Jumaat, 29 Oktober 2010

Happy Birthday Rafiq

29 Oktober 2010 - Jumaat

20 Oktober 2010 lalu genaplah umur rafiq 7 tahun. Inilah satu-satunya anak ibu yang dilahirkan secara czer, rafiq dilahirkan di Hospital Selayang pada 2003 sewaktu ibu dan ayah menetap di Bandar Sri Damansara.

Beberapa hari sudah rafiq meminta untuk buat majlis harilahirnya dengan menjemput rakan-rakan sepermainannya. Asalnya ibu tak nak sebab waktu tu ibu tak sihat, demam, selsema dan batuk....tapi...melihatkan anak ibu yang sorang ni rasa tak smapai hati pulak untuk menghampakan permintaannya. Ibu cuma menggoreng mee hoon, nugget,chicken meat ball dan membeli beberapa jenis jajan dan gula-gula di samping sebiji kek.

Rafiq sedang memotong kek

Sedang meniup lilin....heheh...gambar ni sepatutnya diltkkan sebelum potong kek, tapi..tk perlah....

Hahahahha....diselitkan juga ketika kerja-kerja pembungkusan kek rafiq dilakukan....


Hidangan sampingan

Menyelit juga budak comel ni

Kawan-kawan Rafiq


Rabu, 27 Oktober 2010

Gambar-gambar rojak

27 Oktober 2010 - Rabu


Apa-apa jerlah..gambar rojak....maksudnya gambar bercampur-campur...waktu kejadian, masa, tarikh dan peristiwa......heheheh...al-maklum lama tak update, gambar beratur menunggu untuk diuploadkan.......ni antara yang termuat dalam hp ibu......

Ini gambar waktu beraya di rumah supervisor ayah sewaktu ayah buat PhD, rumahnya di seksyen 2 Shah Alam. Anak-anak ibu suka sebab kt rumah Prof. ni macam-macam ada....pelbagai jenis ikan dalam kolam dan juga buaya, paling best bila Prof. ajak anak-anak ibu melihat bagaimana beliau memberi buaya itu makan.......



Ini pula..balqis bila ibu pakaikan headband, dia cepat-cepat pergi kat cermin nak tengok muka sendiri, lps tu senyum-senyum, lps tu tarik headband tu.


Ini peristiwa yang baru berlaku...last week, sewaktu ibu dan balqis menemani ayah yg tiba-tiba ada kerja urgent.....sorry ayah...curi-curi ambil gambar ayah sewktu buat kerja

Balqis sedang makan biskut sementara menunggu ayah




Aksi Balqis

27 Oktober 2010 - Rabu

Lama sungguh ibu tak masukkan apa-apa cerita dalam blog ni, banyak sebenarnya yang nak diceritakan...yerlah..untuk dijadikan kenang-kenangan untuk anak-anak ibu....ibu percaya, nanti anak-anak ibu dah besar, bila baca blog ibu ni pasti akan tersenyum dan tahu apa cerita yang berlaku dalam keluarga kita, di mana ketika ini banyak kisah yang anak-anak ibu tidak dapat faham kerana masih kecil.

Oklah....kali ni ibu nak masukkan gambar-gambar balqis....dah lama dah snap gambar ni, tapi rajin masukkan dalam FB jer..dalam blog tk tahu kenapa kemalasan melanda, ditambah dengan ketiadaan masa. Sebenarnya ketika ini ibu sedang memilih beberapa template untuk tukar wajah blog ini, tapi masih menunggu masa yang sesuai.

Inilah yang balqis akan buat kalau ibu tanya " mana budak comel". Waktu ni, rambut dia diikat, tapi dia nak juga tarik ikat rambut tu, sudahnya serabut dah jadi rambut dia, tapi bagi ibu Balqis tetap comel.....macam siapa yer...;)

Ini pula, bila saja letakkan balqis kat laman rumah, suka lah dia..sebab bukan selalu dapat lepas bebas camni....haaa...satu lagi, balqis ni kan suka sangat ambil penyapu, tu penyapu untuk sapu kat laman, dia ambil....


Happy Birthday To Me .....;)




11 Oktober 2010 - bersamaan dengan hari Isnin genaplah umur ibu 36 tahun, sudah semakin tua rupanya ibu ni...bak kata ayah..."hari ni ibu dah tua dari ayah"....ekk ellehhhh.....tua beberapa hari jer.....:D....

Pagi-pagi ibu dah dapat sms dari Nestum susu aka Sheila...geng WMC, lepas dah siap masak semua, buka FB..tu dia berderet-deret ucapan hari lahir di wall ibu. Hari ni ayah pergi ke Johor bersama dengan staff department ayah dengan menaiki bas.

Dalam pukul 4 petang camtu...ibu sedang gigih melipat kain, tup tup nampak ada sorang lelaki turun dr kereta bawa sejambak bunga ...dan ding dong.....haaaa....ibu tau dah dari siapa ni..anak-anak sibuk tanya..."ibu ..siapa yg kasi bunga tu.", ibu kata "siapa lagi kalau bukan ayah..."......hmmm...betulkan..ini dah kali ke berapa ek ayah kasi ibu bunga...surpriseeeee..........

Apa pun terima kasih yang tidak terhingga untuk ayah.....kerana dalam kesibukan ayah masih juga mengingati hari lahir ibu.......ayah tanya ibu nak kek tak..ibu kata, tak payahlah...nanti sekali dengan hari lahir Rafiq beberapa hari jer lagi........

Thanks Ayah...sayang ayah.....