Sabtu, 24 Julai 2010

Ikan Bakar

24 Julai 2010 - Sabtu

Sejak ketiadaan bibik ni, ayah telah memberikan ibu cuti memasak untuk setiap hari Ahad. So, hari ahad lepas, dari sarapan, lunch hinggalah ke makan malam, kita makan di luar. Untuk makan malam ayah bawa kita semua ke Muara sg Duyung untuk menikmati hidangan ikan bakar.

Kami memang sentiasa memilih kedai makan ikan bakar ini apabila pergi ke Muara Sg Duyung. Kedudukan kedai ini agak tersorok dan ke dalam sedikit berbanding dengan deretan kedai-kedai lain. Kita perlu melalui kedai ikan bakar yang lain dahulu sebelum membelok ke kiri untuk sampai ke kedai ini. Ok...kenapa kami memilih kedai makan ini, pertamanya kerana orang tidak terlalu ramai dan tidak bersesak-sesak, kedua...suasana kat sini agak suram dan tidak terlalu terang..ibu suka sebab maklumlah Balqis ni kadang-kadang nak menyusu . Kalau dilihat dari luar, memang nampak agak ekslusif, kedai ini kelihatan seperti rumah yang ada taman-taman gitu....banyak kerusi jati. Kalau di deretan kedai sebelumnya, memang ramai sangat orang, kalau weekend tu perlu bersesak-sesak, ibu dan ayah pernah makan di situ dulu..sungguh ibu tak sanggup..mungkin kalau hanya ibu dan ayah berdua sahaja ok lah..tapi kalau bawa anak-anak tak sanggup ibu nak makan di situ.



Ayah melayan Balqis, nak minum air.

Uda
Ateh dan Balqis...sebenarnya waktu ini anak-anak ibu baru bangun dari tidur...semuanya tidur sewaktu dalam kereta, termasuklah Balqis...tu yang nampak rambut dia agak serabut sikit..


Hidangan yang memang simple sahaja.....tapi puas hati...Kupang masak bercili

Asam pedas ikan pari....hehehe..ibu tak makan ikan pari...

Sayur campur

Nasi Lemak dan hidangan lain

Sewaktu menunggu hidangan sampai

Ikan yang telah dibakar