Jumaat, 24 Disember 2010

Koleksi beg-beg Kertas

24 December 2010 - Jumaat

Pelik tak agak-agaknya.......entahlah kenapa ibu suka sangat kumpul beg kertas....yang ada dalam simpanan ibu ni sejak dari beberapa tahun, ibu pun dah lupa. Ini belum termasuk yang ada di rumah Puchong sana. Sebenarnya, ibu suka kumpul sebab melihatkan pelbagai warna, bentuk, dan rekaan beg-beg kertas ini dan kebanyakkan beg kertas ini bukanlah ibu beli tapi dapat apabila ayah menghadiri majlis-majlis tertentu, hadiah dari rakan-rakan dan ada jugalah beberapa yang apabila ibu atau ayah beli barang......


Koleksi beg-beg kertas simpanan ibu

Antara beg kertas yang ibu sayang


Konvo - We Were Rushing

24 December 2010 - Jumaat


Entry kali ni masih lagi berkisar tentang foto-foto yg baru sahaja diupload masuk.....

Kisahnya disebalik Majlis Konvo ayah.....


Ini ketika baru sampai...lihatlah wajah anak-anak ibu..semua baru bangun tidur..apa tidaknya bangun pukul 3 pagi dan bertolak pukul 4 pagi..so....semua ZZZZZzzzzzz dalam keretalah, Ayah drive dari Melaka hingga ke Shah Alam.





Gambar ini ketika awal pagi, sebelum masuk ke Dewan...ayah kata.." Saya budak gemuk..." hahahahhah...... tulung... tulungg..... ayahhh.. bukan ibu yg cakap yer... statement ni keluar dari mulut ayah..... hahahha.



Ketika menunggu ayah, puas ibu melayan Balqis




Ketika ayah menunggu di dalam Dewan untuk penyampaian Ijazah oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, ayah mendapat panggilan dari boss ayah (sesiapa yang tau kerja ayah..mesti kenal dengan boss ayah ni....:)), mengatakan meeting akan dibuat pada pukul 3 petang di Melaka. Walaubagaimana pun ayah telah memaklumkan bhw ayah mungkin sampai agak lewat memandangkan ayah sedang menghadiri majlis konvo.

Ayah keluar dari Dewan sahaja, kelam kabut ayah cari ibu dan anak-anak, di mana ketika itu Balqis dan Idzham baru bangun tidur dan Balqis sedang mengamuk memandangkan tak cukup tidur. Dalam suasana kelam kabut tu, sempatlah ibu dan anak-anak hadiahkan sejambak bunga dan sempat la ambil gambar dalam keadaan yang nak cepat.

Inilah gambar yang diambil dalam keadaan kelam kabut. Tengoklah Balqis sedang menangis, dan idzham pulak sedang mamai..baru bangun tidur.



Selesai bergambar ni, ayah tak sempat pun hadiri jamuan untuk pelajar PhD. ayah terus memulangkan robe dan terus kami balik. On the way tu, singgah McD..drive thru untuk beli makanan dan makan dalam kereta. Sepanjang perjalanan tu, laju jugalah ayah bawa kereta.... sampai jer rumah, ayah turun kereta, ambil kot, ambil kunci kereta dan terus bergegas ke office... phewwwwwww..... kasihan ayah......