Khamis, 30 Disember 2010

Ayah - Melaka Hari Ini

30 December 2010 - Khamis

Berita tentang ayah ada disiarkan di Akhbar Rasmi Negeri Melaka...iaitu Melaka Hari Ini pada 24 December 2010, di mana Ketua Menteri Melaka telah mengumumkan ayah menjawat satu lagi Jawatan baru iaitu Pengurus Besar Rumah Media Melaka (RMM) di samping tugas ayah sebagai Pengarah K-Ekonomi. Bulan lepas, ayah juga telah diumumkan mengetuai satu agensi baru iaitu Institut Teknologi Hijau.
Dengan bertambahnya jawatan ayah ini bermakna kerja ayah akan bertambah. Semua ini ayah terima dengan penuh tanggungjawab dan ibu serta anak-anak sentiasa mendoakan agar ayah dapat laksanakan tanggungjawab ini dengan baik dan cemerlang. Doa kami sentiasa mengiringi ayah. Semoga anak-anak akan mencontohi ayah, kerja ayah dan dedikasinya ayah terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.











Tiada ulasan: