Ahad, 4 April 2010

Baby Diaper Stacker

4 April 2010 - Ahad

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Inilah hasil pertama dari kain yang ibu beli tempoh hari. Diaper Stacker, bolehlah, pertama kali ibu buat, ibu ikut tutorial di sini. Jomlah try buat. Tapi, ibu adalah ubahsuai sikit, tak letak ruffles kat atas tu. Berapa kali terhenti buat benda ni, biasalah, idzham kacau, Balqis merengek...nasib baik jadi juga....



Dah disikan dengan diapers Balqis. Ingatkan nak beli kain Felt nak jahitkan nama Balqis, tapi nanti dulu lah, belum jumpa kat mana nak beli.





Shopping Di Jakel

4 April 2010 - Ahad




Kain ni dah seminggu kot ibu beli di Astana Moda, cawangan Jakel di Melaka. Ibu pergi dengan kawan ibu, Makcik Hasnah. Kat sana ibu beli, English Cotton, sepasang untuk ibu, 2 jenis english cotton untuk Balqis, ibu nak tempah gaun dan baju kurung untuk Balqis.

Ibu juga beli beberapa kain cotton yang murah-murah, kalau tak silap....RM4 hengget semeter dan ada beberapa meter kain langsir murah, untuk ibu buat beberapa jenis kraftangan. Insya Allah. Sekarangkan ibu dah addicted dengan kain-kain cotton untuk kerja-kerja kraf, sama ada sarung kusyen, alas barang-barang dan beberapa lagi lah.
4 April 2010 - Sabtu

Alaaa.......layu jer mata Balqis, bila Atehnya sikatkan rambut dia. Waktu ni, Balqis atas riba ibu, ibu pulak sedang syok tengok tv, tak perasan Idzham sedang menyikat rambut Balqis. Balqis lak, kebetulan baru makan ubat selesema, apalagi mata pun kuyu jer....lepas tu..dia terus nyusu dan terus lena....


video