Sabtu, 30 April 2011

Balqissssssssss......apa dah jadi ni..?????

Hari ni kan sabtu, seperti biasa ayah akan bawa kita sekeluarga breakfast kat luar. Ibu dah siapkan balqis, so..turn ibu pula lah nk touch up :)...tiba-tiba ibu dengar ayah cakap...."ibuuuuuu........tengok lah anak ibu sorang ni". Ibu pun toleh kat balqis.....Ya Allaaahhhh...balqisssss.........eiiiii...siapa yang guna minyak rambut tak tutup ni, letak kat meja depan ni...kan adik dah main niiiii......haduuuuiiiiiii..."......balqis..balqis......dia ni kan suka sangat panjat kerusi kat meja dalam bilik ibu kemudian main la botol-botol minyak wangi ibu, kekadang lipstick ibu pun jadi mainan dia...jadi terpaksa lah ibu jauhkan kerusi tu dari meja alat solek tu.....


Puas lah ibu cuci...balut dia dengan towel..yerla sebab balqis dah pakai cantik-cantik....so..ibu balutkan dia dengan towel dan basuh rambut dia....







Tengoklah muka balqis tu..muka dah nak nangis sebab dia ingatkan ibu marahkan dia..walhal ibu marahkan abang-abangnya....

Khamis, 28 April 2011

Idzham dan Balqis dapat hadiah jam....

Jam Ben10 idzham punya..ada lampu-lampu lagi


Ini pula balqis punya....balqis panggil kak nira...camnie "Kak iyaaa" ..hehehe


Hari semalam Idzham dan Balqis dapat hadiah dari Kak Nira yang cute tu.....kak nira ni memang suka melayan idzham dan balqis......kekadang bila kak nira basuh kereta..rajin dua orang ni tolong kacau.....hehehehe..kannnn kak nira.....


Terima kasih kak nira......bak kata idzham.."kak nira buchuk"....siap berlagu lagi tu.....

Red Velvet Cake


Inilah percubaan pertama ibu buat Red Velvet Cake yang amat popular sekarang ni. Tak cantik sungguh rupa kek ni.....lantak lerr kan..nak makan sendiri...eh..tapi ibu ada la kasi kat jiran skit, tapi bila dah potong-potong, cantik jugalah rupanya. Tapi yang penting, bagi sesiapa yang suka makan cheese, memang sedap sangatlah kek ni...ada rasa masam, manis, rasa coklat sikit....


Resepi ibu ambil dari kawan ibu di sini, senang sahaja nak membuatnya, ibu pun aunty norida dah nasihatkan ibu buat dalam cup, senang, tapi kat rumah ni dah kehabisan pulak cup. Ibu buatlah dalam loyang, dah la tu loyang yang sama saiz lak ada satu jer, so ibu bakar dalam satu loyang then belahkan kek tu jadi 2 lapis.......


Nanti kalau nak buat lagi, ibu nak buat dalam cup lah dan nak buat topping lain...tak mo lah cheese sebab anak-anak ibu tak berapa gemarkan cheese.....tapi aci ker buat topping lain...sedap ker...tak apalah...nanti kita try yer....

Ahad, 24 April 2011

Peringkat-peringkat sembahyang


Salam para pengunjung.....banyak entry sesebelum ni berkisar tentang my family. Jadinya, apasalahnya sesekali kita cerita pula sedikit info atau sedikit tazkirah untuk peringatan kita bersama, juga boleh dijadikan renungan untuk diri sendiri, suami dan anak-anak di samping dikongsi bersama pengunjung sekelian. Entry kali ini bukan datangnya dari penulisan saya sendiri tetapi saya petik dari blog Hairil Abu Bakar

Mari kita renungkan :


Nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ni.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak perdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh/golongan abrar/ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yg dinamakan golongan mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat/sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.



Rabu, 20 April 2011

Lawatan Ayah bersama Ketua Menteri Melaka ke Taiwan

20 April 2011 - Rabu

Ahad lepas, ayah telah berangkat ke Taiwan untuk lawatan kerja selama dua hari bersama Ketua Menteri Melaka dan beberapa Pegawai lain. Ini sebenarnya lawatan untuk mempelajari beberapa teknologi yang mereka gunakan terutama dalam Kitar Semula, yerla kan Melaka kan sedang giat berusaha untuk menuju ke arah Bandaraya Teknologi Hijau. Ibu tak pandai sangatlah nak mengulas tentang lawatan ini, tapi yang ayah cerita, antara yang mereka lawati adalah bangunan yang diperbuat dari botol-botol kitar semula. Gambarnya nantilah ibu cari...ibu letakkan di sini.

Kalau tak silap ibu gambar ini di ambil ketika berada dalam bangunan yang dibina dari botol-botol yang telah dikitar semula, nampak belakang tu ....





Gambar yang lain-lain tu..nanti ibu update kan lah perjanjian antara Taiwan dan Melaka berhubung dengan kerjasama dalam Teknologi Hijau ni.

Selasa, 19 April 2011

Ayam Pistol

Gambar ini diambil dari Pakcik Google

19 April 2011 - Selasa



Inilah bahagian ayam yang paling idzham suka. Kalau masak, mesti kena ada part ni...dan kalau sesiapa yang ambil part ni, mesti idzham mengamuk. Dia panggil kepak ayam ni.."AYAM PISTOL", hahahha.....kat rumah ni kalau di sebut ayam pistol tu tau lah apa benda yang dimaksudkan dengan ayam pistol.

Tak kiralah masak apa..goreng ke, kurma ke, lemak ke, sup ker..memang itulah yang akan idzham minta.

Baca buku ker ???




19 April 2011 - Selasa


Balqis memang suka membelek buku terutama buku yang dipegang tulah. Kalau ibu sedang duduk ker, dia mesti tarik tangan ibu suruh tunjukkan gambar sambil dia ikut apa yang ibu baca dalam tu. Gambar atas tu, gambar waktu ibu sedang memasak tadi.....mula-mula dia baca sendiri, dari duduk ke baring lepas tu terus tertiarap...penat sangatlah tu.....


Balqis pun sekarang dah pandai mengira 1-10, cuma pelat dan no 6 dan 7 dia selalu lupa, kalau nak suruh dia mengira..kita pun kena ikut sama dia...nanti bila dah 10 dia akan tepuk tangan. Sambil mulut mengira, tangan dia akan turut sama mengira......

Rabu, 13 April 2011

Ayah dan Ketua Menteri Melaka

13 March 2011 - Rabu
Ini beberapa gambar sewaktu ayah bersama Ketua Menteri Melaka pergi melawat operasi kedai-kedai di sekitar Kota Fesyen MITC.


Waktu ini kan, ibu ada dalam kereta...hahaha..nampak tak Waja sebelah kiri tu..haaa..ibu dengan Balqis kat dalam tu lah....sebabnya waktu ayah dipanggil tu, ibu dan ayah sedang ada urusan , kerana nak cepat ayah bawa ibu bersama, lepas tu baru lah ayah hantar ibu balik.

Sebab tu, tengoklah ayah punyalah santai...bertshirt Hard Rock Cafe lagi.....



Ini pulak sewaktu di serambi rumah Ketua Menteri Melaka, waktu ni ibu tak ikutlah..ibu dah kat rumah dah.....:)


Sabtu, 9 April 2011

Sarung Bantal - Felt and Flannel



9 April 2011 - Sabtu


Gambar ini ibu ambil dari FB Aunty Norida


Inilah sarung bantal yang telah ibu tempah dari Dr. Norida,atau yang selalu ibu panggil Kak Ida, rasanya anak-anak ibu pasti kenal....kan dah pernah dan beberapa kali kita berkunjung ke rumahnya di Shah Alam. Ibu tempahkan untuk balqis dan idzham sahajalah, sebab Firdaus, Angah dan Rafique sudah ada bantal "trademark" sendiri...nanti ada masa ibu ambil gambar yer..... Untuk idzham ibu pilihkan warna hijau sebab tahu idzham memang suka warna hijau, dan Balqis...sajalah ibu pilih kaler oren tu....cantikkan......?? Inilah Doktor serba boleh...macam-macam kebolehan ada..memasak, menjahit dan pelbagai aktiviti kraf lagi, ibu pun banyak belajar dari Aunty Norida....sulam reben, decoupage dan macam-macam lagilah...(Kak ida....ni promote ni tak dapat apa-apa ker....bak lah Coach sebiji.......hehehe...tauuu..)...

Jumaat, 1 April 2011

Apa kena dengan Idzham ????

1 April 2011 - Jumaat
Gambar ini tiada kaitan dengan cerita :)



Hari ini, ibu agak lambat keluar dari rumah untuk menjemput Idzham, time ibu sampai, budak-budak dah keluar, tapi idzham masih lagi di dalam, yerla, cikgunya takkan benarkan murid-murid keluar selagi ibu atau ayah belum sampai.


Ibu nampak idzham keluar, tapi muka dia tak seceria selalu. Tak apalah, ibu diamkan jer, sebab nak cepat, nak ambil pula abang-abangnya kat sekolah. Sudah pakai kasut, masuk kereta. Ibu tanya idzham..:


Ibu : Yam, kenapa dengan yam ni...

Idzham : Yam..tak sihat..yam sakit pinggang, yam tak boleh pergi sekolah.

Ibu: sakit pinggang ? Kenapa? Yam jatuh ker?

Idzham : Ha ah, yam jatuh..

Ibu : Yam jatuh kat mana?

Idzham : Tak tauuuu..(sambil nak menangis...), yam tak boleh pergi sekolah..

Ibu : Tak apa...esok..2 hari yam cutikan, tak payah gi sekolah. Rehat kat rumah. Nanti Isnin, yam sihat boleh gi sekolah.

Idzham : Tak....yam tak sihat, yam tak mahu gi sekolah.


Aik....kenapa dengan idzham ni, tiba-tiba tak mo gi sekolah ni. Kena rotan ker, kena buli ker, atau apa yer..??


Sambung lagi....


Ibu : Kenapa..yam tiba-tiba tak mau gi sekolah ni? Yam, sakit perut ke pinggang?

Idzham : Pinggang.... (sambil tunjuk kat perut dia)

Ibu : Itu sakit perut tu...bukan pinggang...ok..yam makan apa kat sekolah tadi?

Idzham : Makan mee pedas....

Ibu : Habis tak?

Idzham : Habis..tapi yam sakit pinggang ni sebab makan banyak sangat. Yam tak suka makan.


Ohhhhh...ok..memang dah sedia maklum, pernah Idzham bagitahu ibu, kata Yam suka pergi sekolah, yam suka belajar, ramai kawan-kawan, tapi yam tak suka makan. Cikgu selalu paksa yam makan. Ibu pun memang tahu, cikgunya bagitahu, yam tak suka makan, so..kena suapkan untuk dia habis makan.


Sambung lagi .....


Ibu : Oooooooo....yam tak suka makan yer, cikgu paksa yam makan..tu sebab yam tak mahu pergi sekolah? Okey, nanti ibu cakap dengan cikgu Ita, jangan paksa yam makan yer, kalau yam tak mahu makan.


Idzham : (Angguk)...ibu cakap dengan cikgu...yam tak mahu makan nasi, mee semua..yam nak makan donut pedas jer. Ibu suruh cikgu masak donut jer...


Ibu : Okey..okey..nanti ibu cakap dengan cikgu yer....


Aduhhh..pelik la idzham ni, kalau budak lain suka jer makan macam-macam..dia pulak tak mahu makan. Tapi rasanya memang betul dia sakit perut, sebab...baru ni tadi dia mengadu lagi sakit perut....(tapi yam kata pinggang).....


Masa entry ni ditulis, idzham sedang tidur...sebelum tu idzham pesan...."Ibu..nanti bagitahu ayah yer, yam sakit pinggang...nanti ayah bawa yam pergi klinik".