Rabu, 17 Mac 2010

Balqis Dengan Wajah Baru

17 March 2010 - Rabu

Balqis dengan wajah baru.....malam semalam ayah gunting rambut depan Balqis, maklum dah panjang sampai nak masuk mata dah. Susah juga nak guntingnya, dia pusing kiri kanan.


Menangis marah, sebab dia nak susu tapi ibu nak snap gambar dia


Hahahah...apa lah ibu nak buat ni...

Kelas Renang

14 March 2010 - Ahad

Hari pertama mengikuti kelas renang, suka anak-anak ibu....Kompleks Renang MBMB ni terletak betul-betul di belakang Menara Taming Sari. Menunggu anak-anak berenang tu, nampaklah naik turunnya dan berpusingnya Menara tu. Minggu ni memang ramai dan agak jam Dataran tu , mungkin sebab cuti sekolah, ramai lah yang datang menghabiskan cuti di sini.

Gambar agak blur sikit, tak bawak camera, ambil guna hp jer

Budak kecik ni tak boleh lagi masuk kelas renang, jadi masuk lah kolam untuk budak-budak....


Firdaus



Adegan latihan kaki



Angah dan Uda, mengapit anak dara siapa lah yer.....comel budak ni...cute...5 tahun kot umurnya

Budak kecik lagi