Khamis, 6 Mei 2010

Peniaga Online



6 Mei 2010 - Khamis


Hari ini ibu rasa macam nak membebel lah sikit...... ;), lama dah tak membebel menyuarakan rasa kurang puas hati ni...so..hari ini rasanya nak luahkan jugalah...
Sekarangkan jual beli secara online semakin popular, kaedah jual beli online ni memang memudahkan terutamanya kepada pembeli, di mana pembeli tak perlu lagi untuk bersesak, memandu atau keluar dari rumah untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Kadang-kadang tu, kita tak jumpa barang yang kita nak tu dijual di luar, tapi kita boleh jumpa pelbagai barang yang dijual secara online hanya dengan klik button mouse dan mencari keyword dalam google atau banyak juga forum-forum yang menyediakan platform untuk penjual menjual barang mereka.

Ibu memang selalu membeli barang secara online ini, selalu lah, kadang-kadang baju, barang-barang penjagaan diri, barang-barang keperluan rumah dan macam-macamlah, memang dah bertahun ibu membuat pembelian secara online ini. Satu hari tu, ibu nak membeli satu barang, ibu pun seperti biasalah surf WMC, dan masuklah salah satu kedai, dalam kedai tu terdapat ramailah dealer yang bukan peniaga WMC yang iklankan barang tersebut . Salah seorang dari dealer tu BUKAN peniaga WMC...ibu tertarik dengan offer yang dia buat tapi melalui blog yang dia sertakan linknya sekali. Dalam ramai-ramai tu, ibu memilih peniaga tu sebab offer yang diberi, dan juga ibu lihat dia ni macam agak fofular dikalangan upline dan juga dealer-delaer lain.


Ibu pun masuk blog dia, dan untuk tahu berapa kos pos, perlu hantar sms katanya. Ibu pun hantar lah sms....
"Salam *****, saya dari Melaka, nak beli*** pakej*, berapa yer termasuk kos pos,Terima kasih".
Peniaga reply :"RM**.** termasuk pos"
Lepas dah settle semua pembayaran ibu pun sms lagi :
"Salam *****, saya dah buat pembayaran, detailnya saya dah emailkan yer, Terima kasih"
Peniaga tu sms "zahidah?"
Ibu reply "Ya, saya".


Ok..lepas tu, tak der apa-apa berita....dua hari lepas tu, ibu pun dapatlah barangnya. So..seperti biasa urusan jual beli lain...ibu pun masuk blog peniaga tu dan melalui chatboxnya ibu bagitau,
"Salam *****, saya dah terima barang tu tadi, terima kasih yer"


Beberapa hari lepas tu, dalam 4-5 hari kot, ibu nak bertanyakan perihal barang tu...so..masuk lagi blognya dan nampaklah post yg ibu letak di chatboxnya langsung tidak di balas. Nak kata tak masuk, posting yang selepas ibu, elok jer pula dia reply. Ok...abaikan....
Disebabkan ibu nak tanya soalan, ibu nampak dia online di yahoo chatnya dalam blog dia...apa-apa boleh tanya kat situ katanya dan waktu dia available....so..ibu pun bertanyalah soalan dengan seperti biasa dimulai dengan :


"Salam ****, dan agak panjang jugalah soalan untuk dia faham permasalahan ibu...." selang beberapa saat/minit gitulah dia reply :"Teruskan makan, dan tinggalkan 2 biji".
Ibu tunggu juga kotlah ada lagi ayat-ayat hikmat yang dia nak reply..tak ada so..ibu pun reply "ok, terima kasih", dan tak ada apa-apa reply dari peniaga tu.


Hehehehehe, agak-agak korang semua kan..dapat tak apa motif yang ibu ceritakan di atas? Tak tahulah kot kalau korang tak kisah...tapi kan bagi ibu...kita sebagai peniaga perlu lah ada adab berniaga, komunikasi dalam perniagaan itu penting terutama dengan pembeli....agak-agak peniaga kat atas tu kategori peniaga macam mana ek....peniaga sombong? peniaga lupa diri? peniaga tak mesra?peniaga yang dah kaya raya, so tak kisah kalau tak ada pembeli dan tak perlu repeat costemer? Mungkinlah peniaga tu akan mesra dengan pembeli yang dah selalu membeli dengan dia kot, tapi kalau itulah cara layanan dia, tak taulah lepas ni ibu nak tak beli lagi dengan dia....
Selama ibu berurusan dengan peniaga online lain seperti , Hazdi, Ella (peniaga tupperware WMC), Syikin (DCL), ButikMydream, Puteri5, ramai lagi, tak pernah pulak ibu jumpa dengan peniaga seperti yang ibu ceritakan di atas. Mereka akan reply dengan begitu mesra dan kita sebagai pembeli rasalah dihargai. Paling tidak pun, jawab lah salam, disertakan ucapan terima kasih ker..ini tidak ibu pulak yang berterima kasih..sapa yang beli kat sapa ntah....then kalau pembeli maklumkan barang dah sampai..apa salahnya cakap "Saya jual yer, terima kasih ker..." adehhh..so..nasihat ibu kepada peniaga online ..kalau nak pembeli kembali kepada anda, berkomunikasilah secara bijak, mesra dan layanlah kastemer anda. SEKIAN.