Rabu, 15 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri -2010

15 September 2010 - Rabu

Lama sungguh tuan punya blog ni berdiam diri, bertapa..tidak update blog, bukan apa, sibuk sungguh dengan persiapan untuk menyambut Syawal. Tidak terlewat rasanya untuk Idaman Family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Bagi yang tinggal di Melaka, jemputlah datang ke rumah yaaa...:)

Untuk tahun ini, ibu dan ayah sepakat untuk memilih tema purple, alhamdulillah disebabkan ibu dan ayah membuat persiapan awal dengan membeli baju-baju lebih awal, semua size untuk anak-anak ibu masih ada.

Raya pertama, kita sambut di Melaka, rumah sendiri. Ibu memasak nasi beriyani, rendang daging, ayam kurma, ketupat segera dan sambal ayam. Alhamdulillah, selepas sembahyang raya, dan bermaaf-maafan, kita beraya pula ke rumah mak di Ayer Molek. Selepas itu, kita berkonvoi 4 kereta ke rumah saudara mara sebelah ayah. Raya kedua pula kita bertolak ke Pahang untuk beraya bersama atuk dan nenek. Raya ke 3 pula, kita bertolak semula ke Melaka.
Balqis makan buah Dokong ketika di rumah Atuk







1 ulasan:

Ummi Humaira berkata...

salam eidul fitri dr ummi humaira...

wah segak bergaya memakai pakaian sedondon semuanya..