Isnin, 30 Ogos 2010

Banjir Kilat

2 September 2010 - Khamis

Sebenarnya dah lama dah banjir kilat ni, tapi baru hari ni berkesempatan nak update blog ni.

Banjir kilat ni selalu terjadi bila hujan lebat dalam waktu yang lama. Maka penuhlah longkang dengan air dan jalan pun dinaiki air. Nasib baik rumah kita agak tinggi sedikit dari rumah sesebelah. Rumah sebelah kita, kalau kereta lalu jer...pasti air akan masuk dalam rumah.

Budak-budak ni kengkonon cakap nak tengok jer air kat depan rumah, sudahnya dorang main air pulak....tengoklah idzham tu sampai sinsing seluar....




Ahad, 15 Ogos 2010

Aksi mengejar Balqis

15 Ogos 2010 - Ahad

Malam tadi ibu, ayah dan Balqis pergi beli barang keperluan di Tesco. Sewaktu nak membayar guna Card credit, ada masalah pulak dengan mesin tu, Balqis lak kebetulan memang dah mengantuk, asyik minta nak nyusu jer. Ibu pun letak Balqis kat bawah, apalagi.....yerlah orang baru dapat kaki...laju jer dia berjalan macam penguin. Dia masuk kedai itulah, kedai inilah, penat juga ibu mengejar dia, yerlah orang ramai, takut ada yang tak perasan si kecik tu terlanggar lah pulak. Dah lah Balqis masih tak berapa kuat lagi nak menapak.
Rambut Balqis asalnya ibu ikat ala "pokok kelapa", ntah bila waktunya Balqis tarik pengikat rambut tu pun ibu tak perasan, waktu tu tengah sibuk memilih keju nak beli, time ibu sampai kat ayah yang tengah memilih kentang, sedar-sedar rambut Balqis dah tak tentu arah. Bila tanya dia, "mana ikat rambut Balqis?", Balqis cuma tunjuk kat bawah. Hilang sudah pengikat rambut dia....






Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Berpuasa


10 Ogos 2010 - Selasa
Idaman Family mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di bulam Ramadhan ini. Kami memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata atau penulisan kami menyinggung sesiapa di luar sana. Semoga ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan untuk kita semua.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Weekend


7 Ogos 2010 - Sabtu

Setelah seminggu lebih ayah sibuk dengan tugasan...mulanya ayah ke Bandung (yang ini shopping... :) ) dan setelah itu ayah ke singapore pula, hari ini ayah membawa anak-anak keluar seperti weekend sesebelum ini. Di sebabkan esok ayah perlu ke UiTM, jadi hari ni ibu cuti memasak...apalagi sehari suntuk makan diluar lah....yerlah kebiasaanya ibu cuti memasak pada hari ahad
Jom layan gambar-gambar ......

Balqis sewaktu dalam kereta


Nampak gigi yang satu tu baru jer keluar


Dah pandai jalan pun anak ibu ni :)

Hero-hero ibu dan ayah



Tunjuk apalah tu :)



Ayah ke Singapore

7 Ogos 2010 - Sabtu

Hari Khamis 5 hb lalu ayah telah ke Singapore untuk porgram Trade Mission. Ayah bertolak hari rabu dan bermalam di Puteri Pasific Johor Bharu di mana pada malamnya ada briefing di Shangri-La Hotel di Singapore dan esoknya layan bakal pelabur dari Singapore. Rombongan diketuai oleh YB. Dato' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Gambar ayah bersama Menteri