Rabu, 27 Oktober 2010

Aksi Balqis

27 Oktober 2010 - Rabu

Lama sungguh ibu tak masukkan apa-apa cerita dalam blog ni, banyak sebenarnya yang nak diceritakan...yerlah..untuk dijadikan kenang-kenangan untuk anak-anak ibu....ibu percaya, nanti anak-anak ibu dah besar, bila baca blog ibu ni pasti akan tersenyum dan tahu apa cerita yang berlaku dalam keluarga kita, di mana ketika ini banyak kisah yang anak-anak ibu tidak dapat faham kerana masih kecil.

Oklah....kali ni ibu nak masukkan gambar-gambar balqis....dah lama dah snap gambar ni, tapi rajin masukkan dalam FB jer..dalam blog tk tahu kenapa kemalasan melanda, ditambah dengan ketiadaan masa. Sebenarnya ketika ini ibu sedang memilih beberapa template untuk tukar wajah blog ini, tapi masih menunggu masa yang sesuai.

Inilah yang balqis akan buat kalau ibu tanya " mana budak comel". Waktu ni, rambut dia diikat, tapi dia nak juga tarik ikat rambut tu, sudahnya serabut dah jadi rambut dia, tapi bagi ibu Balqis tetap comel.....macam siapa yer...;)

Ini pula, bila saja letakkan balqis kat laman rumah, suka lah dia..sebab bukan selalu dapat lepas bebas camni....haaa...satu lagi, balqis ni kan suka sangat ambil penyapu, tu penyapu untuk sapu kat laman, dia ambil....


Tiada ulasan: