Ahad, 15 Ogos 2010

Aksi mengejar Balqis

15 Ogos 2010 - Ahad

Malam tadi ibu, ayah dan Balqis pergi beli barang keperluan di Tesco. Sewaktu nak membayar guna Card credit, ada masalah pulak dengan mesin tu, Balqis lak kebetulan memang dah mengantuk, asyik minta nak nyusu jer. Ibu pun letak Balqis kat bawah, apalagi.....yerlah orang baru dapat kaki...laju jer dia berjalan macam penguin. Dia masuk kedai itulah, kedai inilah, penat juga ibu mengejar dia, yerlah orang ramai, takut ada yang tak perasan si kecik tu terlanggar lah pulak. Dah lah Balqis masih tak berapa kuat lagi nak menapak.
Rambut Balqis asalnya ibu ikat ala "pokok kelapa", ntah bila waktunya Balqis tarik pengikat rambut tu pun ibu tak perasan, waktu tu tengah sibuk memilih keju nak beli, time ibu sampai kat ayah yang tengah memilih kentang, sedar-sedar rambut Balqis dah tak tentu arah. Bila tanya dia, "mana ikat rambut Balqis?", Balqis cuma tunjuk kat bawah. Hilang sudah pengikat rambut dia....