Sabtu, 13 Mac 2010

Puding Roti Gula Hangus @ Caramel Bread Pudding

13 March 2010 - Sabtu

Hari ni ibu mencuba resepi ini, resepinya jumpa dalam internet, tak pernah buat sebenarnya, ini lah kali pertama ibu buat. ALhamdulillah menjadi, rasa pun sedap, cuma biasalah anak-anak ibu manalah suka benda-benda macam ni.....so..anak-anak ibu makan sedikit jer...selebihnya..ibu lah yang tolong perabis dan kasi jiran sikit.


Ikan Segar pemberian dari jiran

Entry ni sebenarnya untuk hari Khamis, tapi tak apalah ek...yang penting ceritanya.
Petang tu, ayah balik awal. Pukul 6 petang, ibu, ayah, Balqis, Idzham dan Makcik Hasnah pergi ke Komplek Renang MBMB di Bandar Hilir untuk daftarkan anak-anak ibu kelas renang. Makcik Hasnah ikut sekali kerana ada hal yang perlu disettlekan berkenaan dengan kelas renang anaknya, dan juga di samping untuk kenalkan ibu kepada Pengurus Kelas renang iaitu Pn.Salbiah.

Selepas Maghrib, ada bekas jiran chinese. Kenapa ibu katakan bekas jiran, sebab mereka ni dulu jiran di sebelah rumah kita sebelum mereka berpindah ke rumah mereka sendiri. anak-anak ibu panggil Aunty Lim. Aunty Lim dan Uncle serta 2 anaknya datang untuk melihat Balqis. Mereka ni memang baik sangat-sangat dan banyak menghulurkan pertolongan sewaktu ibu dan ayah PJJ dulu. Pinjam tong gas pun pernah....hehehe.

Mereka datang membawa ikan segar, ikan apa ekkk...entahlah...ibu tak tahu sebenarnya. Setelah Aunty Lim balik, ayah minta ibu terus masak ikan tu, yerlah ikan segar kalau terus di masak memang sedap....ibu pun apalagi terus lah jalankan kerja-kerja memasak, walau pun sebenanrnya kita dah pun makan malam. Ayah kata, tak apa, makan dengan roti pun soddaapppp...

Rupa asam pedas, sewaktu ibu menumis bahan-bahannya. Yang dah siap masak, ibu ambil gambar tapi blurr lah pulak gambar tu...

Inilah rupa ikan tu, waa....pejal jer dagingnya sewaktu ibu memotongnya...

Ikan Bakar Di Muara Sg. Duyung

Hari Pertama sampai di Melaka, Jumaat, setelah turunkan barang-barang, dan susun mana yang patut, kami pun menuju ke Muara Sg.Duyung untuk makan ikan bakar. Ibu dan ayah memang suka makan ikan bakar di sini. Ada 2 port sebenarnya, satu di sebelah kanan, di sini memang penuh dengan orang ramai, sebab kat sini memang murah dan kalau sanggup makan dalam keadaan hiruk pikuk boleh la kot datang sini.

Macam kami ni jenis yang tak suka makan di tempat yang sesak dan ramai, maka pilih satu tempat yang agak ke dalam sikit, kat sini memang privacy sikit lah, cantik pun cantik, dan agak mahal sikit berbanding tempat satu lagi.agak gelap sikit so..mudah lah ibu untuk menyusukan Balqis kalau dia buat hal...hahaha..memang pun....dia merengek..kenalah suakan susu..lepas tu tertidur la kejap.

Masa sampai tu, tak ramai orang, ada 2 meja jer yang penuh. Tak lama masa kami tengah makan tu, semakin ramai orang. Di sini walau ramai orang tapi keadaannya tidaklah hiruk pikuk, masih boleh control lagi, sambil dialun dengan iringan muzik.

Idzham, dengan air memang tak boleh pisahkan, makan nasi sikit jer..

Fresh Orange Tarik yaaaa........hehehe..ayah seperti biasalah tukang layan hero-hero, bila dah settle semua baru ayah boleh makan

Beberapa sudut pandangan di kedai ini..


Antara hidangan, sambal sotong, hehehe..ini jer yang sempat ibu snap..lain-lain tu tak dapat sebab Balqis sudah bangun dan lasak, lauk pun sudah di makan..tak sempat nak snap. Antara menu lain, ikan siakap bakar, asam pedas ikan pari..ni favorite ayah, ibu memang tak makan ikan pari. Sayur campur dan nasi lemak. Okay lah tu, anak-anak pun bukanlah kaki makan kalau nasi-nasi ni...

Along dan Uda, sewaktu menunggu pesanan sampai.

Angah