Khamis, 30 Disember 2010

Ayah - Melaka Hari Ini

30 December 2010 - Khamis

Berita tentang ayah ada disiarkan di Akhbar Rasmi Negeri Melaka...iaitu Melaka Hari Ini pada 24 December 2010, di mana Ketua Menteri Melaka telah mengumumkan ayah menjawat satu lagi Jawatan baru iaitu Pengurus Besar Rumah Media Melaka (RMM) di samping tugas ayah sebagai Pengarah K-Ekonomi. Bulan lepas, ayah juga telah diumumkan mengetuai satu agensi baru iaitu Institut Teknologi Hijau.
Dengan bertambahnya jawatan ayah ini bermakna kerja ayah akan bertambah. Semua ini ayah terima dengan penuh tanggungjawab dan ibu serta anak-anak sentiasa mendoakan agar ayah dapat laksanakan tanggungjawab ini dengan baik dan cemerlang. Doa kami sentiasa mengiringi ayah. Semoga anak-anak akan mencontohi ayah, kerja ayah dan dedikasinya ayah terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.











Jumaat, 24 Disember 2010

Koleksi beg-beg Kertas

24 December 2010 - Jumaat

Pelik tak agak-agaknya.......entahlah kenapa ibu suka sangat kumpul beg kertas....yang ada dalam simpanan ibu ni sejak dari beberapa tahun, ibu pun dah lupa. Ini belum termasuk yang ada di rumah Puchong sana. Sebenarnya, ibu suka kumpul sebab melihatkan pelbagai warna, bentuk, dan rekaan beg-beg kertas ini dan kebanyakkan beg kertas ini bukanlah ibu beli tapi dapat apabila ayah menghadiri majlis-majlis tertentu, hadiah dari rakan-rakan dan ada jugalah beberapa yang apabila ibu atau ayah beli barang......


Koleksi beg-beg kertas simpanan ibu

Antara beg kertas yang ibu sayang


Konvo - We Were Rushing

24 December 2010 - Jumaat


Entry kali ni masih lagi berkisar tentang foto-foto yg baru sahaja diupload masuk.....

Kisahnya disebalik Majlis Konvo ayah.....


Ini ketika baru sampai...lihatlah wajah anak-anak ibu..semua baru bangun tidur..apa tidaknya bangun pukul 3 pagi dan bertolak pukul 4 pagi..so....semua ZZZZZzzzzzz dalam keretalah, Ayah drive dari Melaka hingga ke Shah Alam.





Gambar ini ketika awal pagi, sebelum masuk ke Dewan...ayah kata.." Saya budak gemuk..." hahahahhah...... tulung... tulungg..... ayahhh.. bukan ibu yg cakap yer... statement ni keluar dari mulut ayah..... hahahha.



Ketika menunggu ayah, puas ibu melayan Balqis




Ketika ayah menunggu di dalam Dewan untuk penyampaian Ijazah oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, ayah mendapat panggilan dari boss ayah (sesiapa yang tau kerja ayah..mesti kenal dengan boss ayah ni....:)), mengatakan meeting akan dibuat pada pukul 3 petang di Melaka. Walaubagaimana pun ayah telah memaklumkan bhw ayah mungkin sampai agak lewat memandangkan ayah sedang menghadiri majlis konvo.

Ayah keluar dari Dewan sahaja, kelam kabut ayah cari ibu dan anak-anak, di mana ketika itu Balqis dan Idzham baru bangun tidur dan Balqis sedang mengamuk memandangkan tak cukup tidur. Dalam suasana kelam kabut tu, sempatlah ibu dan anak-anak hadiahkan sejambak bunga dan sempat la ambil gambar dalam keadaan yang nak cepat.

Inilah gambar yang diambil dalam keadaan kelam kabut. Tengoklah Balqis sedang menangis, dan idzham pulak sedang mamai..baru bangun tidur.



Selesai bergambar ni, ayah tak sempat pun hadiri jamuan untuk pelajar PhD. ayah terus memulangkan robe dan terus kami balik. On the way tu, singgah McD..drive thru untuk beli makanan dan makan dalam kereta. Sepanjang perjalanan tu, laju jugalah ayah bawa kereta.... sampai jer rumah, ayah turun kereta, ambil kot, ambil kunci kereta dan terus bergegas ke office... phewwwwwww..... kasihan ayah......


Khamis, 23 Disember 2010

Makmal Computer ke apa yer.....

23 December 2010 - Khamis

Inilah dia bilik study anak-anak yang dilengkapi dengan computer seorang sebiji....termasuklah Idzham. Kanan sekali computer idzham dan sebelahnya angah, diikuti dengan Firdaus dan Rafique. Ada sebab kenapa susunan macam tu..sebabnya, Idzham dan Rafique tak boleh duduk dekat-dekat..nanti bercakar-cakaran...

Ini pulak almari buku memasing.....kemas kannn...yerlaa...dah ibu baru kemas..kalau tak...huhuhuhu......

Ini printer, ayah pasangkan wireless..so...boleh print dari memana komputer termasuklah laptop ibu yang boleh ibu klik print dari mana-mana sekitar rumah dan printer tu akan mencetaknya....

Masih belum berkesempatan untuk jahitkan alas meja dan sekaligus buat skirt untuk tutup pemandangan yang tak berapa enak dari bawah meja tu.


Gambar ni dah lama tersimpan dalam camera, baru hari ni berkesempatan upload....terbaru..ayah belikan anak-anak seorang sebiji web-camera yang boleh diletakkan di atas monitor....senanglah ayah kalau kat office nak tengok anak-anak ayah .....

Lepas ni ayah nak pasang kabinet gantung untuk simpan buku atas meja komputer, dan di antara kabinet akan dipasang softboard.

Sambungan Jalan-jalan Melaka

23 December 2010 - Khamis

Ok ini sambungan dari entry lepas yang mana mak uda bersama family datang bercuti ke Melaka. Ada sedikit gambar ketika dalam Cruise. Heheheheh...baru hari ni berkesempatan upload masuk dalam blog......sorry yer Along.....

Ayah merangkap jurukamera, tourguide dan macam-macamlah....Thanks ayah...

Gambar-gambar yang sempat snap sewaktu dalam bot









23 December 2010 - Khamis




Lagi beberapa hari sesi persekolahan untuk tahun 2011 akan di buka. Anak-anak ibu 3 orang bersekolah. Firdaus akan ke Tahun 6 (tahun ini adalah tahun penting), angah masuk tahun 4 dan Rafique ke tahun 2. Idzham pulak 5 January ini akan memasuki usia 4 tahun...ibu dan ayah plan nak masukkan dia ke Tadika, tapi belum decide lagi tadika mana. Yerla..idzham dah mengenal huruf A-Z, boleh menulis sikit, dan sudah pandai mengira 1-10.... jadinya rasa sayang pulak kalau tidak di teruskan, ibu kat rumah tau-tau jerlah..cukuplah dengan melayan balqis.....

Persiapan persekolahan, hmmmmmmm.....satu apa pun belum buat...Baju sekolah...rasanya cukuplah beli sepasang seorang...baju-baju lama masih elok lagi..kalau beli pun beli kasut sekolah jer....beg sekolah...rasanya Rafiq jer kot....Yuran dan buku-buku sekolah next week baru bayar...30 hb ditetapkan untuk pembayaran yuran sekolah.

Tahun 2011, merupakan tahun yang agak mendebarkan untuk ibu dan ayah. Anak ibu...baru pertama kali menghadapi peperiksaan penting...Firdaus bakal menghadapi UPSR. Setakat ini, baru hantar firdaus ke tuisyen math. Untuk subjek lain...masih belum dapat lagi kat mana nk hantar. Kalau boleh biarlah sekitar sini sahaja....jauh-jauh nanti susah pulak nak hantar....

Selasa, 21 Disember 2010

Contest Simanjaku Comel

21 December 2010 - Selasa




Assalamualaikum.....(tetiba lak bagi salam)...hehehe
Terima Kasih kak eja sebab TAG saya untuk join contest ni. Memang begitu mengujakan...sebab saya ada seorang baby yang comel sangat-sangat.....:))

Syarat untuk masuk contest ni ...sila masuk sini yer...

1- Jadi follower blog Masyimalo Heart nie.. Ok.... ; )
2- Anda mempunyai blog sendiri... (tak mau orang lain punya blog taw) – inilah blog Idaman Family

3- Buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib) –Gambar disertakan di bawah ;)

4.Tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak) – Ok
5- Last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni... –Ok
6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun.... – Balqis sekarang berusia 1 tahun 5 bulan

7. Tag rakan2 anda 5 org...
mangsa mangsanya :

a. Aen

b. Masujin

c. Wanani

d. Kak Norida

e. Nest

Ok....ini gambar Balqis yang comel....byk gbr yg comel, tapi letak yang ini jerlah...hahaha..kalaulah boleh letak lebih dari satu memang banyaklah gambar Balqis ibu letakkan. Gambar ni bila ibu tanya dia mana budak comell......rambut pun serabut sebab ditarik-tariknya pengikat rambut dia...

Ini pulak saja nak letak gambar balqis semasa berusia 5 bulan:

Ahad, 19 Disember 2010

Usaha Tangga Kejayaan........

19 December 2010 - Ahad

Tanggal 25 November lalu, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen UiTM ke 73 di Shah Alam dan pada hari itulah ayah telah menerima segulung Ijazah Kedoktoran Sains (PhD) yang membawa gelaran Doktor dari DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Ayah kata, inilah salah satu impian ayah sejak dari sekolah lagi. Alhamdulillah akhirnya impian ayah untuk yang satu ini telah terlaksana. Tahniah ayah......

Sepanjang 4 tahun bertungkus-lumus untuk menyiapkan kajian ayah, bermacam-macam yang telah ayah lalui. Yerlah ayah buat PhD ni pun bukan lah sepenuh masa, tetapi sambil bekerja. Pernah juga ayah hampir putus asa untuk menyiapkan kajian ayah, tetapi alhamdulillah ayah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskannya. Ayah kata...."kalau tak kerana bebelan ibu, rasanya ayah masih belum siapkan tesis ayah" ....hahahahha...sabor jerlaaaa.......mana tidaknya setiap kali ayah buat benda lain selain tesis ayah...ibu pun start membebel...sampai ke saat akhir pun ibu membebel...pot..pet..pot..pet......

Inilah dia gambar keluarga kami bersama ayah yang.....diharapkan dapat membakar semangat anak-anak untuk menjadi insan sekuat, dan segigih ayah. Terima kasih juga buat mak yang sentiasa memberi kata semangat dan juga diiringi doa untuk ayah meneruskan langkah ayah. Juga buat anak-anak yang sanggup menerima ayah yang tidak dapat untuk membawa keluar setiap minggu....dengan weekdaynya ayah kerja hingga ke malam, hari minggu pula terpaksa hadiri kelas dan sebagainya. Jasa kalian semua sentiasa dalam ingatan ayah........








Ahad, 12 Disember 2010

Balqis.........

12 December 2010-Ahad

Ini ibu snap gambar balqis sewaktu menunggu ayah beli barang. Masa dok belek handbag ibu, terjumpa headband Balqis. Balqiskan sekarang memang tak mahu pakai headband ke, ikat rambut ker, semua tak mau.....bila pakai tu tangan dia memang suka tarik.....





Rabu, 8 Disember 2010

Mak Uda bercuti ke Melaka

8 December 2010 - Rabu

Jumaat, 3 December, mak uda sekeluarga datang bercuti ke Melaka dari Pahang. Cuti sekolah , inilah masanya untuk bawa anak-anak bercuti dan destinasi kali ini ialah ke Melaka. Jumaat, lebih kurang pukul 1 petang, mak uda sampai, tak pergi ke mana-mana, sebab Pak Uda penat drive berjam-jam lamanya. Kebetulan pula malam, ayah perlu menghadiri majlis .

Keesokkan harinya, selepas bersarapan, ayah membawa kita sekeluarga dan mak uda sekeluarga ke Bandar Hilir. Mendaki tangga di Kota A'Famosa, membuatkan ibu rasa cam tak cukup nafas, di tambah pula mendaki sambil mendukung Balqis.....adehhhh......., sedang elok jer turun dari A'Famosa, hujan mula turun...cepat-cepat masuk ke Bangunan Memorial, hujan bertambah lebat, ada lah lebih kurang setengah jam, kami terperangkap di situ. Bila hujan agak reda, berlari kami menuju ke Dataran Pahlawan, masuk ke dalam shopping. Di sini, di Harritage Bazaar, mak uda membeli dua helai baju dan juga beberapa barang kraftangan.

Kemudian, kami menuju ke Menara Taming Sari, anak-anak sibuk nak naik. Berhenti sekejap di kaunter tiket untuk naik Ducktour....hahahahaha..tu dia, tiket...dewasa RM38 ..tak hengat...., kanak-kanak RM22.....berapa dewasa dan berapa kanak-kanak ni.....hmmmmmm.....lupakan jerlah....

Di Menara Taming Sari, ayah dan Pak Uda tak naik. Pada mulanya ibu risau Balqis menangis bila naik dan juga takut pening, tapi alhamdulillah....semuanya ok. Idzham tak habis-habis bagitau ibu..."Ibu....bestlaaah.......seronok sangat"....Setelah itu, kami menuju ke Ayer Keroh pula untuk pergi Zoo, tapi sebelum tu kami lunch di Restoran Naiman di MITC. Sewaktu di zoo, hujan agak lebat juga, yang ibu tension tu, boleh tertinggal topi Balqis, ibu dah pegang, tapi ibu letak kejap sebab nak ambil barang lain...huhuhuhuh...kesian Balqis terpaksa berhujan...ada payung tapi berebut dengan Idzham.

Balqis dan Idzham di Dataran Pahlawan

Mak Uda sekeluarga di Kota A'Famosa

Kita bersama family mak uda









Pemandangan dari atas Menara Taming Sari



Align Center Sewaktu turun dari menara, tengok lah wajah idzham yang kegembiraan tu....


Di Zoo Melaka

Huhuhuhuhu....idzham sedang buat hal.....

Tengok idzham tu....


Mood Idzhan dah ok....sebab dapat payung

Menonton persembahan di zoo




Menunggang kuda







Bersambung....