Jumaat, 24 September 2010

Sesi Luahan Hati Seorang Surirumah :)))

24 September 2010 - Jumaat

Makin hari makin tak der apa yang nak dimasukkan dalam blog.....yelah...tak ada aktiviti apa pun...menjahit tidak, decoupage tidak, menyulam reben tidak, melancong tidak.....yang ada cuma aktiviti harian bergelut dengan kerja rumah yang tidak pernah berkesudahan :(, so...aktiviti yang ibu suka pun terpaksa lah ibu tinggalkan. Tak ada masa terluang pun...sewaktu balqis tidur, masa itulah untuk ibu gosok baju- sehari tak gosok...maka akan bertambahlah isi bakul tu, melipat kain, mengemas dapur. Balqis pulak tidur, selang 10-15 minit mesti bangun.....penat ibu ulang alik.

Rumah pulak, kalau ibu tak kemas, hurmmm...alamat macam kapal karam lah jawabnya, dan lagi kemas pagi, tengahari dah selerak. Dengan air tumpahnya, dengan kertas sana sini, dengan tisu, dengan mcm-mcm lagilah...hahahaha...kekadang ibu rasa cam aper yerrr....nak angkat bendera putih pun iyer...nak buat derrkkkk pun iyer.....penat.....ibu sorang yang mengemas rumah dan macam-macam lagi lah.......(sesi luahan perasaan.......agar anak-anak ibu jika membaca entry ini akan faham apa yang ibu rasa....:( )

Orang kata, jangan stress sangat pasal rumah, buta kan mata..buat buat tak nampak jer mana yang tak terkemas tu, tapii..macam mana yerrrrrr.......mata ibu ni tak dapat nak tengok benda-benda tak kemas ni, benda bersepah, benda tumpah-tumpah ni, so...mata tak tahan tengok, tapi kudrat tak mampu nak buat dahhhh....huhuhuhuhuIbu faham, anak-anak ibu kecil-kecil lagi....tapi...along dan angah kan dah boleh harap, dah faham apa yang sepatutnya korang buat, memasing punya kerja semua ayah dah tetapkan..tapi..setiap kali waktunya kena buat....kalau tak ada alarm dari mulut ibu ni, tak kan buatnya.....nak tak nak ibu kenalah bunyikan alarm

Huuhuhuhuhuhu.....siapalah yang faham dan boleh dengar isi hati ibu ni yerrr.
Time-time raya ni..laaagiiiilaahhh ibu stress...kekadang orang datang tak bagitau, tau-tau dah pun bagi salam...mana sempat nk kemas rumah....kelam kelibut ibu.
Nak cari maid sementara atau part time, punyalah susah kat Melaka ni......tak tau mana nak cari. Yang datang separuh hari atau datang seminggu dua kali ker.....pun dah kira ok lah.....untuk mengemas, menyapu habuk, menggosok baju, mencuci bilik air.....ada ker kat melaka ni......@_@

Khamis, 23 September 2010

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa......buat apa tu..????

24 September 2010 - Jumaat



Haaaaaaaaa........hayoooo...tak tau, nanti uncle tu marah, ibu tak tau. Lihatlah aksi budak kecik ni, sewaktu ada orang datang repair cermin tingkap rumah. Orang tu letakkan alat-alat dia kat dalam rumah dengan kotaknya terbuka, sedar-sedar tengok balqis sedang giat membelek barang-barang dalam tu.....puas ibu panggil..dia buat derrkkk jer.....


Agak-agak uncle tu nak siap kerjanya, ibu cepat-cepat kemas dan tutup kotak tu....ish...ish..ish....balqis ni....












Rabu, 15 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri -2010

15 September 2010 - Rabu

Lama sungguh tuan punya blog ni berdiam diri, bertapa..tidak update blog, bukan apa, sibuk sungguh dengan persiapan untuk menyambut Syawal. Tidak terlewat rasanya untuk Idaman Family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Bagi yang tinggal di Melaka, jemputlah datang ke rumah yaaa...:)

Untuk tahun ini, ibu dan ayah sepakat untuk memilih tema purple, alhamdulillah disebabkan ibu dan ayah membuat persiapan awal dengan membeli baju-baju lebih awal, semua size untuk anak-anak ibu masih ada.

Raya pertama, kita sambut di Melaka, rumah sendiri. Ibu memasak nasi beriyani, rendang daging, ayam kurma, ketupat segera dan sambal ayam. Alhamdulillah, selepas sembahyang raya, dan bermaaf-maafan, kita beraya pula ke rumah mak di Ayer Molek. Selepas itu, kita berkonvoi 4 kereta ke rumah saudara mara sebelah ayah. Raya kedua pula kita bertolak ke Pahang untuk beraya bersama atuk dan nenek. Raya ke 3 pula, kita bertolak semula ke Melaka.
Balqis makan buah Dokong ketika di rumah Atuk







Khamis, 2 September 2010

Crumble Mumble - My Baju Kurung

2 September 2010 - Khamis






Sudah lama ibu berangan nak jahit manik menggunakan crumble mumble design, hari-hari ibu jenjalan kat blog-blog mereka yang mahir menjahit manik design ni seperti
Butterfly Beads dan beberapa blog lain yang menjadi rujukan untuk ibu menjahit crumble ni.

Disebabkan ibu mempunyai masa lapang yang amat terhad, 2 minggu masa untuk ibu siapkan menjahit di kedua lengan baju. Hasilnya ????????.....hehehe...ok lah kot untuk ibu yang tiada hadir ke kelas secara formal. Hanya belajar melalui pemerhatian dan sedikit panduan dari blog-blog. Insya Allah, hasil latihan yang berulangkali menjahit nanti pasti menghasilkan jahitan crumble yang cantik, kemas dan menarik.