Sabtu, 19 Mac 2011

JAKPAW

19 March 2011 - Sabtu

JAKPAW ialah ringkasan kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah. Sebagai salah seorang ahli JAKPAW Negeri Melaka, ayah telah menyertai Lawatan Kerja JAKPAW Negeri Melaka ke Negeri Perlis bermula dari 17 March -20 March 2011. Di sana di samping aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dua hala antara ahli JAKPAW Negeri Melaka dan juga Negeri Perlis,di adakan juga latihan menembak yang dilangsungkan di Lapang Sasar UUM. Di sini ayah telah berlatih menembak menggunakan M16 dengan 100 peluru hidup. Fuhhhh.pengalaman yang sangat berharga. Heheheheh.ini entry yang ibu buat, so ibu tak pandailah nak mengolahkannya...mungkin kena tunggu ayah balik dan ayah ceritakan pelbagai pengalaman dan ibu boleh terus menulisnya di sini. Jawatan ayah dalam WATANIAH ni pun ibu dah lupa lah..nanti ibu tanya ayah..:)




Tiada ulasan: