Isnin, 30 Mei 2011

Apam Polkadot




Sejak dua menjak ni famous betul apam polkadot. Kalau kat FB tu kan..hari-hari apam tu lalu jer kat wall ibu. Tergerak lah hati ibu nak buat apam ni, sedap ke tidak...tak apa, janji ibu dah cuba buat dan dah tau macam mana nak buat. Senang jer nak buatnya, cuma leceh bila nak kena picitkan warna-warna dalam papercup tu, maklum ibu ni tak cukup piping bag, so..ada yang kena guna sudu lah....di tambah lagi asyik kena menepis tangan kecik tu dari nak usik warna-warna tu. Ada satu warna tu ..asalnya warna merah, tapi budak kecik tu dah campurkan dengan sedikit warna biru, so..jadilah macam kaler oren tak cantik gitu.

ok..ini resepi yang ibu ambil dari sini. Tapi ibu salin jugalah resepinya, terima kasih kepada tuan punya resepi yer:

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna . Ibu letak filling coklat, peanut butter dan jem strawberry. So, bercampurlah rasa apam polkadot ibu ni.

Cara-cara

1.masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang





2.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan





3.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag





4.picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja

5.letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan


6.picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.


7.last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Tips : Boleh kurangkan tepung lebih kurang 15gm untuk jadikan apam tu lembut sikit. Selain itu, api jangan terlalu kuat, nanti apam tu akan merekah di atasnya dan tak jadi lah cantik.
Ibu guna paper cup yang size paling kecil dan ibu lak tak ada bekas kuih lompang tu, so ibu gunakan dulang/bekas aluminium yang ada lubang-lubang kecik utk bakar cupe cake tu. Adunan lak jangan isi sampai penuh nanti membuak lak ia keluar..isikan 3/4 cup jer....Oh yaaa...dlm resepi tu tak ada letak esen vanilla , tapi ibu letakkan 1 sudu teh, sebab takut nanti ada bau teloq. :)

Khamis, 26 Mei 2011

AL-Kisah Idzham

Hari ni kan, ibu nak cerita sikit kisah idzham yang nama penuhnya Amerrul Idzham yang kini sudah pun berusia 4 tahun. Idzham ni memang agak "banyak kerenah" sehinggakan abang-abangnya memang tak tahan lah dengan dia ni. Abang-abangnya selalu geram kat idzham ni, pernah sekali abangnya cakap " ibu...kalau ibu bagikan, nak jer rasanya kurung idzham dalam bilik stor bila dia buat perangai...." hehehhe....nasib baik abangnya masih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi walau pun kekadang kena tengking jugalah idzham tu.


Kisah idzham di sekolah. Cikgunya ada dua orang tetapi cikgu kelas dia namanya Cikgu Ita. Cikgu Ita ni selalu bercerita kerenah idzham dalam kelas.


1.Awal-awal dulu, cikgunya kata, selalu bila nak buat kerja sekolah, kena pujuk dia habiskan kerja sekolah tu..pujuk tu kena pujuk baik-baik. Tapi sekarang cikgunya kata..dah ok..rajin buat kerja tapi suka berlumba dengan kawan-kawan siapa siap dulu.


2. Waktu makan, memang waktu yang paling dia tak suka..sebab kena makan sayur. Lagi pun idzham ni memang tak suka makan pedas, walaupun ada sambal sikit. Jadinya untuk pujuk dia makan, cikgunya kenalah asingkan nasi dengan sambal dan letakkan kuah sayur lepas tu suapkan dia makan.


3. Cikgu Ita dan Cikgu Ina kata..mulut idzham macam "mak nenek"..heheeh..macam kat rumah lah..ada jer benda dia nak cerita...dia tak der memang senyap sunyi rumah.


4. Ahad lepas, ayah bagi lah idzham satu kotak yang dalamnya ada buku dan CD tetang kereta Merc. Ayah dapat hadiah dari kawan ayah...T-shirt ada logo Merc, key-chain merc. Then, idzham kata..ibu, yam nak simpan dalam beg sekolah yam. Ibu senyum jerlah. Dua hari lepas, cikgu ita kata...tadi idzham suruh cikgu ita pasang satu CD...dia kata ayah beli CD ni. Lepas tu, sementara nak tunggu masa belajar habis...cikgu ita pun pasang lah CD tu...rupanya CD tu ada info dan gambar-gambar pasal kereta Merc. Apalagi..kawan-kawan idzham kena lah sesama dok tengok CD tu..Idzham pulak dengan mulut menceceh..cerita lah pasal kereta tu. Cikgu ita tanya "Amerrul (kawan-kawan dan cikgunya panggil amerrul), ayah nak beli kereta ni ker?" Idzham kata "Ha ah..ayah nak beli warna hitam"...........hahahahhaa...pandai idzham yer..sajalah buat gempak..banyak nau lah duit ayah nak beli Merc...


5. Hari ini sekolah idzham ada buat rombongan ke beberapa tempat di Melaka. Jadi ibubapa perlu kembalikan surat kebenaran. Masa cikgunya minta semua murid kembalikan borang tersebut, idzham kata "Cikgu..ibu tak bagi saya pergi"...cikgunya kata"Yerlah tu...ibu amerrul dah bagi kat cikgu borang/surat tu...ibu kasi pergilah.." Beria sungguh dia kata ibu tak kasi. Sebenarnya awalnya memang idzham tak mahu pergi..tapi ibu pujuklah dia pergi.


Banyak lagi kisah idzham sebenanrnya..tapi panjang-panjang taip nanti penat lak nak membacanya, nantilah....di lain entry ibu sambung lah yer....

Rabu, 25 Mei 2011

Perebutan iPad

Tengahari tadi telah berlaku peperangan dan juga perebutan iPad antara Idzham dan Balqis. Balqis memang akan marah kalau sesiapa ambil atau guna Ipad. Diakan dah pandai pandai on kan ipad tu...dan pilih game apa yang dia nak main, memang leka lah kalau dapat Ipad tu.


Gambar ni berturutan ibu ambil...ni masa mula-mula Balqis rampas iPad dari idzham. Idzham dah melalak menangis, dengan tak pakai bajunya, dengan stokin masih tersarung di kaki. Hehehe..punyalah kotor stokin tu.......maklum kat sekolah kena bukak kasut.





Tak boleh jadi, idzham turun rampas lak dari balqis..ketika ini dua-dua dah melalak
Perebutan masih berlaku


Balqis dengan gigihnya cuba nak iPad
Akhirnya iPad di bawa lari masuk bilik oleh Idzham...puteri ibu menangis minta belas kasihan ibu....

Saya nak pakai tudung


Balqis ni dah banyak kali try pakai tudung ibu...tak beli-beli pun lagi tudung untuk dia. Dia suka pakai tudung,selalu lah cuba pakai tudung ibu. Petang semalam, dia ambil tudung ibu sebenarnya ajak ibu jalan keluar, tapi ibu tak ada mood nak keluar jalan-jalan. Agaknya dah boring hulurkan tudung tu kat ibu, dialah yang pakai. Senget benget dia pakai, ibu betulkan sikit-sikit....sempatlah snap...itu pun dia asyik nak tengok tempat lain jer.


Mudah-mudahan anak ibu ni akan suka bertudung sampai ke besar yer...insya Allah.....

Selasa, 24 Mei 2011

Susahnya mau sikat.......




Rambut Balqis ni kan.....sebelah bawah agak kerinting, susah mau di sikat.....selalu time nak sikat rambut terutama selepas mandi....mesti dia marah.....sakit..walaupun ibu dah try sikat slow-slow.....



Ada sekali tu, ibu nak beli sikat untuk gantikan sikat ibu, Balqis lak sibuk nak sikat yang satu ni, sikat ni kecik jer...ayah kata alaaa...beli jerlah...biarkan dia nak yang tu..walhal balqis dah ada sikatnya sendiri, tapi lain la bentuknya.


Sekali bila time ibu sikat rambut balqis....aik...masalah kusut tiada lagi...:)


Mana-mana pergi semua orang asyik memuji rambut si Balqis ni (tak apalah..anak tak tau dirinya dipuji, ibu nya lah yang kembang setaman.......). Sebenarnya kan....haaa..kalau ibu cakap ni mesti ayah kata.."Ekk..elllleeehhhh...semua yg cantik, semua yang bagus ikut ibu yerr"....hahahha..tak apalah.....sebenarnya rambut Balqis ni memang ikut rambut ibu sewaktu ibu kecik-kecik dulu, tak percaya tanya nenek...nanti kalau ibu jumpa gambar ibu yang tu..ibu letakkan...haa....bandingkan lah...




Haaa...berbalik cerita tadi.....ramailah yang kata rambut balqis ni cantiklah, siap ada sorang chinese tu tanya..."Ini rambut betul kaaaa?"....haiyyaaaa.......betul loooorrr.....tak kan mau buat rambut si kecik ni...udah lah kerinting, rambut balqis ni perang kemerah-merahan..againnn.......macam rambut ibu dulu...hahaha...ayahhh.......




Paling tak tahan tu..ada yang kata...."Anak engkau ni macam orang inggeris","macam mat salleh", "macam anak orang Arab"..haaaa.....aduhhhh......kalau la ada alarm utk ukur tahap kembang akibat dipuji...sure berbunyi dah "Teeetttttttttt"....tak apalah...orang nak puji..terima kasih lah.....

Jumaat, 20 Mei 2011

TAZKIRAH


Artikel ini adalah sumber dari : iluvislam



Gambar dari Google



Kita dihidangkan dengan pelbagai hiburan samaada dari barat mahupun dari dalam negara sendiri. HIBURAN dipersepsikan jiwa umum sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menghidupkan jiwa yang hambar. Tanpa sedar, jiwa generasi kini mengenyangkan 'parasit' yang dipelihara di dalam jiwa. Minda kita dihiburkan dengan indahnya alam fantasi bukan indahnya Syurga akhirat nanti.

Jiwa kita dihiburkan dengan pelbagai kisah percintaan yang romantik yang bila-bila masa boleh mengetuk syahwat dan zina mata/ hati. Jiwa kita dihiburkan dengan berbangga memiliki kereta mewah dan mendedahkan aib sendiri, bukan berbangga dengan adanya Iman dalam jiwa Islam. Semua itulah hiburan yang membawa kepada wahan (cintakan dunia).

Menulislah kerana Allah.. InsyaAllah, pasti akan ada jiwa dihidupkan dari alpa. Pasti akan ada Iman yang dikejutkan dari leka. Kadang-kadang ragam manusia, mereka sememangnya TAHU apa yang BAIK dan BURUK. Mereka juga SEDAR mana yang perlu diikut dan wajib ditegah! Tetapi GODAAN dan BISIKAN SYAITAN itu yang meLEKAkan insan yang lalai. Bagaimana? Apabila kita terlupa kita Hamba-Nya maka kita secara automatik akan lupa akan TUHAN.. kita akan lupa pada amanah, pada akhirat! Pada titian siratulmustaqim yang bakal dilalui! Puncanya ialah Hati yg LALAI. HATI yang LEKA!

Bagaimana LEKA itu hadir? Kadang-kadang kita terlalu bersemangat dan merasa kita sudah taat pada perintah-Nya. Semua ibadat kita lakukan. Semua amalan kebaikan kita laksanakan. Sebut apa sahaja, yang wajib yang sunat semua dibuat. Tetapi dalam masa itu kita masih kehilangan 'RASA' nikmat dalam JIWA.

Saya begitu pasti akan ada yang pernah merasa perasaan sedemikian. Kadang-kadang entah kenapa walaupun nama ALLAH disebut-sebut dalam zikir, tetap tidak memberi kesan pada hati? Kenapa laungan AZAN seolah-olah sekadar angin lalu tanpa sedar. Kenapa? Dalam Solat masih teringat akan 'future husband' atau 'future wife', teringat akan sms.. semuanya seakan tidak mahu berganjak memberi ruang pada diri untuk berinteraksi secara kusyuk dengan Allah. Walaupun sedang duduk tahiyat akhir, jari telunjuk terangkat syahadah hanya pada lafaz bibir tanpa menghayati maknanya!

Semua itu kerana LEKA! Apabila hiburan terlalu banyak disuntik ke dalam jiwa seorang hamba, apabila jiwa itu juga terlalu dicucuk dengan pelbagai cerita-cerita bersiri cinta dan romantika. Tatkala jiwa itu dihidangkan dengan keBAHAGIAan berupa material yang bertimbun-timbun, apabila jiwa diracuni angan-angan kereta mewah, harta yang berjuta. Lihat? Bukankah ALLAH sudah menunjukkan betapa kekayaan di dunia itu merupakan suatu ujian berat buat hamba-Nya. Belum pun menjejakkan kaki ke jalan keKAYAan duniawi kita sudah pun dilemaskan dengan keKAYAan angan-angan tanpa Iman!

Bagaimana mahu fokus pada rakaat dalam solat kalau dalam fikiran fokus pada di mana mencari WANG saraan lebih? Ya. Bagi mereka.. wang yang penting.. bagi makan..pakai.. kalau solat 24 jam pun tiada berguna andai tiada wang.. bukan boleh beri makan pakai anak. Tidaklah sampai 24 jam sahabat-sahabat sekalian. Malah satu jam pun tidak sampai... andai 30 minit sudah memadai jika HATI diletakkan BETUL pada tempatnya.

Titipan ini ikhlas untuk sahabat-sahabat di luar sana. Kita menyangka.. apabila kita duduk di rumah, berkurung di bilik.. kita tidak diuji, bebas daripada sebarang dosa. Ya, anda silap. Kita akan terus menerus diuji dan dicuba walaupun kita berada berseorangan. Syaitan ada di mana-mana. Dia akan sentiasa berusaha untuk mencari jalan memesongkan kita pada jalan-Nya.

Sebagai contoh, kita mengelak dari keluar berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina.. dan untuk berbicara memadai dengan berbicara di Facebook, Yahoo Messengger atau menggunakan kemudahan lain di alam maya. Harapannya tiada dosa yang dilakukan kerana tidak keluar berdua-duaan, tidak bersentuhan, tidak berdepan.. Ini silap.. Walaupun berhubungan di alam maya.. maksiat masih boleh berlaku.. Syaitan sentiasa berusaha memesongkan anak-anak Adam walau di mana mereka berada..

Sekali rebah digoda, esok taubat lagi. Kali kedua rebah esok taubat lagi. Tapi bila kali ketiga, kali keempat rebah? Anda pasti diyakinkan 'makhluk bertanduk' itu akan 'adanya esok hari' dan sentiasa beranggapan Allah akan tetap menerima taubat kita walaupun kita sentiasa melalukan dosa tanpa berusaha menghentikannya. Seolah-olah taubat sudah tidak bermakna bagi mereka.

Kesimpulannya cuma satu! Jangan LEKA!
Bagaimana??

-Kurangkan menyuntik hiburan-hiburan yang melekakan.. bukan tidak boleh. Boleh, tetapi jangan terlalu BANYAK hingga kita akan hilang MINAT untuk menjadikan ibadat sebagai hiburan utama untuk ke akhirat! Apabila kita terlalu minat untuk mencari hiburan-hiburan lagha, maka amalan kita tentu akan hilang 'jiwa' dan 'rasa', kerana kita sudah ketagih dengan hiburan-hiburan yg diperlihatkan 'SEDAP' di mata kita oleh 'makhluk bertanduk' itu!

-PAKSA diri membaca doa menghindarkan diri dari gangguan Syaitan! Paksa diri membaca ayat al-Quran walaupun surah pendek seperti surah al-ikhlas! Kerana apa? Apabila kita sudah cuba sedaya-upaya menjauhi HIBURAN yang diperlihatkan 'sedap' pada pandangan mata kita.. tetapi hati kita masih kekurangan santapan-santapan kerohanian. Bukanlah pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan, ceramah, rutin kerohanian.. atau beri peluang pada masa mengenal ayat-ayat ALLAH. Cari HIBURAN di situ! InsyaAllah... Banyak kelebihan bagi kita mengkaji dan mendalami ayat-ayat ALLAH. Gantikan rutin 'menghafal lirik lagu' kepada 'menghafal ayat al-Quran'.

-LAFAZ SYAHADAH tidak semestinya diruang SOLAT! Inilah label pemikiran kita... ucap syahadah hanya pada masa solat..! Ingat! Syahadah antara RAHMAT ALLAH paling BESAR buat kita yang beragama ISLAM. Ia umpama 'HOT' TIKET bagi masuk SYURGA ALLAH!! Peluang sang pendosa terbanyak dan terbesar.. syahadah inilah yang memberi laluan mereka memasuki SYURGA walaupun pada tingkat terbawah.

Maka... jika jiwa lemah, hiburan sukar dihindar.. Bagai ketagih yang dipatri ruang jiwa, doa payah dilafaz, al-Quran payah dibaca! Ucaplah SYAHADAH sebanyak mungkin.. ucaplah sehingga timbul getaran dalam kalbu. Ucap sehingga datang rasa MALU! Ucap sehingga hadir rasa TAKUT! Ucaplah sehingga jasadmu terpanggil membuat persiapan untuk AKHIRAT nanti! Ucaplah SYAHADAH masa anda diuji! Ucap Syahadah pada awal pagi.. dan sebelum mata terlena berkali-kali. Moga dihadirkan hidayah dan taufik menerangi laluan hidup kita.. InsyaAllah!

Sentiasalah beristigfar memohon keampunan daripada Allah daripada semua keterlanjuran dosa yang kita lakukan. Sesungguhnya kita adalah makhluk Allah yang lemah, yang sentiasa lalai daripada memperingati-Nya, yang sentiasa membuat dosa, samada disedari mahupun tidak. Sentiasalah berwaspada daripada mengikuti bisikan-bisikan halus Syaitan. Jangan biarkan diri terleka.

-Artikel Iluvislam.com

Ayah dan kerjanya....

Majlis ini berlangsung pada 19 Mei 2011, Majlis menandatangani MOU diantara Akademi Teknologi Hijau dan syarikat bersama Pemandu untuk melaksanakan program sangkutan latihan industri hijau di Renaissance Hotel, Melaka.

Tak dapat nak mengulas panjang...ibu abadikan gambar-gambar sekitar tugasan ayah sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak-anak nanti....










Khamis, 19 Mei 2011

Peti Ais sudah beranak :)

Sebenarnya dah lama ibu menghadapi masalah penyimpanan stok barang basah. Dengan bilangan ahli keluarga kita yang ramai....sudah tentu banyak barang-barang yang perlu di beli dan sudah tentu perlukan ruangan penyimpanan yang besar. Seminggu sekali ibu dan ayah memang membeli barang-barang basah mahupun kering untuk stok seminggu. Kalau beli susu tu kadang-kadang sampai 6 tin..itu pun kekadnag tak sampai 2 minggu, belum campur lagi dengan barang-barang lain yang di beli semuanya dalam kuantiti yang banyak. Sekali shopping untuk barang kering sahaja kadang-kadang sampai RM400.



Barang-barang basah pula...ayam kadang-kadnag 4 ekor, daging 2 kilo, ikan, sotong dan kalau datang angin nak makan ketam, udang..haaa...mau tak pening kepala ibu nak menyimpannya. Peti ais yang sedia ada ni ada 3 ruangan....atas sekali untuk beku, ruang tengah sepatutnya untuk sejuk biasa sahaja tetapi sebab ruangan atas dah penuh,ibu tukarkan ruang tengah tu pun jadi sejuk beku untuk simpan nugget, daging burger dan sebagainya. Maunya tidak nugget..kadang-kadang sampai 3 bungkus, daging burger 2 bungkus, sosej lagi, kentang, aiskrim lagi......




anak-anak ibu selalu mintakkan ibu buatkan aiskrim malaysia tuh...nak buat macam mana, tak ada tempat nak simpan takkan nak campurkan dengan ayam, ikan bagai.




Sebagai penyelesaiannya....ayah cadangkan kita beli satu freezer khas untuk barang-barang basah ni..ayam,ikan, udang dan sebagainya, jadi peti ais yang sedia ada tu boleh la nak simpan aiskrim ker, kek ker, dan apa-apa lagi lah.


Inilah rupa bentuk freezer tu....ok lah untuk kegunaan di rumah ni


Anak beranak :), ada budak kecik nak posing sama
Idzham sibuk pula suruh ambik gambarnya sedang membuka freezer tu..layaannnn.....dengan baju sekolah pun tak buka lagi

Selasa, 17 Mei 2011

Ayah ke Singapore

Jumaat baru ni ayah telah pergi ke singapura. Sepatutnya ayah ke Singapore selama 3 hari iaitu sehingga ahad, tetapi ayah telah singkatkan kepada sehari sahaja. Pagi ayah bertolak ke Singapura dan kemudian dalam pukul 2 pagi ayah sampai di rumah. Lawatan ini adalah bersama Ketua Menteri Melaka untuk program promosi pelancongan dan industri melaka dan perjumpaan rasmi dengan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Singapura, Mr. Lim Hng Kiang .




Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei - Sambutan Hari Guru. Selamat Hari Guru buat guru di luar sana. Jasa kalian teramat besar, memberi ilmu kepada anak-anak bangsa sehingga menjadi orang yang berguna di dunia mahupun di akhirat. Semoga kalian tidak patah semangat dalam mengharungi pelbagai suka dan duka dalam mendidik mereka.


Seperti biasa, awal-awal lagi ibu dah plan nak bagi hadiah apa untuk guru kepada anak-anak ibu. Bukan apa..ibu tak mahu jadi seperti beberapa tahun dulu, di mana ibu tidak siapka hadiah, tiba-tiba malamnya anak ibu minta hadiah...nak belikan apalah dah malam-malam, ibu pula yang rasa sedih, yerla anak-anak ibu tak dapat nak hadihakan sesuatu untuk guru mereka.

Tahun ini ibu tempahkan tuala yang bersulam dengan nama anak-anak ibu. Semuanya ada 5 helai, idzham cikgu dia ada dua orang...kenalah kasi dua-duanya. Alhamdulillah..suka anak-anak ibu.




Sebelum kerja-kerja pembungkusan....macam-macam kotak yang ibu gunakan :)


Dah siap bungkus dan letakkan dalam paper bag.


Ahad, 15 Mei 2011

Entry Hari Ibu yang terlewat


Kasihan anak ibu....ibu terlewat untuk mengambil gambar hadiah dari anak-anak ibu. Tak apalah kan yang penting ibu tahu anak-anak ibu sayangkan ibu. Ros merah itu adalah hadiah dari Angah dan yang bunga kaler oren beserta kertas love tu adalah dari Uda (Rafique). Terima kasih yer sayang.....Firdaus kata..ibu abang tak belikan apa-apa untuk ibu tahun ni...(dengan muka kecewa)...tapi ibu kata "tak apalah...ibu tak minta semua ni....ibu sayangkan anak-anak ibu semua...ok..camnie....boleh tak ibu minta hadiah dari abang? Boleh tak abang hadiahkan ibu ******* nanti...? Firdaus kata "Boleh..insya allah ibu....abang janji.."..alhamdulillah..yang penting abang usaha ..jangan malas tau...

Dari ayah pula..? Malam menjelang hari ibu tu ayah hadiahkan ibu sebaris ucapan yang paling berharga untuk ibu.. Terima kasih ayah kerana menghargai segala apa yang ibu lakukan untuk ayah dan anak-anak kita.....
"happy mother's day - for all the sacrifices indeed are priceless... thank you for being there like always"

Gunting Rambut

Entry ni sebenarnya dah lama sepatutnya ibu masukkan, tetapi ketiadaan masa menyebabkan ianya tersimpan dahulu. Isnin lepas, kebetulan sekolah anak-anak ibu mengambil cuti peristiwa sempena Kem Bina Insan. Rambut anak-anak ibu pulak dah panjang, kebiasaanya ayah yang menggunting rambut anak-anak, tapi kesibukan ayah tidak mengizinkan untuk ayah melakukan rutin ini. Jadi, ibu pun bawalah 5 orang anak-anak ibu ni ke kedai gunting rambut...tak tahu kat mana..tapi ayah kata pergilah yang dekat Melaka Central tu...so..ibu pun bawalah. Nasib baik anak-anak ibu semua pandai bawa diri, tidak meragam dan tidak banyak buat hal dan dah boleh di harap untuk jaga Balqis. Selepas gunting rambut, kami terus shopping di Tesco pulak.

Idzham sewaktu rambutnya digunting....budak handsome :)

Sabtu, 14 Mei 2011

Pendiam??? Siapa??

Entry kali ni, ibu nak bercerita sedikit berkenaan dengan sikap ibu, yang sejak dari sekolah lagi dilabelkan sebagai "PENDIAM" dan "PEMALU". Malah disebabkan sikap inilah juga, ibu pernah dikatakan sebagai seorang yang sombong.



Hehehehe, tentu ayah gelak baca entry ni..kenapa ekk..? Sebab ketika di rumah ibu bukanlah seorang yang pendiam..kecuali kalau hati ibu tersentuh...ibu kan sensitif bak kata ayah...haaa...ini satu lagi sifat ibu "SENSITIF".



Susah tau jadi orang pendiam ni. Kenapa ibu kata susah, sebab...kalau ibu berjumpa dengan orang yang ibu kenal tapi tak rapat atau jarang berjumpa....susah betul ibu rancak bersembang kecuali kalau orang tu memang jenis yang peramah, haaaa...dia jerlah yang akan bercakap..ibu? , jadi tukang senyum, tukang gelak, tukang angguk..kekadang jer bersuara. Kalau jumpa dengan sesama pendiam..haaaaa....sepatah tanya, sepatah jawab...lepas tu menyepi jerlah.....



Sewaktu di sekolah....dalam kelas, kawan-kawan ibu bahkan cikgu-cikgu pun dah sedia maklum dengan sikap ibu ni. Ibu takkan berganjak dari tempat duduk ibu, kalau tak der apa-apa hal. Dalam pendiam ibu..ibu ramai juga kawan..bukanlah tak ada kawan langsung. Kalau ibu dah rapat dan sekepala dengan orang tu, memang sakanlah ibu sembang.



Ada beberapa orang dalam hidup ibu ni yang ibu akan pot pet pot pet bercerita macam tak boleh nak berhenti :



1. Ayah (kalau ayah dirumahlah dan kalau ayah tak ada kerja, atau dalam kereta)


2. Mak Uda (satu-satunya kakak ibu....macam tak cukup masa nak bercerita, kalau dah jumpa)


3. Atuk dan nenek.







Itulah 3 orang insan dalam hidup ibu yang ibu boleh bersembang sampai lupa daratan :)



Ehh....ibu ni macam tak ada kawan karib yer,,,....ada..tapi di alam maya. DRA terutamanya...hahaha....dorang pun dah tahu....ibu ni kalau jumpa kat luar....susah nak bercakap...diam jer..tapi kalau sembang kat DRA....macam-macam cerita boleh kongsi. Tak apalah.....dunia ibu..di rumah bersama anak-anak dan kawan-kawan DRA..okay jerlah kan...ada kawan bukan tak ada ...tapi...kekadang.......malas lah nak cerita......:)





Hidup ibu di rumah....jaraaaannnng sangat bercampur atau bertemu dengan jiran sesebelah atau jiran dua tiga biji rumah. Cuma...jiran depan rumah ni jerlah tempat ibu selalu pergi kalau terasa nak bersembang atau terasa nak bercakap. Lain-lain..sesekali kalau ibu bawa Balqis jalan-jalan pusing taman ni...adalah bertegur sapa..masing-masing melontarkan senyuman..tapi setakat itu jerlah...nak duduk lelama sembang tu tidaklah.





Kalau tanya nenek kat kampung atau atuk atau Mak Uda......dorang akan cakap.."haaaaaa....memang camtulah perangai ibu......susah nak bercampur orang..susah nak pergi kenduri kendara jiran tetangga...lebih suka duduk terperap kat rumah....." Sekarang..kalau ada jemputan kenduri...ada jugalah ibu pergi..tapi biasa ibu lebih suka pergi bersama ayah atau bersama jiran yang rapat dengan ibu yang ibu panggil "Kak Hasnah"...kalau ibu pergi sensorang...huhuhuuh..jawabnya memang tak pergilah....




Kenapa yer tiba-tiba ibu tulis entry berkenaan sikap ibu ni.......tak ada lah..suatu petang beberapa hari lalu ibu sembang dengan kawan DRA ibu..Kak Norida....berhubung dengan sikap pendiam ni...lepas tu....terfikir lak nak tulis tentang ini. Harapan ibu..jika sesiapa bertemu ibu di luar...janganlah anggap ibu ni sombong....sebenarnya ibu ni segan sangat nak memulakan perbualan....dan kekadnag no idea lah nka sembang topik apa.....jadi...tak apalah korang cakap atau sembang dengan ibu...kalau ibu tau tentang topik itu, laju jugalah ibu menyampuk...insya allah........sebab..ibu pernah dengar ada yang mengatakan ibu ni sombong.....huhuhuuh...tidakkkk...ibu tak sombong...percayalahhh......:))

Selasa, 3 Mei 2011

Muffin Vanilla


Hasil tangan anak-anak.....macam-macam pesen dan bentuk.




Petang ni ibu saja-sajalah buat vanilla muffin, lepas tu ajak anak-anak mendeco muffin tu...hehehehe...faham ajerlah kalau anak-anak buat. Mak budak ni pun tak pass dan tak pernah mendeko kek....apatah lagi budak-budak kan... :))

Resepi ibu dapat dari sini . Sangat mudah nak membuatnya untuk orang yang malas atau tak ada masa......macam ibu ni malas dan berkejar masa dengan balqis.

Ahad, 1 Mei 2011

Ikan Bakar Umbai

Hari Ahad...seperti biasa...hari untuk ibu cuti....cuti masak jer tau...kerja lenlain jalan seperti biasa. Dari pagi la, jjcm kat luar.....brunch kat Beriani di Bukit Baru....ok lah...not bad lah...tapi masih tak umpphhh...sangatlah ibu rasa......tak tau lah orang lain kan....


Untuk dinner, ayah suggest makan ikan bakar. Kali ni ayah nak bawa kita di Ikan Bakar Parameswara di Umbai...sebenarnya bersebelahan jer dengan Ikan Bakar Terapung tu. Ayah dah bagi warning awal-awal kat ibu.....ramai sangat orang dan kena ambil nombor. Sampai jer...tuuuu diaaaa......macam apa ntah umat manusia....ayah beratur sementara ibu cari meja kosong...huhuhuh.....nggak ada lah meja kosong.....tiba-tiba kan..agaknya ada sorang makcik ni..eh..makcik ker...aaaaa..lebih kuranglah...panggil ibu....rupanya dia panggil sebab dia sekeluarga dah nak habis makan...so..dia panggil ibu suruh duduk kat dia..alhamdulillaaahhh...terima kasih makcik..terima kasih..tatkala ramai lagi yang menunggu meja kosong....ibu pula mudah jer dapat meja....agaknya..makcik tu kasihan tengok ibu yang berderet askar di belakang mengikut mana ibu pergi dengan mengendong si kecik ni...rezeki...



Ayah, sambil beratur tu sempat snap gambar ibu sedang book meja :)




Ini bukan pasar yer...ini sewaktu orang ramai beratur untuk memilih ikan untuk di masak
Ikan Masak Tiga Rasa
Ikan Bakar
Sayur campur
Sotong goreng

Alhamdulillah...kenyang....anak-anak bukanlah jenis yang kuat makan....ibu dan ayah lah yang jadi tukang perabis....apa pun terima kasih ayah....:)