Khamis, 31 Mac 2011

Idzham mewarna

31 March 2011 - Khamis Ini lah dia hasil idzham mewarna....ok lah kan...untuk budak yang berumur 4 tahun....pada ibu cantiklah..kalau nak dibandingkan kebolehan abang-abangnya diusia yang sama dengan idzham dulu.... Ini homework idzham...baru sahaja dia sudahkannya.....awal tahun hari tu, nampak langsung tak cantik dia mewarna, tapi...sekarang semakin nampak kemas...dan dia sudah pun pandai menulis A-Z.....baca belumlah lagi...huruf dah kenal semuanya....


Cikgunya kata..mulut dia dalam kelas.....macam bertih jagung....hehehhe....dia keluar jer dari kelas..nampak jer ibu..terus senyum dan sambil pakai kasut tu..sibuklah dia bercerita hal masa dalam kelas tadi....senyum jerlah cikgunya.....

Sabtu, 19 Mac 2011

JAKPAW

19 March 2011 - Sabtu

JAKPAW ialah ringkasan kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah. Sebagai salah seorang ahli JAKPAW Negeri Melaka, ayah telah menyertai Lawatan Kerja JAKPAW Negeri Melaka ke Negeri Perlis bermula dari 17 March -20 March 2011. Di sana di samping aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dua hala antara ahli JAKPAW Negeri Melaka dan juga Negeri Perlis,di adakan juga latihan menembak yang dilangsungkan di Lapang Sasar UUM. Di sini ayah telah berlatih menembak menggunakan M16 dengan 100 peluru hidup. Fuhhhh.pengalaman yang sangat berharga. Heheheheh.ini entry yang ibu buat, so ibu tak pandailah nak mengolahkannya...mungkin kena tunggu ayah balik dan ayah ceritakan pelbagai pengalaman dan ibu boleh terus menulisnya di sini. Jawatan ayah dalam WATANIAH ni pun ibu dah lupa lah..nanti ibu tanya ayah..:)




Rabu, 16 Mac 2011

Cuti Sekolah



16 March 2011 - Rabu

Cuti sekolah sudahpun sampai ke pertengahannya, selama seminggu cuti sekolah ini, ibu dan ayah tak bawa anak-anak ke mana-mana. Maklum, Firdaus akan menghadapi UPSR pada bulan September nanti, jadi jadual cuti sekolahnya penuh dengan kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Yerlaaa....takkan ibu dan ayah nak tinggalkan dia sensorang.....bukan apa, semalam Firdaus bagitau ibu..katanya kasihan kawannya sebab tak dapat ikut familynya pergi bercuti, sebab dia ada kelas tambahan. Ibu cakap pada Firdaus......haaa...tengok, kalau abang (panggilan Firdaus dalam family) kena macamtu macam mana? Abang sedih tak?...Firdaus jawab "mestilah sedih..."..ntahlah, mungkin sebab kawan Firdaus tu dah biasa ditinggalkan ibubapanya...sedangkan Firdaus, tak pernah sekali pun ibu dan ayah tinggalkan dia untuk bercuti ke mana-mana.

Ibu dan ayah memang dah plan awal-awal....tak akan ke mana-mana bercuti sebelum bulan September, sebab memang sedia maklum..anak nak exam...sudah pastilah akan ada kelas tambahan dan sebagainya.....

Kebetulan pula, bermula esok ayah akan pergi ke Perlis atas program WATANIAH sehingga hari Ahad.

Tak apalah, insya allah...selepas bulan September nanti kita akan pergi ke mana-manalah untuk bercuti. Ibu dan ayah sentiasa berdoa agar Firdaus berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti....ibu memohon agar pembaca-pembaca blog ibu ini tolong doakan sama yer kejayaan Firdaus..Terima Kasih :)

Selasa, 15 Mac 2011

Kudap-kudapan



Gambar Ihsan dari Pakcik Google

15 March 2011-Selasa
Bahulu dan rempeyek..inilah salah satu makanan tradisonal melayu yang paling diminati di rumah ni. Ayah memang dah tau selera ibu dan anak-anak. Bahulu dan rempeyek...pulak...tak mahu di beli dari sebarangan kedai atau penjual..sebab takut tak sedap....so...ayah akan beli dari seorang penjual ni...memang sedaplah di tekak ibu dan anak-anak....
Semalam ayah beli 2 bekas besar bahulu dan 3 balang rempeyek. Sebekas bahulu sudah pun habis awal pagi tadi....sekarang sebekas lagi sedang beransur-ansur kurang isinya :). Bahulu ni kalau tak salah ibu agak mahal jika dibandingkan dengan harga kat tempat lain, tapi sebab sedap..tak kisahlah...sebab selalu beli kat tempat lain, rasanya memang tak kenalah di tekak ni
Nak-nak cuti sekolah ni, anak-anak memang laju jer makan, tak kiralah nasi ke, keropok ke, nugget ke, apa-apa jerlah yang boleh dimakan.

Isnin, 14 Mac 2011

Balqis yang tak reti diam

14 March 2011 - Isnin

Begini bermula cerita.....sewaktu ibu dan ayah masuk ke kereta selepas bershopping di TESCO, adalah nampak pamplet VANTAGE. Tengok-tengok dan belek-belek....ibu cakap ehh...murahnya vantage ni ada sales lah. Ayah tanya, kat mana tu..? Ibu pun kata kat Semabok Perdana dia punya kedai....heheheh......terus ayah minta no phone kat situ, ayah kata nak call...ingatkan ayah memain.....rupanya ayah call betul-betul dan tanya lah kedai buka tak hari ni, dan bla..bla...bla...

Lepas tu, ayah kata.."Ok, ayah kasi RM****.** untuk belanja kat vantage"...Terkebil-kebil kejap ibu..macam tak percaya....hahahahha....adehh..macam dalam mimpi jer...Terus ayah kata " Nak ke tak nak ni....nanti offer ni ditutup, susah nak dapat"..haaaa..ibu pun apalagi.."bagai pucuk dicita, ulam mendatang".....

Hantar jer barang-barang kat umah, terus pergi ke kedai tu....bawa balqis jer...dan kebetulan lak kedai tu nama BALQIS juga....

Saksikanlah betapa lasaknya Balqis....ayah snap gambar ni...berturutan .....tengoklah aksi balqis..nasib baik balqis cuma lasak ke sana ke mari jer, tapi tak usik barang-barang dalam tu....

Cari, di manakah Balqis...ooooo..balqis di sebalik kerusi tu, ibu sednag bercakap dengan balqis...

Tu dia, balqis..ibu dapat dia

abaikan jer lah muka ibu yg tk berapa nk cun tu yer...lihat sahaja aksi balqis






Diambilnya salotape tu...





Cuba nak duduk....

Huhhhhh....penatnya saya.......duduk japlah atas barang-barang ibu ni...


Ini set vantage yang baru keluar...memang cantiklah bunganya...ibu berkenan sungguh dengan yang tengah tu...cantikkkk

Yang ini pun, yang terbaru....memang cantik sangat...bilalah pulak ibu boleh dapatkan yang ini pulak :))

Kesemua ini, pattern baru dari vantage

Hari ini ibu beli dinner set, tea set, warmer set yang boleh pusing tu, 3 in 1 casserole set, 3 in 1 oval platter, 6 in 1 air tight canister dan terus ibu jadi member lah.... :)

Apa pun terima kasih untuk ayah.....:)

Sabtu, 12 Mac 2011

Kek Coklat

12 March 2011 - Sabtu

Dah lama dah ibu buat kek ni...gambar pun diperam dalam handphone. Kek ni ibu buat untuk makan petang, alhamdulillah habis dan ibu kasi sikit pada jiran sesebelah rumah. Ada permintaan untuk buat lagi tapi mood rajin tu masih belum kunjung tiba...kena doa-doa lah mood tu datang menjengah... :)

Kek sewaktu baru jer siap dikukus, masih dalam kukusan

Setelah diletakkan topping dan ditabur dengan coklat rice

Kek yang siap dipotong.......sedap sungguh...masuk bakul angkat sendirilah.....ehhh...anak-anak ibu pun puji sedappppp.......:)

Jumaat, 11 Mac 2011

Idzham dan iPad



11 March 2011 - Jumaat


Sikit punya khusyuk idzham main game di iPad ibu.......kalau dia senyap jer, tengah mainlah tu..pandai pulak dia on kan dan cari game tu....huhuhuh...anak sapa...kalau bukan anak ayah...tak banyak sikit pun adalah turun ilmu kat anak-anak....:)

Sukanya dia......:))



11 March 2011- Jumaat

Kenapa dengan Balqis ni....heheheh..ibu pun ingat-ingat lupa, sebab gambar ni dah lama dok dalam hp ibu. Kalau tak silap ibulah kan.....waktu ni, abang-abangnya sedang kipaskan muka balqis gunakan apa yer..dah lupa..tapi....tengoklah balqis tu..bukan main suka dia..siap dengan tangan dia lagi......

Balqis dan pun menginjak ke usia 1 tahun 8 bulan....kejap jer rasanya nak masuk 2 tahun. Dah banyak benda yang dia pandai.....dah pandai membantu ibu mengutip sampah dan buang dalam bakul sampah, dah pandai lepas ibu bukakan baju dan diaper dia...balqis akan masukkan dalam bakul kain kotor dan juga bakul sampah, dah pandai kalau ada air tumpah..cepat-cepat cari kain untuk lap, dah pandai ikut lagu-lagu yang dia suka dan selalu dengar..lagu Maher Zain contohnya "InsyaAllah", "Barakallah", lagu kanak-kanak "Lagu tiga kupang"...dan macam-macamlah.....ohhh....ya...balqis panggil ibu camnie.."Iderrrr"..camtulah lebih kurang bunyinya.....Dah tahu nama abang-abangnya..siap dengan nama betul lagi..kalau kita tanya mana Idzham...pantas jer dia tunjukkan Atehnya...dan begitulah seterusnya.
Semoga Balqis akan menjadi anak yang solehah, anak yang dapat membuatkan dan membahagiakan hati ibu dan ayah dan juga berjaya dunia dan akhirat....

Khamis, 10 Mac 2011

Ishhhh....ishhhh....apa ni....???



Haaaaaaaaaaaaaaa.........apa niiii...apasal ni..macam orang nak marah jer....notis apa kah ini.....wahhhhhh....terkojut ayah tatkala balik dan mahu membasuh tangan melihat notis ni terpapar di sinki tingkap dapur....

Ayah kata...ini mesti kes ibu dah marah...over marah...dah penat bebel nihhh.....hahahahha...iyerrrrr...ibu sampai dah tak tahu nak kata apa...baru 10 minit clearkan sinki dengan cawan-cawan...bila ibu pergi dapur...ehhhh..penuh balik sinki ni dengan cawan..hamboiii...hamboiiii......ok..ibu letakkan notis ni....

Hahahahha..nampak nau...sewaktu ibu menulis notis ini..ibu dalam keadaan marah dan geram......

IDZHAM - Aktiviti iyammmm..... :)

10 Mac 2011 - Khamis

Ok.....mulakan entry dengan cerita idzham...anak ibu dan ayah yg ke empat...dah pun memulakan alam persekolahan pada awal tahun ini diusianya 4 tahun.....cikgunya kata...dia dah pandai dan dah kenal huruf A-Z, dah pandai mengira..dan mulut dia pot pet pot pet dalam kelas......


Cayalah anak ibu, dah pandai kapur kasut, wpun bercapuk...

Sedang asyik mengapur kasut





Ini pula sewaktu sambutan maulidur rasul Tadika Idzham, kerjasama dengan Masjid Mubarakah, Kesidang....


Angah...saja merajinkan diri join perarakan...hahah..dapat tugas pegang bunga manggar

Tu idzham berbaju melayu purple...panggil suruh senyum tak mau...nervous agaknya...:)