . Kalau dilihat dari luar, memang nampak agak ekslusif, kedai ini kelihatan seperti rumah yang ada taman-taman gitu....banyak kerusi jati. Kalau di deretan kedai sebelumnya, memang ramai sangat orang, kalau weekend tu perlu bersesak-sesak, ibu dan ayah pernah makan di situ dulu..sungguh ibu tak sanggup..mungkin kalau hanya ibu dan ayah berdua sahaja ok lah..tapi kalau bawa anak-anak tak sanggup ibu nak makan di situ.



Ayah melayan Balqis, nak minum air.

Uda
Ateh dan Balqis...sebenarnya waktu ini anak-anak ibu baru bangun dari tidur...semuanya tidur sewaktu dalam kereta, termasuklah Balqis...tu yang nampak rambut dia agak serabut sikit..


Hidangan yang memang simple sahaja.....tapi puas hati...Kupang masak bercili

Asam pedas ikan pari....hehehe..ibu tak makan ikan pari...

Sayur campur

Nasi Lemak dan hidangan lain

Sewaktu menunggu hidangan sampai

Ikan yang telah dibakar



Selasa, 20 Julai 2010

Basikal..OOOooooohhhh Basikal.....

Basikal Idzham

20 July 2010 - Selasa

Inilah basikal hero-hero ibu dan ayah.....3 buah basikal baru di repair dan satu basikal tu...idzham punya...adalah basikal baru...ayah belikan untuk idzham..basikal lama...dah tk boleh di repair..ehhhh...boleh...tp..tak berbaloi..baik beli baru.
So..ayah sendiri bawa idzham gi kedai basikal dan pilih basikal mana yang dia nak...Thanks ayah......(wakil idzham...;)

Bersua Kembali...

20 July 2010 - Selasa

Salam buat follower dan juga pengunjung blog Idaman Family ini. Heheheh...ada ker yang hari-hari jenguk. Agak-agak ada tak yang tertanya-tanya kenapalah blog ini tidak berupdate...selalunya paling tidak pun seminggu sekali pasti ada cerita terbaru.

Bukan apa....28 hb June lalu, bibik sudah pulang ke indonesia sana. Jadi, ibu terpaksalah jadi bibik, jadi ibu, jadi isteri dan segala-galanyalah. Ditambah pula Balqis yang asyik nak berkepit jer dengan ibu, susahlah untuk ibu melakukan kerja-kerja rumah dan yang paling berat ibu rasakan ialah sewaktu memasak. Sebab itu, pukul 7:45am, bila Balqis mula tidur semula...cepat-cepat ibu masak...kekadang sarapan pun sambil berdiri memasak.....tapi................ibu sangat-sangat menghargai keprihatinan ayah, walau pun sibuk ayah tetap cuba pulang awal dan membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah atau paling tidak pun tolong jagakan Balqis. Selain itu, ayah juga sering pulang dari kerja dengan membawa makanan petang, dan juga ayah telah memberi ibu cuti masak untuk hari minggu. Alhamdulillah.......ibu dapat suami seperti ayah dan ibu berharap anak-anak bujang ibu mencontohi ayah apabila telah berumahtangga kelak.

Fuhhhhhhhhhhhh....panjang menceceh....dah lama tak menceceh, membebel di blog....
banyak cerita yang ibu nak kongsikan dan juga untuk ibu lakarkan di blog ini.....
Nantikan cerita terbaru ibu dan berita yang paling happy untuk tahun ini...tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........