Rabu, 26 Mei 2010

Sulaman Reben


26 Mei 2010 - Rabu

Dah lama ibu tinggalkan sulaman reben, tiba-tiba tergerak hati nak membuat sulaman reben. Kali ini ibu nak buat sarung kusyen untuk diletakkan dalam kereta. Dah berbulan..eh..rasanya dah setahun lebih hampir 2 tahun ibu dah tak buat sulam reben.
Setelah beberapa hari menyulam, akhirnya siap jugalah sepasang untuk dijadikan sarung kesyen. Nanti kalau dah siap, ibu akan tunjukkan. Hampir siap satu, tinggal buat finishing jer lagi. Satu lagi, ibu masih dalam proses menyambungkan rendanya.