Khamis, 14 Januari 2010

Happy Birthday Idzham

14 January 2010 - Khamis


5 January 2010 lalu genaplah umur idzham 3 tahun. Alhamdulillah, dah besar anak ibu yang sorang ni, manja, keletah, dan petah. Mulut dia....aduhhhh.....suka dengar kalau dia mula bercerita tu, dengan suara dia yang manja tu. Idzham ni, kalau ibu marah dia sebab suka menangis nakkan sesuatu yang tak ada, akhir sekali bila dia dah penat menangis...dia akan tanya dalam suara yang teresak-esak tu.."ibu.....sayang yam ya....(ni ringkasan pada idzham...heheh)"...selagi ibu tak cakap yang ibu sayang dia, selagi tu lah dia akan menangis dan tanya soalan yang sama.

Ini idzham sedang memotong kek, cuma ibu dan angah jer yang ada waktu tu.....so..kami berdua jerlah yang nyanyikan Happy Birthday untuk idzham. Habis tu, ibu suruh tunggu malam waktu semua ada, idzham dah merengek nak potong kek. So...sms ayah, ayah kata...tak apalah..bagi jerlah birthday boy tu potong kek......


Kek upin dan ipin ni, idzham yang request, so seperti biasalah ibu order dari Kak Ram. Nasib baik Kak Ram boleh siapkan kek ni dalam masa sehari jer....yerlah musim orang kahwin pun dah berlalu, boleh lah, kalau tidak....payah juga.

Bersama Angah, yang memang rajin melayan kerenah idzham.